Follow Viruspadu

Thursday, June 06, 2013

I'm Sexy and I know it

Korang pakai tak Deodorant?


Saya kalau tak pakai. Phewwwwww.
Agak ngeri jugak la kalau nak dibayangkan.
Ok jangan bayangkan :)
Sebab bau peluh kot.
Ermmmm ada lagi ke yang malu nak share pasal benda ni?
Ada ke orang yang bau peluh dia semerbak harum bak ros gitew.
Ada yang badan jenis tak berbau peluh. Untunglah.
Dulu masa saya kurus melengking memang takde peluh. Memang harum je. Ewah. Tapi sekarang. Tengok pipi saya la kan. Tahu dah lemak berleluasa. 
Saya rasa ini macam dah jadi masalah negara kalau underarms kita berbau.

Kalau berbau. Nak amik gambar sendiri angkat tangan macam ni pun maluuuuuuuuu

Amboi kakjem sebut underarms tau. Ok la sopan sikit la kan. Atau dalam bahasa senang dia KETIAK. Tapi saya sebut UNDERARMS la. Saya kan sopan mih mih mih.

Biasanya sebelum orang lain boleh bau peluh kita. Kita dah boleh bau dah. Mestilahkan. Hidung kita kan. So bila kita dah rasa tak selesa nak angkat tangan pun malu kan. Kalau boleh nak kepit je ketiak hihihihi.

Korang pakai Deodorant apa?
Saya memang pakai Dove.
Sebab saya suka bau dia. 
Macam bedak baby pun ada.

Beberapa hari lepas, saya dijemput untuk mendengar Press Conference Dove Whitening. Dalam event ni juga ada menerangkan mcm mana kita nak jaga underarms. Bagus la saya. Banyak ilmu saya dapat.

Sebab macam ramai je yang ada masalah underarms gelapkan. Saya dengar hari tu. Antara sebab kenapa underarms gelap sebab orang suka cabut bulu ketiak sampai merosakkan kulit ketiak tu. Ha kau. lagi senang cakap ketiak dari underarms kan HAHAHA. Kulit ketiak ni dia nipis dan sensitif daripada kulit biasa kita yang lain. Sebab tu la.

Waxing pun salah satu yang boleh merosakkan kulit ketiak. Yelakan sekali dia tarik, bukan bulu ketiak je dengan kulit sekali. Maksudnya saya bukan kulit tersagat ke apa hihihi.

Tapi punca dia la tu.

Tapi kalau cukur pulak orang kata akan lebih banyak bulu pulak keluar kan. Ntah. Pastu bulu akan cepat tumbuh dan kerap kena cukur. Cukur kan tak cabut akar dia sekali. Tapi kaedah yang paling tak merosakkan underarms adalah shaving.

Iza, kakJeng dan Yuyu

Korang ada tak masalah tona kulit bawah ketiak yang agak gelap?? ada tak? ada tak? jangan la malu-malu. hah! tu angguk tu. Comel je ia tu angguk sembunyi-sembunyi tau hehehe. Angguk kepala tu tanda setuju la tu kan. Meh la pakai Dove  macam kakJeng jugak sebab Dove ada produk baru yang dapat mengatasi masalah tu. Yang penting korang kena la berusaha kan. Usaha tu maknanya kena la beli rangkaian set Dove Deo Amelia. 

Saya nak cerita banyak pun tak berapa pandai sangat. Ini yang saya dapat terangkan la. Harap dapat membantu



Dove Whitening Original
Dove telah menghasilkan produk yang dapat membantu mencerahkan underarms anda dalam masa 7 hari. Betul tu, korang tak salah baca. 7 hari je! bukan tu je. Rangkaian set Dove Deo Whitening ini juga mengandungi Vitamin E dan F yang berguna untuk membantu mencerahkan dan melembutkan ketiak anda.



Produk baru Dove ni datang dalam 3 rangkaian iaitu yang pertamanya adalah Dove Whitening Original. Produk ini mengandungi ¼ moisturising cream yang diperkaya dengan Vitamin E dan F. Ini dapat melembutkan dan mencerahkan bawah ketiak dalam masa 7 hari sahaja akibat dari kegiatan korang mencabut atau cukur bulu ketiak.

Dove Silk Dry




Kalau pakai Dove Silk Dry ni, feeling dia macam pakai sutera tau. Korang ada kan baju kain sutera. So tahu la macam mana feeling lembutnya sutera kan. Smooth je. Siyes. Saya dah cuba. Sementara dia memutihkan underarms dalam masa 7 hari, dia juga men-smoothkan underarms kita dalam masa yang sama jugak. BEST. Produk ni bukan sahaja diperkaya dengan  ¼ moisturising cream yang  mengandungi Vitamin E dan F, tapi turut ada extrak sutera untuk memberi keyakinan dan keselesaan pada korang supaya takyah risau lagi ketiak korang basah. Begiteww.





