Tuesday, June 18, 2013

Cuci cuci

Dah berapa lama korang tak cuci rumah?
Cuci yang betul-betul cuci punya la. Dengan tingkap bagai semua?

Saya dah lamaaaaa sangat tak cuci rumah. Sejak daripada beli rumah ni HAHA.
Kalau takat mop lantai tu tak aci la. Itu memang la buat tiap2 minggu.
Langsir saya pun baru cuci bulan lepas ok.
Ntah bila la nak tukar langsir baru ni weiii.

Abang saya dah habis dah cat rumah
Cantik sangat abang saya cat
Cermat sangat hasil dia. Tapi sebab dia buat sorang dengan cuaca asikla hujan.
Maka lambat la siapnya.
Dan dia masih tak berani nak amik upah cat rumah orang
Ada beberapa emel yang saya dapat minta quotation.
Maafla saya tak dapat nak balas sebab abang saya tak tahu nak cas macam mana
Eloknya kalau korang nak dia cat, korang offer dulu berapa nak bayar
So kalau dia setuju, then ok la. Jangan minta quotation HAHA. Memang dia x cakap la.
Saya sendiri tak bayar lagi upah cat kat abang sebab dia tak cakap berapa kena bayar.
Saya bayar RM2 je kang! HAHAHAHA.

So abang dah habis cat ni...
Saya ada la diskas ngan badang nak cuci dapur.
Dapur aje ye.
Sebab kalau satu rumah memang bengkok la tulang belakang saya.
Cuci dapor aje la mongah dah acik ni kan. Ha canne tu.
Tu pun saya buat yang senang-senang je. Yang susah2 semua badang buat.
Kebetulan sabtu adelah free. Maka cuci dapur la kittewwwwww

Benda-benda main air macam ni anak-anak memang suka. Anoi semangat tiba2 nak mop tangga kan. Padahal tangga dah luar kawasan dapor tu nak oi HAHA.

Benonoi 

Acicot

Baju nisa anoi sama. Dan ikat rambut juga sama.
Maka susah nak bezakan nisa ngan anoi dalam gambar ni.

Mana gambar kakjeng?
Ko giler nak letak?
HAHAHAHAHA

Kitorang mengemas start kul 10 kot. Agaknya la. Tak ingat pulak acik. Sampai kul 1 gitu kot. Penat yarabbi. Berkarat giler rumah. Rumah ni kitorang duduk sebaya dengan nisa. Nisa dah 6 tahun kot. Ha dah 6 tahun baru nak cuci katanya. Dapur je pulak tu. Bahagian lain lagi 6 tahun kot baru ada semangat rajin tu nak datang kakakaka.

Tengah lepak-lepak melepaskan lelah. Adik badang call. Ajak malam celebrate besday anak dia mia. Kebetulan besdaynya dekat je ngan anoi. Mia hari jumaat, anoi isnin.

Dalam kereta. Itu anoi mekap sendiri tu. Feeling cantik sangat.

Lepak rantau best petang-petang.
Saya main kejar-kejar ngan nisa anoi kekekeke.

Badang pulak bz dengan nangka ngan kelapa dia.



Siyes best duk kampung mcm ni.
Nak tanam apa pun best.

Adik ipar saya siap masak cikencop hokeh. Sedap sangat.

Celebrate memalam.


Saya takde amik gambar langsung. Nasib baik Badang ada amik keek.

Selamat hari lahir Mia,
Selamat hari lahir Anoi

Ok tetiba nafas berat.
Nak rehat jap
tata.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^