Follow Viruspadu

Monday, June 24, 2013

Mekdi pun boleh

Dah berapa hari ni streamyx rumah saya ntah hape benda la
Buat sakit jiwa je.
Tetiba !@#$%^&... apa pun tak boleh
Kalau connection slow pun boleh la maaf lagi
Saya ni penyabar orangnya.

Haduh.
Ini kali yang keberapantah ni wei
Bayar bulan mahal kot.
Ini memang mengundang kepada niat memotong streamyx la ni kan.
Tapi kang kalau potong sendiri jugak susah nak siapkan kerja
Haishhh komplen tin kosong aje la jawabnya.

Maka semalam, kitorang anak beranak berpusu-pusu la ke mekdi berdekatan.
Sebab situ wifi free. Terima kasih mekdi ahak ahak.

Nisa dengan Anoi paling suke bila saya cakap nak pergi mekdi.
Terus pegi mandi.
Dah lama kot dorang tak pergi.
Seronok bukan sebab pergi makan mekdi ye
Tapi sebab nak main je lebih.

"Anoi, mama nak amik gambar ni"
"jap mami, jap... adik nak buat mcm ni"

HAHAHAHA. sukatik la



Siapa lagi idola dorang kalau bukan mama nyer kannnn.

Saya buat keje kejap je. Sebab dah siap draft kat rumah. Lepas tu en.Badang take over la laptop. Bizi dengan mudah dot com beliau.

Nisa datang pulak suruh saya snap gambar dia. Sebab tadi anoi eksen mama amik gambar adik kihkihkih



Feveret. Sos cili tabur lada hitam. TERBAIK

Rasa seronok pulak sekali sekala keluar malam macam ni.
Dulu masa abang ada kat rumah, kalau budak-budak dah tido dapat jugak gi keluar ngeteh ngan badang. Tapi ada la 2 kali gitu je hehe. Sekarang memang tak dapat la. Duduk je kat rumah. Ontok-ontok yo.


Ini kakjeng hari ni. Muka tak bermaya dan mengharapkan cuti hehehehe. Mengantuk wei.

So adekah semorang pakat ganti puasa hari ni?
Selamat berpuasa korang.
Selamat berbuka puasa ek



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

J.M.R said... [Reply to Comments]

siap posing lentoq tu..comel dua org ni..

mm said... [Reply to Comments]

Mekdi tesco rmai x org mlm2 vp?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^