Follow Viruspadu

Monday, June 24, 2013

Berlima Lebih Baik

Minggu lepas kimo lagi.
Nampaknya abah ok lepas kimo kali pertama.
Alhamdulilah.
Kesan-kesan sampingan memang ada la, antaranya loya rasa nak muntah semua.
Tapi sebab dah bagitahu abah awal-awal apa yang abah akan hadapi.
Nampaknya abah dah ready, itu memang kesan kimo.
Bukan sebab abah tau.
Abah memang kuat, cool dan steady.
Love u Abah.

Ok rasanya ramai yang dah tahu abah sakit apa.
Ceera dah bagi tahu kat blog
Sepet pun sama
Cuma saya je tak bagitahu abah sakit apa, cuma bagitahu yang saya selalu bawak abah pergi hospital kan

Abah saya sakit Barah Paru-Paru dah Stage 4.
Tapi insyaAllah, kitorang semua adik beradik akan cuba yang terbaik untuk abah.
Kitorang semua kuat.
Kalau Abah kuat, anak-anak pun mestilahkan.
Baka baik :p

So minggu lepas, akak kaklang kakcik ikut sekali teman abah buat kimo
I is seronok sangat sebab ada geng gossip.
Kaklang pun nak jadi macam badang buat aksi Gary runningman HAHAHA.

Abah tak nampak sakit pun kan.
Abah memang macam tu.

Kitorang happy2 kat hospital macam lepak hotel plak :p

Abah pun seronok asik main game je. Tahu la telefon baru kannnnnnn.

Sebenarnya suami kakcik pun ada. Tapi beliau pergi parking kereta.
Alhamdulilah abah dapat menantu baik-baik


Happy terlebih dapat berkumpul. Macam-macam cerita keluar.
Kakak-kakak saya semua nampak muda kan.
Kakcik dah nak 40 dah. Kaklang akak dah 40+ dah.
Hebat korang jaga badan.
Dan terima kasih camera360. HAHAHA.
Membuat semua kedutan hilang dalam gambar wakakaka.
Tapi dorang menten :p

Buktinya, ini camera biasa iphone4essssss saya :p

3 serangkai.

Abah dalam hati: Aku nak main game pun tak senang. HAHAHA.


Kali ni kimo habis awal.
330 dah habis dah.
Sebab kali ni pakai ubat satu je.
Yang lepas ubatnya dua. Lamaaaa baru setel.

Sempat la tanya doktor.
Apa yang abah boleh makan, apa yang abah tak boleh makan.
Kot la ada pantang apa-apa ke kan
Doktor dengan rileknya jawab
TAKDE PANTANG.
Boleh makan apa-apa je.
BERSEDERHANA.

Gitu.
Lega dengar.

Lepas habis kimo.
Kitorang bawak abah lepak-lepak ngeteh :p
Abah nak makan apa, cakap je.
Doktor kata boleh makan apa-apa je.

Pelik jugak kalau nak makan ni takleh, tu takleh.
Mana nak dapat tenaga nak lawan penyakit kan.

Macam orang dalam pantang la.
Doktor cakap boleh makan apa je.
Tapi tu lah :p

Pucat lesi muka makjeng ni

Ngeteh.




 Ngeteh asik la menangkap gambo kan. Kenangan niiiii...


Lepas tu nak update kat instagram kan. Kata nak kurangkan pegang fon weiiiiiiiiiii...

So next appointment, siapa pulak nak follow?
Atam jommmmm...


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Cik Cammy Lia said... [Reply to Comments]

semoga abah sis sentiasa happy sbb ada anak2 yg baik cmni :-)

sarah said... [Reply to Comments]

hepi je suma muka...

Love Razila said... [Reply to Comments]

Pakcik main game ape? Layan candy crush ya...semoga pakcik cepat sembuh. Amin!

lady scooter said... [Reply to Comments]

ha3.. salam, singgah sini jap... ape pun.... memang sweet sgt gambar2 tu semua. sy tengok sampai tersenyum sendiri...

Ayu Rashid said... [Reply to Comments]

Kelakar la yg "kata abah dalam hati" tu.
Semoga pakcik noh sentiasa kuat. Bertuah Pakcik dapat anak-menantu sebaik korang semua. Anugerah!

PutriesNoora said... [Reply to Comments]

setiap kali tengok abah sis..teringat arwah abah...sayunyaaa...rindu sangat2..=)

WANNY said... [Reply to Comments]

salam. kawan saya ada kenal sorang doktor yg boleh bantu rawat cancer. kalau nak cuba ikhtiar lain, dr omar 019-3073993. katanya rawatan dgn dalam bentuk minuman.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^