Follow Viruspadu

Sunday, June 09, 2013

Kelas 1.13 Matrikulasi UUM 1998

Ha hambek ko! Panjang ke idok tajuk entry.
Eh takdela panjang.
Ringkas dan padat sebenarnyakan.

Yelah, saya matrik UUM tahun 1998.
Lama dah!
Saya grad tahun 2002 hokey!
Tarikh besday saya pulak tu
16 Sep 2002.
Eh motip bagitahu tarikh besday wakakakaka.
#takbagihadiahsiapeh

Dan 15 tahun berlalu. Lamanyaaaaaaa

Teringat dulu. Bangun pagi sesama. Beratur nak mandi sama-sama. Cuci muka sebelum tido sama-sama. Cerita pasal pakwe sama-sama kekeke. Erm apa lagi? Makan megi sama-sama. Kenangan terindah.

Zaman saya dulu matrik setahun. Korang sama ke? Sebab ada yang setahun, ada yang matrik dua tahun. Ada yang setahun setengahkan.

Ini muni. Antara yang saya rapat sangat. Sampaikan orang kata kitorang kembar dulu. Kemana-mana mesti ada berdua.

Saya dengan muni sekelas matrik tapi tak sama la bilik. Muni bilik sebelah. Saya bilik 319 dengan gee ibrahim, isma bulat ngan kaktie. Muni bilik 320 dengan ecah, joen hamzah (sinar.fm) ngan jijah.

Lepas habis matrik, kitorang ramai-ramai join kelab kenu UUM. Sebab tu la kitorang rapat sangat.

Minggu lepas.
Tak plan sangat pun
Memula muni tag gambar dia terserempak dengan jijah kat ikea
Amboi korang... Jeles mak hencek tau.

Pastu komen punya komen, tetiba plan nak jumpa jugak petang tu. Kebetulan muni ada kat shah alam. Kotidak beliau kat utara nun. Saje cuti sekolah turun KL sebab suami dia keje sini.

So janji jumpa kat midvalley
Saya kan training. So lepas kerja pegi naik komuter je la.
Gee Ibrahim pun kebetulan ada training kat Jalan Duta seminggu. Kalau tak dia kat JB.
Bagus kan. Kebetulan macam ni yang kita cari hehehe.

Tapi last minit gee tak dapat datang sebab training dia ada buat lawatan kat ampang. Alaaaaaaaaaaaaa rasa ralat sangat tak dapat jumpa gee tau



Kitorang tak janji beria. Siapa yang free datang la.
Saya nga muni sampai dulu.
Tak tahu nak makan kat mana
Saya ajak lepak bulgogi :p

Dan lelaki paling kacak dalam kelas 13 saya pun datang bersama isterinya. hehehe.
Aziz ngan haflida.
Ida pun kelasmate saya jugak. hehehe.
Hamboi bercinta satu kelas tauuuuu.

Aziz, ko baca menu tu... nak order ke nak hafal?
HAHAHAHAHA

Itu ida. Dia comel je. Muka tak berubah.

Kitorang jumpa 4 orang je. Tapi 4 orang je pun dah meriah sangat dah rasa. Sebab aziz sorang dah super lawak dah

Korang tahu tak?
Saya dah lama tak sebut "aku" "kau"
Memang sebut "saya" "awak" je sekarang ni

So bila jumpa diorang ni
Tergeliat geliat lidah saya sebut aku kau HAHAHA
Sengal betul.
Lepas jadi bahan la kan saya awak kitewwww itu HAHA

Kalau tanya saya, apa yang saya sembang dengan diorang?
Macam dah tak ingat pulak hehehe
Sebab saya asik gelak je
Nak cakap cerita pasal kenangan lalu pun sangat
Nak cakap pasal apa tengah buat skrg pun tak
Yelah walaupun x jumpa, tp kita semua tahu pasal update masing2 kan
fesbuk kan adoooooooo
Cerita pasal apa ek?

Tak sedar masa berlalu. Tup2 dh lewat. Saya kena balik seremban.
Saya kan cinderela. Takleh balik lewat hihih. Kul 8 malam saya pun balik lah. Dorang masih sambung berjimba :)

Aziz, ida, muni dan makmah


Bestkan kalau dapat buat reunion kelas 13 ini.
Bestkan.

Ok mana kakjeng?

Rindu korang semua :)


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Suliana said... [Reply to Comments]

7 dari kanan saya. betul tak kak? :-)

yong ibu chem said... [Reply to Comments]

ehh kita pulak dari kelas 1.03 matrikulasi UUM 1998/

heheheheheee







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^