Follow Viruspadu

Wednesday, May 29, 2013

Lengoh kaki kakjeng tau

Salam korang
Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiyiiiiiiiiiiiiii

Saya tak update belog sama lama dia dengan saya tak jejak kaki kat office hew hew hew. Rasanya minggu lepas adelah hari yang tak tentu arah bagi saya. Semuanya kelamkabut. But takpe, as usual. Ini kakjeng laaaa. Semuanya pasti OK. Ecewah. Seminggu lepas saya x masuk opis. Pastu campur dengan dua hari ni isnin selasa saya cuti. Heaven. Tapi seronok takyah pergi kerja je la. Duk rumah tertonggeng-tonggeng menyental dapor dah berkarat kan. Sama je kesah kepenatannya kihkihkih.

Bila kita diduga dengan macam-macam dan kita dapat lalui dengan cool sekali. Pastu mesti kita rasa bangga sorang-sorang sebab semua dah setel kan. Ye kakjeng, i bangga dengan you! walaupun muka you mcm nak pitam pucat kemain. Tapi you dapat bertahan. Syabas kakjeng. #gilacakapdengandirisendiri HAHAHAHA.

Minggu lepas kitorang laki bini outstation tau. Ahad lepas Badang kena pegi penang seminggu, saya pulak kena pegi singapore seminggu. Alhamdulilah mertua tolong jagakan nisa dan anoi. Juga mertua juga yang hantar saya kat KLIA. Mertua saya memang TERBAIK dan yang paling saya sayang sekali. muah muah. Dan Alhamdulilah Abang saya jagakan rumah saya baik-baik sepanjang sepeninggalan kitorang berdua. Hurmmmm jarang jugak tetiba dedua kerja luar macam ni kan. Sekali jadi pulak. Tu yang bertambah pening tu. Jawabnya tak sekolah la anak-anak seminggu lepas. aigooooooooooo.

Saya amik flite last sekali gi singapore ahad tu. Flite kul 11 malam. sampai Changi betul2 kul 12 ok. Saya ni dah la penakut sorang-sorang. Tengah malam pulak tu. Tatottttttttttttt. Terpaksa mintak hotel hantar kereta jemput retis kahkah. Giler ko kena bayar SGD85 kot. Mahal. HAHAHAHA. Kalau amik teksi kat airport tu ke hotel baru SGD20-45 gitu. Takpe, demi keselamatan diri sendiri dah la buta jalan ni. Hotel tu tanya banyak kali betul ke nak dia jemput. Jemput je laaaa.... hadoilaaaaaaaaa.



Meeting kali ni, saya terperuk je dalam bilik
Biasanya malam kan kitorang jenjalan
beli barang ke apa ke kan.
Kali ni nan adooo
Berlapar la ko dalam bilik tu kan
dah la saya bijak tak bawak bekalan makanan seperti megi dan sebagainya
Memang saya xnak bawak makanan
Kalau bawak saya akan makan banyak
Padahal kalau kat rumah memang tak makan malam pun
Bukan la tak makan, jarang la makan lepas kul 8 tu
Tapi kalau makanan dah ada kang asik nak makan je.
So untuk elakkan asik nak makan dan badan pulak sekarang bagai dipampam. Kalau saya bandingkan dengan badan/perut saya yang dulu la ye. Bukan banding dengan orang lain hihihihi.

Dannnnnnn...
Ini je kejayaan yang membanggakan saya kali ni HAHAHA
yakni saya berjaya membeli sebijik longchamp Le Pliage dekat changi airport.
Wohooooooooooooooo.



Eh nanti saya sambung lagi ye.
Banyak lagi nak kaknam dengan korang ni
Tapi biasalah masa mencemburuiku katanya :p

Ok tata



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^