Follow Viruspadu

Monday, June 17, 2013

Nyata

Sejak saya guna blekberi pastu tukar iphone4, pastu tukar iphone4s pastu ...
Rasa senang la sebab semua benda boleh check terus kan
Takyah nak on laptop tunggu ada tenet baru boleh bukak emel, update fesbuk, update belog.
Semuanya senang. Tengok kat fon je. CEPAT.

Tapi saya rasa saya macam dah teruk.
Setiap 5 minit saya nak check fon saya.
Macam hidup kat alam maya je plak, alam nyata dilupakan.

Kita tak perasan apa yang kita buat. Biasanyalah.
Saya perasan saya macam teruk bila saya tengah lepak dengan kawan saya.
Kebetulan fon habis bateri. So xleh la main fon hehehe.
Saya tengok dia tengah menguap makanan pun dok scroll fesbuk
Bz betul. Padahal tgk fesbuk je kot
Pastu tengok instagram.
Hurmmmm macam takde orang kat depan dia.
Saya xde komen apa-apa
Cuma saya fikir, saya pun mesti macam ni.
Sibuk dengan wasap la line la wechat la

Hari tu cakap dengan badang yang saya nak cuba jauhkan fon tu dari saya
Waktu makan adelah dilarang pegang fon.
Waktu tengok tv dengan keluarga pun sama
Dalam kereta
Bla bla bla

Kurangkannnnn...
Bukan la tak pegang langsung ye.
Kalau tidak fon tu mcm dah melekat kat tangan kuikui
Takleh berenggang langsung kot

Tapi susah weiiiiiiiiii.
Sebab dah biasa beberapa tahun ni macam ni kan.

Tapi saya cuba la.
Semalam badang cakap dah nampak banyak kurang dah saya pegang fon.
YEAYYYYYYYYYY

Korang macam saya tak?

Hargailah orang disekeliling kita :)
Nasihat untuk diri sendiri :p






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

Cik Puan Rara said... [Reply to Comments]

yups.rara pon.dgn family.kurangkan fon.hehee

strawberi said... [Reply to Comments]

zaman skang ni

kita dlu..camtu la..asben tk prnh tegur pun..tp kdg2...sndiri yg rasa..lama2 tu..dh boleh disiplinkan diri...ble dh setel sume keje..baru pegang phone
tp now..asben dh pakai smartphone...camtula dia..melekat je ngan tepon..tp kita paham..sebab kita dlu camtu..harap dia pun sedar...ekekek

Zanira Noh said... [Reply to Comments]

Andak mmg teruk. Atam tak seover andak haha

mekchu said... [Reply to Comments]

najib pernah sorok kan hp su.. hahaha kes kronik..

mama_onie said... [Reply to Comments]

Tapi gelisah lah kalau tak ada henpon kat tgn...

Cik Matahariku said... [Reply to Comments]

btullah tu, kadang-kadang kita tak perasan itu dah jadik habit kan..anyway, salam perkenalan..kenal blog ni sebab tgk iklan dove tu..:)-







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^