Follow Viruspadu

Sunday, June 16, 2013

Abah

Ini anak abah yang nombor enam. Kalau diikutkan gen, saya memang banyak ikut belah abah. Sebab mak selalu cakap muka saya macam muka nenek (emak abah). Jadi masa kecik-kecik dulu mak selalu cerita yang nenek adalah perempuan paling cantik dalam kampung, efek dia kalau nenek pergi kenduri, berseri-seri terus kenduri tu... macam bercahaya-cahaya. HEHEHEHEHE. Pastu saya pulak yang malu-malu. Perasan cantik jugak lew tewwwwwww. Padahal emak cerita pasal nenek bukan andak :p. Ini masa kecik-kecik la ye. Emak pandai amik hati anak dia yang nombor 6 ni kan ahakssssss. Semua emak pandang anak dia yang paling cantik kan. Macam saya pandang anak-anak saya walaupun anoi takde gigi depan :p Tetap comel.

Tapi payah nak cakap, bila saya sebelah abah, orang cakap saya macam abah. Tapi bila saya sebelah emak, orang cakap saya macam emak :p. Tak kisah sebab dua-dua saya sayang ketat-ketat.

Saya dengan abah saya. Pakcik noh. Kalau kat kampung orang panggil dia mat noh rasanya. Sebab nama abah pendek sangat. Noh je. So maybe orang rasa senang sangat. Itu yang tambah mat mat tu :p Takpe, abah tetap senyum orang panggil apa pun. Sebab abah memang cool.

Cuba korang fikir, berapa banyak gambar korang dengan abah korang yang korang ada?

Ini antara yang saya jumpa gambar saya dengan abah, yang lain pun ado, tp freehair la pulok.
Hari ni hari bapa kan.

Tetiba rasa syahdu pulak.
Bila teringatkan pengorbanan abah selama ni
Membersarkan kitorang sembilan beradik
Bawak lori
Besarnya tanggungjawab abah dulu
Susahnya hidup abah dulu

Dan sekarang masih berniaga cari rezeki.

Dan sekarang abah sakit
Kitorang anak-anak pasti akan jaga abah walau macam mana pun
Kitorang sayang abah selamanya
Abah seorang abah yang terbaik

Terima kasih abah, andak dapat melihat dunia ni.
Terima kasih abah, tak pernah merungut membesarkan andak

Ini masa saya teman abah menjalani chemotherapy kat HUKM.
Abah sakit, tapi bila saya tanya... mesti abah cakap dia ok.
Dia tak pernah tunjuk sakit dia.




 Rabu depan ada lagi rawatan kimo. Nanti kita pergi sama-sama ye abah :)


Ini yang mengantuk ni pulak adelah abah kepada anak-anak saya hehehe. Kesian dia penat sangat. Mana nak cari menantu macam ni. Sanggup teman saya walaupun kerja kat opis banyak giler. Terima kasih papa.
 Hadiah hari papa untuk papa, biar anak-anak la yang bagi ye. Sebab papa bukan abah ma hehehe. Saya bagi ucapan selamat hari bapa dengan penuh kasih sayang aje :)

Semalam saya tanya nisa anoi. Hadiah apa diorang bagi kat papa. Nisa jawab hadiah dia bg papa adelah tulisan tangan dia. So comel. Takpe. Memadai sayang.





Semoga anak-anak saya sentiasa hargai papa dia.

Masa abah kimo. Saya urut tangan abah. Rasa sayu pulak. Saya tanya abah, sakit tak? Abah cakap pedih. Hmmmmm.


Andak harap abah dapat bertahan dengan sakit ni.
Andak harap abah kuat
Andak akan sentiasa ada dengan abah :)



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Ana Lyana said... [Reply to Comments]

alahai sedihnya saya pagi2 ni kak.. semoga abah akak sihat hendaknya ye kak.. akak pun rehat cukup. klu x nanti camne nk jaga abah akak kan..

salam sayang dr saya, Ana Lyana.

QASEEH HATIKU QASEEH said... [Reply to Comments]

http://cancer-b17.blogspot.com/?m=1

Link ni semua update info psl kanser..sgt brguna..hopefuly dpt mmbantu..

Byk br sabar..jgn prna putus asa..setiap pnyakit ada ubat nya..ajal maut itu pasti beza nya masa shj yg mmnentuknnya..keyakinan dn tawakal la pasti hati lbi tenang..redho sntiasa..jgn stress..my asben pn got kidney failure tp 7 yrs brlalu witout fail..mcm2 dugaan..mcm2 usaha..life must go on..skrg sepa x knl weols komfom x tau asben da pnyakit kronik..duitbole cari so snggup la brblnja lbi utk supplemen..;)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^