Follow Viruspadu

Sunday, June 02, 2013

Cuti Sekolah

Tahukah anda yang saya pegi bercuti dekat Hong Kong cuti sekolah ini. Eceh. Macam la korang tak tahu kan. Habis tu kakjeng dok update instagram ngan fesbuk ngan twitter tu kennnnnnnnn. Pastu skrg gedik buat segmen tahukan anda pulek lagi :p

Akhirnya terlaksana jugak impian nisa anoi katanya. Walaupun omak ekau ni berjalan dah stok seret kaki katanya. Gagah jua demi anak-anak.

Kitorang plan dah lama dah percutian ni. Memang dah eksaited giler menghitung hari bagai. Tetiba saya kena pergi meeting kat singapore kan tsk tsk tsk. Memang spoil la. Sebab tak best la kelamkabutkan.

Bayangkan saya balik Malaysia dari singapore kat KLIA tu kul 12 lebih pagi. Badang jemput saya. Sampai rumah kul 1 pagi lebih... Kemas-kemas baju nak ke hongkong pulak. Tak dan tido punggggggggg. Kul 3.30 pagi keluar balik rumah nak ke LCCT. Naik Air Asia kan. Tahu je la parking kat LCCT yang parking "hari" tu jauhhhhhhhhhhhhhhhh giler. Tengah berjalan ke airport hujan lebat. BASAH kuyup kitorang 4 beranak kul 5 pagi tu. Apakah tragis!!!. Macam trasure hunt ke apa HAHAHA. Nasib baik anak kebal-kebal macam apak ek. Kalau macam emak dia memang hancus la.

Ok flite kul 7 lebih. Sampai HK kul 11 lebih tak silap saya.

Ok nanti saya stori panjang lagi. Sebab nak pergi masak gulai nangka jap kahkahkah. Daripada semalam cakap nak masak gulai nangka tau. Semalam tak jadi sebab dah malam pastu malas. So tengahari ni lah kita masak. Ok saya sajikan dulu dengan sikit gambar yang feeling-feeling kah kah kah.

Kat Hotel Hong Kong Disneyland

Jam tiga petang kat pintu masuk Hong Kong Disneyland

Cantikkan... 

Sebijik macam princess dalam cerita kartun tu kan. Why korang lawa sangat nihhhh

Usah dipersoalkan kenapa berlengas sangat wajah kakjeng hahaha. Almaklumlah main hujan jam 5 pagi katanya

Satu-satunya gambar keluarga yang adooooooo.

Malam kul 830 malam. Penutup dengan bunga api. Cantik giler uolssssss.

Hari kedua.





HAHAHA
maafkan kakjeng bila dah gambar bawah-bawah malas nak tulis caption
Gambar lebih 500 dalam kamera.
Acanne nak pilih sesatu ni kan

Takpe, kakjeng pasti akan pilih gambar yang kakjeng feeling gojes je ok kahkahkah

Saya dapat emel dan komen kat fb ke ig ke PM la
Mintak saya share pasal bajet ngan makanan halal kan.
Tapi macam ramai sangat tanya pasal mana nak cari makanan halal kat sana
Saya pun kat sana menggagau jugak mencari sebenarnya

Ok nanti next entry saya cuba cerita pasal makanan halal kat Hong Kong Disneyland sana ye
Korang doakanlah kakjem ni rajin taip entry ya... :p

Ok nak pegi masak sekarang
TATA


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Tink said... [Reply to Comments]

wahhhhh besttt nyee.. untung laa anoi n nisaa..

Tink said... [Reply to Comments]

wahhhhh besttt nyee.. untung laa anoi n nisaa..

Siti Nurhayati Dollah said... [Reply to Comments]

Suka anak-anak akak ya. Tak dapat pergi sana, dapat tengok gambar akak punn jadilah hehe

Eliss Mie said... [Reply to Comments]

woww..cuti2 hong kong disneyland gitu :) syoknya. kalau tau kim fridge magnet. keh keh keh

mama_onie said... [Reply to Comments]

Tak sabar tunggu next entry bab budget etc...hehehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^