Tuesday, June 11, 2013

Makanan Halal di Hong Kong Disneyland

Seperti yang saya janjikan dan juga atas permintaan korang jua. Eceh. Dan permintaan ramai juga ni. Eceh lagi. Maka saya dahulukan menulis entry yang ini dulu ye. Yakni makanan halal di Hong Kong Disneyland. Saya akan selitkan jugak pasal hotel dan lain-lain. Tapi kalau entry ni dah panjang sangat macamkan takde esok. Kita buat entry lain la ye. Gambar dalam kamera saya lebih 2000 ok. Giler ko kalau tak share kah kah kah. Maka sila la memahami ye. Memula saya ingat gambar lebih 500 je. Tetengok 2k lebih. Nampak sangat percutian yang keterujaan melampau :p

Ok. Ketahuilah perjalanan dan permainan dan kebest-an dan yang lain-lain saya akan buat di entry yang berbeda sebab ini memang saya nak cerita pasal makanan halal.

Baiklah. Sila fokus sekarang. Fokus ye. Percayalah entry ni senang sangat nak paham, bukan setrill nak belajar JAVA programming advance selama 5 hari. Phewwwwww.

Yeah Welcome to Hong Kong Disneyland. KAHKAHKAH kakjeng dah macam pemandu pelancong. Mencik.

Ini adalah Hotel Hong Kong Disneyland. Ini merupakan salah satu dari 2 hotel yang terdapat dalam Disneyland Hong Kong. Hotel ni memang terbahek. Design dia ala-ala colonial gitew kan. Me loike. Ala-ala henglish style. Macam faham-faham jer yang kakjeng ni memang peminat English Style (suam-suam kuku kah)


Bila masuk jer dalam hotel ni. Saya rasa teruja sangat sebab interior dia macam dalam istana english lama-lama. Terasa macam dalam cerita Snow White atau Beauty and the Beast. Berangan terus jadi puteri :p


Yang bestnya kat sini, bila kitorang tanya-tanya sebab perut dah lapar amek. Dah pukul 3 uols masa ni. So tanya mana nak makan yang halal. Katanya kat Walt's Cafe ada menyediakan 3 set hidangan makanan halal yang terjamin kehalalannya. Alhamdulilah sangat. Perut dah kelubur ni kan. Menu dia siap tertera logo halal okeh. Suasana dalam Cafe ni amat tenang dan selesa. Pelayan dia manis-manis semuanya. Eh apa kaitan dengan pelayan? :p


Apa lagi... serbuuuuuu.... #jalandenganayu

Kat Cafe ni juga ada menu pastry serta raw food cam smoke salmon, buahan dan ulam salad. Cuma bezanya, makanan ini walaupun boleh dan halal dimakan, tetapi pihak pengurusan cafe menyatakan bahawa makanan tersebut disediakan dalam kawasan dapur yang sama dengan makanan tak halal yang lain.

Pastry dan makanan salad
So kalau rasa ragu-ragu untuk menjamah pastry, buahan dan salad tu. Maka takyahlah makan ye. Saya pilih dari menu halal yang disediakan. Makanan dari menu halal ini terjamin dari segi syarak nya. Malahan tukang masak, dapur, peralatan memasak dan sebagainya diasingkan dari makanan lain.

Tiga menu pun susah nak pilih. Semua nampak sedap :)

3 pilihan menu halal. Nampak ke idok logo halal tu?

Ada tiga pilihan menu yang disediakan iaitu Penang Fish Curry, Malaysian Korma Chicken dan Thai Chicken Curry. Bangga plak tetiba rasa sebab 2 dari 3 menu tu adalah masakan Malaysia. Untung la duduk Malaysia #tetiba. Rasa dia macam mana kakjeng?? Erm macam mana nak cakap rasa dia ye. Boleh tahan sedap dimakan ketika lapar. Rasa dia dah tentu la tak sama dengan masakan melayu Malaysia. Tapi masih sedap :)

Comey sangat kek ni kan. sayang nak makan

Cantik ruang makan di Walt's Cafe ni. Memang english style sungguh. Paling menarik sekali kat dinding cafe ada gambar-gambar peribadi Encik Walt Disney. Ada lakaran kartun terawal dari beliau juga.


Cantik kan dinding cafe ni

Pastukan dorang bagi cawan kertas ngan sudu plastik tau. Memula rasa pelik je. Yelah tempat makan dah cun habis dah. Takkan la kitorang makan pakai peralatan pakai buang pulak kan. Pastu baru terfikir. So korang jangan rasa pelik bila diorang hidang cawan kertas dan sudu plastik pakai buang. Haruslakan taknak share. Ini adalah kerana nak menjamin kebersihan dan supaya peralatan makan kita tak bercampur dengan peralatan lain. So boleh makan tanpa rasa was-was. Makan la ko sampai licin. Yumssssssss.