Yang terakhir pula adalah Dove Whitening Unscented. Yang khas bagi korang yang xmau bau dari deodorant dove tu terbau dan mengatasi bau perfume korang. Ia la kan, nanti org tak bau lak bau pefume harga ratusan ribuan korang tu kan mih mih mih. Yang ni pun mengandungi  ¼ moisturising cream yang mengandungi Vitamin E dan F yang membantu mencerahkan bawa ketika uols dalam masa 7 hari..




Saya suka Dove Whitening Unscented sebab dia tak berbau. Eh sebenarnya saya pakai ikut mood saya hari tu canne dan ikut baju apa saya pakai.

Saya suka jugak Whitening Silk Dry sebab dia cepat kering. So takde la  melekat-lekat basah kat baju.

Saya tak pasti orang lain, tapi bagi saya sendiri kalau tak pakai Deodorant pagi lepas mandi sebelum pergi kerja. Memang terus rasa hilang keyakinan diri lah. Giler ke kau tetiba badan berbau kan. Dah la kerja kita ni memang berjumpa ramai orang. Bukan kerja depan komputer je. Komputer memang la tak heran ko tak mandi 5 hari pun. Ade dia kesah hihihihi. 

Soooo...

Dengan ini saya nak bagitahu korang semua saya nak join Dove Deo 7 day challenge. 

Korang tunggu ek, nanti saya stori macam mana result underarms saya lepas challenge ni k. Lepas 7 hari macam mana. Adekah result dia sama dengan yang saya cerita kat atas ni. Adekah lebih lembut dan cerah? Phewwwww tak sabar pulak saya :p. Saya mestilah tak dapat tunjuk underarms saya hehehe. Walaupun ada yang teringin sangat nak tengok ahak ahak ahak. Tapi saya akan terangkan hasil dia sejujur mungkin ok. Percaya kakjeng kannnnnnnnnnn :p



Yes! Dove Whitening best. Mesti pakai hari-hari. Perkara sangat penting yang saya kena pakai setiap hari. Dah la dapat cerahkan underarms, dapat melicin lembutkan underarms pulak tu lagi. Kalau underarms lembut dan licin, nak peluk suami pun rasa bangga. Bertambah-tambah kasih sayang hikhikhik. Siapa kata muka tangan kaki rambut je kena jaga? Underarms pun sangat penting tau.

I'm Sexy and I know it :)
Terus YAKIN dengan DOVE
Jangan lupa temujanji kita setiap pagi dengan DOVE :p








Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

14 komen[s]:

Emy Omar said... [Reply to Comments]

Kita pun pakai brand Dove kak Jem..suka dengan baunya yang lebut tu.Kalau x pakai bila keluar rumah rasa x confident hahaha boleh ke??

Love Razila said... [Reply to Comments]

NAK TRY GAK LAH. HEHEHHE =)

Normi Nieza said... [Reply to Comments]

blh try nie..:)

Sharidawati Shahrudin said... [Reply to Comments]

bagus bagus bagus :)

The Traveler said... [Reply to Comments]

Nice post..pertandingan apa ni awak..semua pinky2 ladies nihh..

http://syah916.blogspot.com/

Rozita said... [Reply to Comments]

x pernah try dove lg..

Rozita said... [Reply to Comments]

errr...nak follow kat mana ye?

mashitahrosli said... [Reply to Comments]

slm kak,,pinky2 blog..hihi..mmg dr dulu gune dove dr shampoo smpailah deodrnt ni skg....mmg best pkai lg2 yg silk dry..bau best..anwy slmt brknalan n happy blogging kak...

http://mashitahrosli.blogspot.com//

yang baik Ishak said... [Reply to Comments]

as salam,

deodorant dove memang dari dulu saya guna.. suka sangat... termasuk juga shower cream dan shampoo... :)

AminJohar.com said... [Reply to Comments]

Deodorant ni untuk lelaki juga ke?

AminJohar.com said... [Reply to Comments]

Deodorant ni untuk lelaki juga ke?

Mek Onie said... [Reply to Comments]

acecececey,kemainkan tu :P

❤Kamsiah❤ said... [Reply to Comments]

suka bau dove...lembut dan terasa feminin..
salam kenal tuan rumah..

wadud duad said... [Reply to Comments]

hayya look so comel lah :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^