Follow Viruspadu

Friday, June 28, 2013

Rawang Burger Bakar. Sedap ke?

Adakah ini dinamakan mengidam?

Ohmaiiii…

Asal ada orang letak gambar makanan kat instagram mahupun fesbuk mahupun kalau melintas sebelah kedai gunting rambut yang ada tv tunjuk iklan makanan pun dah terasa nak makan dah. Mencik tau.
Mengidam yang MENGADUNGi lemak? Mencik. Mencik.

Mengapakah kau begitu kakjeng?
Nafsu makan apakah ini?
Hari tu saya mengidam makan jagung tongkol. Sanggup malam-malam ajak badang keluar beli jagung. Sekali dua batang saya makan sekali hadap. Tu belum cerita pasal makan yang sebelum makan jagung tu lagi. Apakah!

Hari tu ada nampak orang LIKE gambar kat fesbuk Rawang Burger Bakar (RBB) (dah 61,000 likers nyah! Mau tak pitam disitu). Giler ko kalau tak pergi cuba kan.
Lokasi: Kat seksyen 5 Wangsa Maju, bertentangan dengan shell sebelah Carefour Wangsa Walk.
Ermmmm depan Affin Bank tu.

Korang mesti tahu punya kalau pergi sana cari.
Kalau tengok ramai je orang.
Tak lain tak bukan memang la Rawang Burger Bakar gitu.

Mula-mula korang kena tengok menu dulu.
Saya tengok je dah rasa nak tergelak dah uols.
Bukan apa. Nama dia unik sangat. Rasa macam nak sepak je HAHAHA. Amboi! HAHAHA.
Nama dia best-best. Antaranya adelah OMBAK RINDU. HOT CHIC HAHA. ISABELLA. BURGEMBIRA HAHAHAHAHAHA. Chicken POP lagi. Dan yang saya takkan order adelah MADU TIGA HAHAHA. Jangan weiiiiiiiiiiiii…  Tak baik buat nama burger macam tu. I terguris tau HAHAHA

So masa nak order tu sembang-sembang katanya ada menu baru. Wah harus la cuba kan. Mestilah nak jadi orang yang terawal rasa. Baru boleh eksen satu kampung heh.
Old Skool Burger nama dia. Masih takde dalam menu :p

Apsal nama Old Skool?
HAHA. Kakjeng ko ni makan je la kan. Sibuk nak tahu asal usul nama burger bagai.
Sebenarnya macam ni.
Dulu kita kecik-kecik mana la ada roti burgerkan. Kalau kot ada pun kose la nak beli.
So dedulu kalau kita kat rumah kan buat burger pakai roti gini kan.
Siyes masa makan teringat zaman dulu
Sangat Old Skool.

Eh Sepet88 ngan Qery pun adooo.

Sedap la.
Siyes.
Siyes.
Siyes.

HUHUHUHU.
Sedap :p

Ok dah tu kakjeng.
Jangan nak over.

Ok sumpah sedap :p

Ok dah :)

Sebab makan dia rasa tak berat sangat.
Kalau perut memang dah kenyang pastu saje nak melepak kat Rawang Burger Bakar ni, sesuai sangat la order Old Skool Burger ni. Memang selera Melayu.

Banyaknya burger atas meja :p
Korang jemput tengok aje la ye.
Nak jemput makan sila la pergi Rawang Burger Bakar sana.
Tak guna korang menangis di sini HAHAHA
Ala kassssimmmmmmmmmm.

Aummmmm. I kan manje. 
 
Hoih penuh pipi mu :p

Kakjeng order apa lagi? Ini dia HOT CHIC.

Terpaksa order yang ni, sebab I kan HOT :p
Sedap dia memang dalam kelas dia yang tersendiri
Itu yang saya boleh bagitahu korang
Tak boleh nak compare sana lagi sedap, sini lagi sedap, situ lagi sedap.
Ayam dia bukan macam ayam yang selalu saya makan. Ia bukan goreng. Ia bakar. Dan ia sedap. Percayalah. Dan ia ada black paper. Kita memang suka makan pedas-pedas. Seswaiii sangat dengan selera. Kalau nak tambah cheese. Sila tambah singgit. Jangan kedekut hew hew.

