Follow Viruspadu

Friday, June 21, 2013

Kenangan betul baju kurung kedah hijau ni

Semalam saya tak boleh tido malam
Terkebil-kebil bijik mata dalam gelap
Nak turun bawah tengok tv malas pulak nak bangun
APTB betul la

Ntah la macam mana boleh teringat saat zaman bercinta dengan en.Badang dulu.
Pelik. Kenapa pulak tiba-tiba terfikir
Mungkin sebab tahun ni adelah ulangtahun ke 10 perkahwinan.
Mungkin.
Tapi bulan 9 karang la.

Dulu masa saya kat UUM, beliau dah kerja kat KL. So bercinta PJJ kan.

Pagi dia call, gerak bangun solat subuh. Call bukan sekali dua. Doploh kali call kot pagi tu sbb awek dia ni bila suruh bangun je, mintak 5 minit, 5 minit gitu. HAHAHA. Perangai memang dari dulu suka menyusahkan en.Badang kekekeke.

Pastu kalau kena jalan kaki sorang-sorang pergi kelas. En.Badang la yang temankan. Dia call la. Kalau saya jalan kaki setengah jam. Ha setengah jam la dia kena dengar saya membebel. Bayangkan kalau sejam saya jalan kaki. Bernanah telinga beliau dengar. :p Dan dia tak pernah berkira la nak call saya. Tak pernah pulak suruh saya call dia sebab bil telefon tinggi HAHAHA. Walaupun saya tahu konfem tinggi giler punya. Zaman dulu telefon mahal kan. Seminit pun dah berapa hengget tak macam sekarang. Maafkan ma ye papa HAHA. Sekarang baru sedar :p. Motip nak sedar sekarang? HAHAHA. Yelah cinta maut kan time tu. Ade dia kisah bill telefon ke apa ke kan.

Rasanya dalam sehari, berpuluh kali en.Badang call saya. Tu belum campur ngan sms nak bagitahu rindu rindu awwwwwwwww.

Itulah kenangan. Kenangan manis.

Pastu pagi ni macam biasalah. Lepas siap-siap mandi. Nak pakai baju. Saya nampak en.Badang keluarkan baju kurung kedah hijau ni. Waaaaaaaaaa rasa nak nangis. Macam mana la dia boleh baca fikiran saya ni wei.

Baju ni adelah baju kurung pertama yang dia belikan untuk saya time bercinta dulu. Wahhhh tacing.

Gambar kakjeng dulu-dulu. Tahun 2000 mungkin. Masa kat UUM.


Sama je kan style kakjeng dulu, kini dan selamanya kekekeke


En.Badang yang kuwusssss.


Ehem.


Dan ini saya hari ni. Masih bertudung bawal seperti dulu. 

Rindu kenangan lalu :)




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

@e_da said... [Reply to Comments]

bagusnya muat lg... heheh

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Sweet sangat

mama_onie said... [Reply to Comments]

OMG!!!! Masih muat baju tahun 2000?? Jelesnya.... kenapa tak pernah terjumap kak jeng kat UUM ke tak perasan?

aziekz said... [Reply to Comments]

Hebat:-)...
Maknaknya baju tu still elok. ?skrang pun masih leh pakai dan muat...

Ms.Su said... [Reply to Comments]

menangis tengok kak jeng still muat baju kurung 10 tahun dulu..kalau saya takat muat tang leher je..

WaniGhani said... [Reply to Comments]

rasa tacing sgt la kak baca entri ni..

MieZa said... [Reply to Comments]

wahhh... kak jemah boleh pakai baju 13tahun yang lepas... hebat..kurus sangat...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^