Follow Viruspadu

Saturday, June 08, 2013

Abah

Khamis lepas. Negeri Sembilan cuti.
Yahooooo.
Yahooo bukan la sebab saya pun cuti. Jalan Duta bukan dalam Negeri Sembilan ye. Eceh.
Tapi disebabkan Badang cuti. Maka saya takyah la susah-payah naik komuter berganti LRT nak pergi training JAVA dekat Megan Avenue 1 tu.

Minggu lepas Isnin sampai Jumaat saya training JAVA.
Korang tahu yang saya takkan pergi sendiri kalau Badang tak hantar.
Saya takkan pergi sendiri sebab saya memang tak tahu jalan.
Saya takut sorang-sorang.

Tapi apa kena ntah roh berani datang pulak dia.
Tekad nak gambel ni wei. Sila la berbangga dekat KakJeng korang ni.

Mungkin sebab asik kena pergi ober the sea sorang diri so saya pun jadi berani sikit.
Ada hikmah disebalik semua yang berlaku :)

Badang cakap, naik komuter, berhenti kat KL Sentral. Tukar Putra. Benti kat Ampang park. Berbekalkan peta yang saya. Saya main jalan je tanya orang. Dengan harapan bila saya buat muka comel-comel ramai jejaka akan bantu saya HAHAHA. #giler.

Akhirnya sampai.

WAHHHHHHHHH HEBATNYAA.

KAHKAHKAH.
Poyo!
Orang lain biasa je buat benda macam ni.
Kakjem adelah first time ok.

Saya malas nak beli tiket komuter beratur panjang-panjang.
Maka terus topup touch n go je.
Senang gilos!

Rupanya senangkan naik komuter ngan LRT ni kan. Senang sesangat nak kemana-mana.
Rasa macam rugi pulak bawak kereta selama ni muahahaha.
Dengan parking lagi. Minyak lagi. Penat dalam jem lagi. Penat drive lagi.
Tapi rilek la kalau jadi penumpang dan orang lain drivekan. kihkihkih.

Saya mula la terbayang kalau la sistem pengangkutan awam kat Malaysia ni tiptop. Takyah beli kereta pun takpe. Ok la fine. Kena beli jugak kalau papehal. Tapi pakai kereta kalau bebetul perlu je. Sabtu ahad je kan.

Sebab tu saya tengok kat korea (melalui drama la, tak pernah sampai sana lagi), dorang macam tak berapa nak kisah beli kereta ni. Macam bukan satu keperluan la. 

Kalau la Malaysia nak galakkan rakyat naik pengangkutan awam supaya jalan tak jem. Tak banyak sangat kereta atas jalan. Tak jadi pencemaran udara sangat. Tak ramai orang cedera/mati eksiden. Maybe boleh mahalkan harga kereta dan lepas tu pengangkutan awam disistematik kan. So bila ramai yang tak beli kereta. Baru la Jalan raya / udara / bla bla bla... Hurmmmm... Tapi tu la. Macam mana la nak buat gitu kan. Kang harga kereta naik salahkan politik pulak kekekekeke. Ok maybe bukan point dia pasal harga kereta. Tapi kita kena tingkatkan mutu perkhidmatan awam dulu kan. ermmmmmmmmm tapi agak logik jugak. Ok dah kelaut sangat ni :p

Hari kedua naik komuter, dah terer sikit dah saya. Konon nak santai-santai la. Taknak la bosan apa semua dalam komuter kan. Pegi la beli Majalah Ujang dulu. Sekali tertinggal komuter ko! HAHAHA. Penat saya berlari melintasi jejantas. Ahhhh geramnya. Hongeh!

Komuter ni kan kalau terlepas macam lambat jugak nak tunggu next komuter. Dalam 15-20 minit jugak. Lainla kalau LRT tu banyak. Tak kisah tertinggal pun.




Bila berlari kejar komuter ni, terus Kakjeng feeling U-Jin winter sonata tau kekekekeke. Feeling comel seperti ujin juga. Kah kah kah.

Eh kat mana sebenarnya cerita kita tadi???

Ok Badang cuti hari khamis kan. HAHAHA melalut betul sampai kemana-mana cerita. Padahal point dia Badang cuti lalu saya takyah feeling Ujin lagi. Boleh bermanja dengan Badang, paksa beliau hantar saya. LALALALALALA. Tapi bukan hantar pergi Megan Avenue, pergi HUKM.

Korang tahu la Abah saya tak berapa sihat. Erm Sakit. Setelah beberapa bulan ni ulang alik hospital akhirnya dah dapat tahu abah sakit apa. Alhamdulilah. Bukan Alhamdulilah sebab abah tak sihat ye. Tapi sebab akhirnya tak perlu berteka teki lagi. So sekarang dah boleh ikhtiar dan cari jalan yang terbaik untuk abah.




Nisa bengang je kat belakang.
Sebab dia mintak fon saya nak main game tapi saya tak bagi :p

Ini wajah beliau sebelum bengang HAHAHA

Mula-mula taknak bawak budak-budak sebab tahu je la Hospital kan.
Menunggu memang hazab lama lah
Lagipun tak sesuai budak-budak pergi Hospital
Budak bukan boleh tunggu-tunggu ni
Meragam je karang
Tapi dah Negeri Sembilan cuti. Dah tentu-tentu pengasuh pun cuti. Hangkut je la semua.

Memang betul. Sampai hospital. Budak-budak buat hal
Menangis la.
Berlari la.
Menangis la
Menangis la.

Baiklah. Papa. Tolong bawak budak-budak ni balik. Nanti mama balik dengan sepet.

Ok sebenarnya macam ni.
Kakcik, sepet aka ana, dengan abah. Saya suruh gerak dulu pergi HUKM. Saya akan sampai lambat sikit sebab nak pergi office dulu amik GL. So jumpa kat hospital la.

Maka, dah ada dua kereta. Badang balik la dulu bawak anak-anak. Karang dah setelkan kita jumpa kat rumah emak.

Kali ni ana dengan kakcik teman abah jumpa doktor. Saya tunggu kat luar je. Bagi can kat kakcik kalau nak tanya apa-apa pasal sakit abah.

Kesian sangat saya tengok abah.
Walaupun sakit tapi masih senyum.
Walaupun sakit tapi masih boleh ceriakan kitorang anak-anak.

Abah tabah betul.
Masa doktor bagitahu abah sakit apa. Abah tenang je.
Abah kuat!

Kitorang anak-anak pun akan kuat macam abah :)



Buat-buat biasa walaupun hati sangat terguris terluka.

Mengeteh dengan kakcik dan ana. Makan megi goreng lepas balik hospital.

Balik dari HUKM. Sepet terus sambung keje dia.
Saya dengan kakcik pulak bawak emak pergi klinik.
Emak juga tak berapa sihat.



Inilah kehidupan :)



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Semua ayah kak Jem diberikan kesihatan yg baik dan dipermudahkan Allah dalam segala urusan ye
INSYALLLAH

Madam Casper said... [Reply to Comments]

sakit apalah pak noh tu...apa pun get well soon dan tabah menghadapi ujian ni.

mama_onie said... [Reply to Comments]

Abah sakit apa? Semoga mak abah akan cepat2 sembuh ye... bertabahlah







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^