Saje nak test, muat tak mulut nak nganga sebesar burger itu. Memang takla. Jenuh saya penyek-penyekkan ia menjadi kecil. Tapi masih tak muat. Besau kot ni.


Dan satu lagi. Ini pun baru.
MEATBALL
Roti dia sedap
Sayur dia sedap :p
Dan MEATBALL dia lembut weiiiiiiiiiiiiiiiii.

Kalau makan kena sekali ngap. Kennot gigit-gigit separuh one.
Kalau nak jugak gigit separuh, kena macam ni. Tampung tangan di bawah dagu. Giteeww.


MEATBALL ni sedap sampai terpaksa tapau lagi bawak balik rumah. Sedikit OVER disitu.
MEATBALL ni sendiri bikin ye
Resepi sendiri.
So rasa dia memang kalau nak kena pegi Rawang Burger Bakar mana-mana cawangan juga aci :)

Menjengah dapur. Tu dia.

Dorang buat kat situ tau
Pastu bako.
Memang terbaik.
Fresh dari ladang ahaks
Tahukah korang yang Rawang Burger Bakar ni dah ada enam puluh lebih cawangan di seluruh Malaysia termasuk luar Negara dalam masa setahun je.
Hewwwwwwwwwwwwww (lap peluh)
Saya pun baru tahu sebab sembang-sembang dengan abang Roy (tokei Rawang Burger Bakar)

Ini Abang Roy.
Jangan ngorat dia walaupun dia memang emsem ye
Saya yang tak kasi
HAHAHAHA

Alamak, saya nampak tembam lah.
Sekali lagi lah

Baiklah. Sama je takde beza pun. Memang dah tembam sejak lahir.
Takpe, janji Abang Roy nampak kacak.


Untuk lebih mengiurkan diri sendiri.
Korang pergilah LIKE instagram RBB (@roynaldoo)
Tapi kalau mengidam kul 3 petang memang tak dapat tolong ye.
Sebab RBB ni start bukak kul 6 petang, sampai 2-3 pagi.

Kalau nak tahu apa-apa update, follow twitter beliau kat @burgerRawang

Sekian daripada DUTA RBB Lantik sendiri :p

Erm lagi nak cerita apa ek.
Apa lagi info yang saya tertinggal?

Kemudahan parking?
Pandai-pandai la korang cari HAHA.

Berapa lama tunggu sekali order?
Erm… bergantung kepada berapa ramai orang makan burger masa tu. Biasanya tak pernah tak ramai la kot. Dalam 15 minit ada kot. Ntahla. Saya cerita berdasarkan pengalaman aje la ye.

Harga?
Berpatutan sangat.
Macam burger Double Riang yang dua kali ganda beso daripada HotChick tu. Baru RM13. Nak tambah cheese tambah singgit.

Ok tu je nak share.
Nanti kalau ada lagi sessi JJCM.
Saya share lagi ekkkk.




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

Wah...nk merasa gak ni :-)
Akan ku cari RBBni...tunggu. that day si ceera n sepet expose pasal burger bakar now kak jemah pula...aduyai...mengelitik tekak ni nk rasa gak. Hihihi.

peej said... [Reply to Comments]

saya pergi makan lagi semalam.
siap tapau meatballs.
memamg sedap teringat2.
ni tengok etry kakjeng rasa nak lagi. mcm mana ittew?

BIRU vs PINK said... [Reply to Comments]

selalu lalu jer kt situ. tak pernah singgah pun

Norlidawati Jaafar said... [Reply to Comments]

ai
saya ida newbies blogger
saya baru je follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot

Homestay Melaka Mansor Choot said... [Reply to Comments]

homestay murah untuk didiami di melaka .comment saja di blog kami http://homestaymansorchoot.blogspot.com/







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^