Follow Viruspadu

Saturday, June 15, 2013

Kahwinnya seorang sepupu

Minggu lepas.
Sepupu saya kawen.
Tahniah sepupu ku pawi.
Sepadan betul beliau dengan isteri.
Semoga berbahagia sehingga hujung nyawa.
Doa kitorang buat kalian.
Ewah. Skema la pulak kan.
Baca balik ayat sendiri rasa nak pitam! :p

Apa yang saya belajar dalam alam rumah tangga ni, setelah 10 tahun berkahwin, antaranya adalah... bila ada macam mana masalah pun, jangan sampai cerita kat orang lain. Kita selesaikan sama-sama aje. Biasalah sedangkan lidah lagi tergigit kan. Dan sentiasa menghargai pasangan kita. Bila kita gaduh selisih pandangan macam mana sekalipun, jangan sampai bawak tido la. Bergaduh pun tido kena pelok2 pegang tangan okey kihkihkih. Sentiasa ingat benda baik yang dia buat kat kita bila bergaduh. So gaduh ke takkan lama la. Kalau gaduh lima minit, diam lima minit, lepas lima minit mesti rasa nak minta maaf balik. Mesti nyesal sebab tadi keluarkan perkataam yang agak tak nice. Gitewwwww.

Eh dah macam cik sri siantan menyelesaikan masalah rumah tangga HAHAHA
Padahal siapa yang ada masalah ni? Tetiba nak bagi tips rumah tangga katanya HAHA mencik!

Ok nak cerita pasal kenduri sepupu saya ahad lepas
Hampir terlupa.
Feeling bz bebenor kan.
Nasib baik wasap adik beradik ada.
So plan jumpa kat rumah emak le seperti biasa.
Saya mcm biasa kalau pegi sesorang harus la kejung disitu.
Malewwwwwww (malu)


Saya dari rumah baju lain, bawak le baju kurung balik rumah emak.
Bawak baju kain sari saya ni sebab dah lama x pakai.
Tak perasan sedondon pulak kitewwww kan.



Suka sangat dengan cincin jelly saya tu kekeke. Tapi x sempat nak sebut semua warna. Mencik
Ada pink, oren, hijau, biru, merah.

Tu la kalau dah sehati sejiwa sangat, takyah plan pun mesti tersama eceh.



Sampai2 kenduri, salam makcho, 
Makcho cakap, lama tak jumpa, biasanya baca kat fesbuk je
hehehe... makcho ni sweet sangat cakap macam tu

Sekali tersama tema pulak dengan keluarga pengantin pakai merah kan.

Hari tu cuaca cantik tak hujan
Tapi panas kedaung la
Terpaksa pakai spek hitam sampai lupa nak bukak HAHAHA

Eh itu macam samsung galaxy s4 hehehehe. Kakjeng dah tukar iphone4s ke?
Tengah gosip le tu

Rasa best sebab dah lama tak jumpa sedara mara sepupu semua.
Sebab sepupu saya kebanyakannya kat perak
Adik beradik emak ramai yang tinggal perak, adik beradik abah pun.
So bila kenduri ni baru dapat jumpa
Biasanya nampak update kat fesbuk je kan.

Nasib baik jugak kitorang ada fb group kerabat tokyan.
So memang kat group tu la banyak saya tahu perkembangan sedara mara :)
Terima kasih kat sape yang create group tu :)

Tahniah pawi dan isteri... 
Ode, mia, badang, kakjeng dan ida :)

Dan ini adelah aktiviti biasa bila jumpa adik beradik ahaks

Posing macam ni pun boleh! Dengan kakcik saya :)

Terpaksa berdiri belakang... Yelah makjeng kan tinggi menggalah sesorang

Saya tak lepak lama.
Frust jugak
Tapi takpelah
Sebab saya kena bekejar ke hospital
Wan sakit. sob sob sob.
Harap dia sihat.
Dan saya dengar badang cerita yang dia dah sedar.
Alhamdulilah.

Ontheway pulang ke rumah mak, dan mentukar baju balik. Rimas wei.

Kembali berbaju biasa


Ok itu je yang saya ingat.

Oh ada lagi.
Balik dari hospital saya singgah beli cekodok pisang hehehehe
itu pun kena bagi tahu kan :)

Ok itu aje.


Oyye lagi (matikla tak berhenti taip ni HAHA)

Isnin ni besday anoi yang ke 4 tahun :)




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

pelamin dia simple yet, sweet! congrats to pengantin..! ;)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^