Rasa macam nak kidnap pulak. Kang nampak jakun sangat pulak HAHAHA
Sudu, grafu dan tisu pakai buang.
Petanda pesakit mental HAHA
Sebelum makan... kita Keeks dulu. Sila bukak keek @viruspadu

Malaysian Korma Chicken 
#abaikan jerawat seketul seketul di bawah mulut. :p
Penang Fish Curry

Malaysian Korma Chicken

Set Penang Fish Curry

Sedaaappppppppp...
Memula saya dok tunggu mana la nasi tak sampai-sampai. Rupanya nasi ada je bawah lauk tu. Kena selak-selak baru jumpa nasi.

Unik :)


Bersih, selesa dan amat peramah
Tadi tu adalah pilihan tempat makan yang halal yang terdapat dalam kawasan hotel di Disneyland Resort and Hotel Hong Kong Disneyland ni.

Bagaimana pula makanan halal dalam kawasan theme park kakjeng?
I know! I know.
Korang nak tanya soklan tu kan.
Ini kakjeng tau, korang belum terpikir lagi kakjeng dah tau apa yang korang nak tanya. #ilmuhitam

Bila korang dah penat dalam ni. Perut pun lapar, lalu mencari makanan hehe
Persembahan Golden Mickey
Kalau dalam taman tema Disneyland Hong Kong ni, ada beberapa food court atau tempat makan halal. Jadi korang takyah la risau perut nak ikat perut ke apa. Kang kurus pulak. Jeles pulak kakjeng. lepas korang enjoy main semua permainan yang ada macam space mountain (yg ni memang mencabar gilos wtf), mystic point yang ada rumah penuh dengan perkara mistik, naik coaster kat grizzly gulch atau layan menjadi manusia kerdil di Toy Story Land.

Dalam kawasan taman tema Disneyland ada 2 pilihan food court yang menyediakan makanan halal iaitu di Explorer's Club Restaurant dan di Tahitian Terrace.

Kalau kat Explorer's Club Restaurant ni best sebab semua gerai di dalam tu halal. Boleh nampakla tanda halal. Semua makanan yang disediakan ini telah disahkan halal oleh  The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong.

Salah satu tempat yang menyediakan makan halal dalam Disneyland Resort and Hotel

Saya suka kat sini sebab dia asingkan ruang makan ikut sosial budaya negara-negara di dunia. Contohnya ruangan makan untuk Morocco n Egypt, Rusia, India dan China. Walaupun begitu, menu yang disediakan ada menu korea, indonesia, cina, malaysia dan lain-lain. Yang pasti nya semua makanan nya adalah halal. Semua korang boleh order. Yang penting ada duit nak bayar. hihihihi.


Kakjeng kan kpop kena la makan makanan korea hew hew hew

So pada hari pertama saya sampai Disneyland Hong Kong ni. Saya bermula dengan makan tengahari kat Walt's Cafe yang berada dalam Hong Kong Disneyland Hotel. Pastu terus tak menyempat-yempat simpan luggage kat hotel storage tu terus ke taman tema. Sebab nya, teruja dan tak sabar nak main semua permainan yang ada di dalam tu serta melihat perarakan Flights of  Fantasy dan persembahan bunga api. Part yang ni nanti saya cerita ek. Entry ni hanya pasal makanan halal yang boleh uols cari dalam Disneyland Resort and Hotel ni.


Bagi yang suka masakan cina dan halal... sila la ke sini

Korang tengok kebersihan dan penjagaan penampilan chef dan pramusaji ni. kemas kan

Harga dia ada dalam gambar.
Tadi saya semak currency HKD100 = RM39.87
So harga nasi goreng satu pinggan HKD128 = RM49.84
So korang boleh bajet la ye.

Makan malam saya makan kat Explorer's Club Restaurant ni la. Ini yang kitorang order :)
Set untuk nisa anoi

Masakan indonesia

Nasi goreng ni Encik Badang punya. Udang dia besau

Dalam air ada lampu. Ko mampu nak minum?

Selepas seharian pada hari pertama bermainan dan makan-makan dalam Taman Tema. Balik la ke hotel penginapan kakjeng sekeluarga. Kakjeng tak menginap di Hong Kong Disneyland Hotel. Sebab dah penuh. Frust betul. Tapi takpe saya lepak Disney's Hollywood Hotel. Actually, hotel ni sebelah je ngan Hong Kong Disneyland Hotel... So lagi dekat la.

Amik luggage pastu terus balik bilik. Bab ni nanti cerita ek.

