Follow Viruspadu

Sunday, May 19, 2013

Sarapan MILO


Saya cuba buat satu resepi dengan menggunakan MILO. Yang simple. Dan sedap. Dan cepat. Dan berkhasiat. Resepi yang mengandungi khasiat dan tenaga bagi mengharungi hari yang aktif. Lebih-lebih lagi anak-anak yang lasak dan tak reti duduk diam. Nak suruh makan memang payah. Maka resepi yang mudah dah dapat menarik minat anak untuk makan adalah sajian sarapan yang mengandungi Milo.

Kalo korang terasa nak dapatkan idea sarapan mudah dan berkhasiat, marilah lawati laman Breakfast Recipe ini. Pelbagai bentuk resipi boleh didapati:
1. Pantas
2. Bertenaga
3. Berkhasiat
4. Sarapan penuh


Hari tu saya cuba salah satu resepi. KAYA TOAST. Sebab anak-anak suka makan roti letak kaya. Baiklah mari kita cuba.


Bahan-bahan

250 ml Coconut milk (preferably freshly squeezed)
8 Pandan leaves
250g Sugar
1 pinch Salt
8 Eggs
4 slicesWhite bread
Butter










Ya ampun... sepahnya meja HAHA
Lepas tu lebih sepah ok.
Suara kakjeng menjerit-jerit sebab sinisa anoi buat sepah terabur milo, roti semua HAHAHA.
Sebab tula tak dapat nak snap gambar dah
Muka kakjeng pun dah bertukar jadi makhluk hijau dah HAHAHA

Nak tahu cara-cara buat dia?
Aishhh jangan malas sangat. Pegi klik MILO BREAKFAST sekarang ek. Jangan ngelat tau

Ini hasil dari website MILO BREAKFAST


Ini hasil keje kakjeng. Hurmmmm dap dap
Gitewwwwwwwww



Eh apa-apa je la yang berkaitan dengan milo memang saya suka.  Dapat ratah milo memang paling terbest kata ko! Yumssssssssssssssssss.

Saya yakin nisa dan anoi akan suka ratah milo dari diorang kecik sampaila dah tua kang HAHAHA. Sebab memang best tak disangkal lagi.




Ini antara yang saya cuba makan. Salmon, roti dan MILO :)
Kenapa kak jemah pilih bahan2 tersebut? sobab eh kerano (cakap nogori lak)...

Roti merupakan pembekal karbohidrat bagi memberi tenaga kepada anak2. Dengan tenaga tersebut akan memberikan diorang kecergasan. Smoke salmon pula mengandungi memberikan omega-3 dan omega-6.

Milo pula mempunyai pelbagai khasiat yang diperlukan untuk setiap insan menjadi cergas dan cerdas serta aktif sebelum memulakan kerja seharian. Milo mengandungi semua khasiat yang terdapat di dalam malt, koko dan susu mengandungi Protomalt, ekstrak malt istimewa Nestlé dan campuran pelbagai jenis karbohidrat bagi membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita semua. Selain itu Milo turut mengandungi Actigen-E, gabungan 8 jenis vitamin dan 4 jenis mineral yang kaya magnesium. Tahap vitamin B, vitamin C dan kalsium pengeluaran tenaga dari makanan.
 

Bayangkan dengan hanya secawan Milo kita dapat 3.5g protein atau sama dengan 11% dari pengambilan protein harian yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia antara 7-9 tahun. Protein Milo baik bagi pembinaan dan pembaikan tisu badan.

Kalsium pula semua orang tau baik untuk tulang dan gigi yang kuat dan magnesium pula bertujuan untuk penyerapan kalsium ke dalam badan dengan lebih baik. Milo juga kaya dengan Zat Besi dan Vitamin B12 bertujuan untuk pembentukan sel darah merah. Dan yang paling sekali disahkan Halal.


Ops!!! mula nak bagi tau cara2 buat resepi kak jemah tu. Alaaa... uols tengok pun tau dah kan. Main tabur-tabur jer pun. Resepi yang memang sesuai untuk orang berkerjaya cam kak jemah ni. Mudah, pantas dan berkhasiat untuk kak jemah dan keluarga. hihihi...



Korang tau tak... syarikat Nestlé melalui produk MILO mereka sedang membuat satu kempen. Kempen tu dikenali sebagai MILO Breakfast Movement. Kempen apakah ia? dan bagaimana? Kempen ini bertujuan untuk mengajak semua rakyat Malaysia agar setiap kali bangun pagi, wajib memulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat.

Setiap daripada kita mempunyai matlamat yang berbeza-beza. Bagi atlit, sudah tentu mereka inginkan kemenangan, bagi pelajar pula ingin kan kejayaan, ahli keluarga inginkan keluarga yang bahagia dan macam-macam lagi la.

Kerana itu MILO ingin membantu setiap daripada kita dengan cara mengingatkan kita semua untuk bersama-sama bangun setiap hari dan mengambil makanan yang berkhasiat bagi membuatkan kita terus kekal cergas dan cerdas untuk mencapai matlamat kita masing-masing. Oleh itu pada setiap hari di dalam bulan Breakfast Movement, marilah kita bersama-sama bangun pagi dengan mengambil sarapan berkhasiat dan Milo supaya ianya menjadi tabiat seharian kita bagi mencapai cita-cita kita.




Datanglah beramai-ramai ke Hari Sarapan Pagi Malaysia (Malaysia Breakfast Day) pada pada 19 Mei 2013 dari jam 7 petang di Universiti Putra Malaysia (UPM). Terdapat pelbagai acara menarik seperti Larian Malaysia Breakfast Day, permainan, persembahan dan pelbagai lagi. Lawati laman Malaysia Breakfast Day ini.

Yang pasti kakjeng akan turut sama meramaikan Hari Sarapan Pagi Malaysia kat UPM tu. Kakjeng xnak ketinggalan. Korang pun meh la turun sama. Jom kita bersarapan dan memeriahkan bumi UPM pada 19 Mei ini. :)

Berkhasiatkan sarapan dengan MILO BREAKFAST :)


**This is a Paid Advertorial by Milo**


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Teena Tna said... [Reply to Comments]

Wahh, sampai ke pipi dia makan..hehe

eray said... [Reply to Comments]

sedapnya...boleh cuba nih

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/tips-tambah-susu-ibu-10-rahsia-dibongkar.html







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^