Follow Viruspadu

Thursday, June 27, 2013

Jangan Main Candy Crush

Candy Crush ni dah lama kan.
Saya selama ni dengar je orang cerita
Tapi tak pernah bukak la
Install apatah lagi
Kalau ada la orang rikues-rikues kat fesbuk terus saya block.
HAHAHA bukan orang ye. Tapi block game ni terus supaya notification dia x masuk dalam fesbuk saya lagi. Semak weiiiiiiiiii.

Punya la glamer nya game ni, sampai dalam video clip gentlemen psy pun ada. Hamboi.

Saya masih menahan diri untuk tidak bermain mahupun menyentuh game ini.

Tetiba ceera tanya. Andak main tak candy crush?
"TAK" ~rasa bangga sangat jawab mcm ni HAHAHAHA

Pastu saya pakai samsung galaxy s4 kan.
Saya pun nak cuba so install la macam-macam
Termasuk la candy crush ni.
Ermmmm tak la best sangat.
eceh eceh eceh

Pastu tengok en.Badang pulak main.
kan tiap kali main ada bunyi-bunyi kan

"papa main apa?"
"candy crush"

Alaaaaaa best sangat ke?
Alaa bosan la pulak...

Install kat iphone pulak.

"papa dah kat no berapa dah?"
"38"

ooooooooooooooooo.

In tak boleh jadi ni kan. Lepas install, saya pulak main. Sebab apsal badang leka sangat ni kan. Sangat tak aci.

Kejap-kejap tanya badang

"papa dah kat nombor berapa dah?"

NAK LAWAN HAHAHAHAHA.


Ini paling menyakitkan hati bila move tinggal 1. dan jelly juga tinggal 1. Tapi takleh gerak. 
Sakit jiwa ahkakkkkkkkkk.

Dan sekarang saya adalah sangat addicted dengan candy crush HAHAHA.
Walaupun baru level 65. nak kejar ceera. beliau dah level 140 kot.

Maaflah sesape yang dapat notitication kat fesbuk. Saya mintak nyawa. Harap maklum HAHAHA.

Maka... kesimpulannya... jangan mulakan.


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

ekin schmidt said... [Reply to Comments]

hahaha.
mende2 ntah game ni.
dlu angry bird skank candy crush .

jln main msa drive sudah :P

Suliana said... [Reply to Comments]

hehe.. samalah kita kak jem siap block semua game dulu ok... tapi now dah unblocked. wakakaka.. kita dah up skit level 85 :-p nnti kita minta nyawa dgn akak ok :-) say klu dah lama sgt tersangkut, sy minta hubby tolong menangkan. klu main kt pc lagi banyak hadiah dia mcm lolipop, sarung tangan tu dan gigi palsu tu kan. hehe..

mama_onie said... [Reply to Comments]

Sebenarnya game ni bagus tau kak jeng >> http://mamidarisakeem.blogspot.com/2013/06/kebaikan-bermain-candy-crush-saga.html

Love Razila said... [Reply to Comments]

Samalah kite...addicted dgn candy crush, i kat level 121, stuck kat sana. Fb, wechat, instagram,line and whatsapp ada medan2 dia orang dok minta nyawa +tiket. Siaplah...kalau kwn anto kat fb x dpt dlm ms 15,emm terus dpt audio msg kat wechat minta nyawa or tiket. Kelakar pon ado...msg semata2 nk tu je..boley :-)

MsFigure said... [Reply to Comments]

Thi si soooo true! Saya pun x main game2 ni semua...tapi sebab boring x buat apa kat office maka tergatal tangan jugak menekan candy crush ni. Sekarang dah jadi kerja pulak mintak2 tiket & live kat orang...hahah!

peej said... [Reply to Comments]

saya main. then stop sebab stress.
now nak sambung takleh sebab notification message orang mintak memacam sampai beratus.
nak clearkan tapi everytime dia crash. damnnnnn.
takkan nak mula dpd awal. tak sanggup.
kita kat level 98.

Rinah said... [Reply to Comments]

nasib tak install lg.. hahaha :P

Rinah Latest Post : Kalut seorang ibu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^