Esok paginya.
Sarapan pagi kat Enchanted Garden

Esoknya, kitorang sarapan kat Enchanted Garden. Tempat ini ada kat dalam Hong Kong Disneyland Hotel. Di sini memang tidak mendapat perakuan halal tapi mereka melakukan pengasingan dalam urusan masak memasak. So kitorang cuma makan makanan yang biasa-biasa je la macam cereal, buahan, pastry dan cold salad je.


Boleh bergambar dengan watak-watak kartun Mickey Mouse

Yang bestnya kat sini, Kitorang boleh makan sambil bergambar dengan watak-watak dari siri kartun Mickey Mouse. Ada Daisy, Goofy dan Mickey akan sentiasa berlegar di meja-meja makan untuk bergambar tau. Baru la feeling Disneyland kan.

 
Suasana santai
So sebelum saya dan keluarga meneruskan agenda pada hari kedua, sajian makanan yang memberi tenaga dan layanan watak-watak kartun keluaran disney serta pramusajinya membuatkan semangat iols membuak-buak uolssss untuk meneruskan langkah ke taman tema lagi ahakssss banyak lagi yang belum dicuba.


M.I.C.K.E.Y  M.O.U.S.E... mickey mouse... ingat tak lagu tu

Muka feeling kyomi hahaha

Kebetulan semua berbaju merah pink. Sumpah tak plan. ;p

Nisa memag pengemar buahan tegar

Saya siap beli ko gambar. Saje la buat kenangan. Siap dapat 2 keping gambar dan 4 keychain dalam tu gambar kitorang jugak. GEMBIRA.

Kenang-kenangan

Tinggi nye si Goofy ni.

Dah kenyang dah. Jom sambung kat taman tema

Pada hari kedua ni, kira dah expert sikit la bab jalan-jalan dalam taman tema Disneyland tu. Bukan saya la ekpert hihi. Saya datang 10 kali pun sesatkan. Badang dah terer dah. So kali ni kitorang cuba semua permainan yang ada dalam tu. So untuk lunch kitorang makan kat Tahitian Terrace.

Tahitian Terrace

Tahitian Terrace ni terletak dalam area Adventureland. Eh lupak nak bagitahu yang Explorer's Club tu dalam kawasan Mystic Point. Disneyland Hong Kong kelompok kan permainan berdasarkan tema-tema tertentu seperti Adventureland, Mystic Point, Toy Story Land, Grizzly Gulch, Fantasyland, Tomorrowland dan Main Street USA.
3 pilihan citarasa. Indian, Asian dan South East Asia
Kat Tahitian Terrace ni, makanan yang disediakan pun halal dan diperakui oleh The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong. So rasa selamat la makan. Di sini ada 3 pilihan citarasa iaitu india, asian dan south east asia style. Saya haruslah pilih Malaysian food kan. So kitorang makan Malaysian Roasted Chicken Rice Noodle Soup dan Penang Fish Curry

Pilihan menu di south east asia section
Macam biasa, harga ada dekat dalam gambar ye.
HALAL.

Menu masakan indian

Menu South East Asia Section


PTahitian Terrace ala-ala caribbean



Pandangan dari luar.

Pekej siap ngan air soda

Hari yang cukup panjang. Sepanjang hari kedua tu rasa macam seret badan je. Banyak betul permainan dalam taman tema Disneyland Hong Kong ni. So bila balik je bilik, nampak katil tu dah melambai-lambai. terus terlentang je. Nisa Anoi suka sangat. Tak letih ke apa budak-budak ni. Kebal betul. Suka sangat lew tew.

Hari ke 3. Sarapan kat Chef Mickey Cafe.

Cafe ni kat Hotel tempat kitorg menginap je. Senang, takyah pergi jauh. Cantik la cafe ni sebab kalerful. Budak-budak suka sangat. Mak budak apatah lagi hihi.

Sarapan en Badang

Chef Mickey Cafe ni tidak menyediakan makanan halal secara khusus ye. So pilih la ikut kesesuaian korang. Di cafe ini juga terdapat watak kartun Disney untuk bergambar. Cuma kat sini watak-watak tersebut tidak merayau dari meja ke meja. Mereka menunggu di entrance masuk ke cafe je. So kitorang makan dulu bila dah kenyang dan terasa nak bergambar, boleh ke arah watak tersebut. Begitewwww.


Amboi manja nye si Kakak tu..

Ok, penat betul rasanya saya menaip HAHAHA. Rasanya macam ada lagi info yang saya tertinggal. Erm... rasanya itu info yang saya teringat makanan halal yang boleh korang boleh try kat dalam Disneyland Resort and Hotel di Hong Kong ni. Berdasarkan pengalaman saya je la ye.

Niat saya nak cerita pasal harga hotel segala. Niat tu dah ada HAHA
Tapi dah panjang kot ni. Erm nampak gayanya next entry la ye
InsyaAllah :)
Tunggu.






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^