Follow Viruspadu

Thursday, June 20, 2013

Sambutan Hari Bapa

Adekah korang juga sambut hari bapa ahad lepas?
Ye saya tahu, kita memang sayang abah hari-hari bukan hari bapa je.
Iyeeeeee semorang macam tu :p

Tapi saje la untuk nak bagi abah gembira. Apa salahnya kan :)
Sama je macam hari Ibu.
Kita nak buat ibu bapa rasa bahagia. Saje suka-suka bagi hadiah. Eceh. Walaupun memang kalau nak bg hadiah dekat ibu bapa hari2 pun x kisah. Tapi apa salahnya

Ahad tu kitorang anak beranak melepak aje kat rumah. Pagi-pagi masak nasi lemak sambal petai. Tengahari masak gulai nangka. Weiiiiiiiiii saya makan banyak giler kot. Sebenarnya saya adelah tidak suka makan gulai nangka keh keh keh. Ntah la kenapa tak suka. Tak boleh terima kot nangka tu jadi gulai sebab saya suka makan nangka. Macam timun la. Saya ni memang la hantu timun tapi kalau timun tu kena masak terus tak suke langsung. Tapi ni tiba-tiba sedap sangat pulak gulai nangka ni. Saya siap makan bertambah-tambah. Adekah disebabkan oleh faktor usia? ahak ahak ahak.

Dan saya sekarang makin bulat...
Uwaaaaaaa.
Apakah ini petanda terlalu bahagia sekarang ni?
Takpelah. Saya enjoy food sekarang ni.
So bulan puasa nanti kita kuruskan sikit pipi ni ye.
#azam #pipije

Pastu tetiba baca wasap keluarga, ajak potong kek petang kul 5. Memula saya ingatkan malam. So boleh la gerak lepas asar ke apa ke cheras. Tapi dah kata mcm tu, terus siap-siap. Kul 345 terus gerak. Anak-anak saya teruja sampai mekap melampau. Sebenarnya anoi mekap over tau. Tapi kaler dia lembut. So x nampak sangat la. Saya pulak pakai lipstik merah menyala. Memadai. Dasar pemalas kan.






Nisa pun mekap. Anak perempuan memang mcm ni kan. Dorang siap pakai perfume bagai ni.

 Sampai rumah abah dalam kul 515 gitu. Dan mengacau ayin. Ayin ni kan anak buah saya. Kitorang (saya ngan sepet) selalu panggil dia kazen HAHA. feeling rakan sebaya. Hangen je ayin :p

Sambutan potong kek start kul 6 kot. Kitorang aje la adik beradik macam biasa. Takde panggil orang lain. Tapi family kakcik takde sebab dia balik kampung belah suami pulak.





Nampak abah happy sangat.

Kitorang adik beradik belikan abah hadiah fon yang sama dengan emak. Baru la adil dan saksama kan


Para bapa.

Apa kono mu kaklang? Same pulak posing dengan andak tadi HAHA
 HAHAHAHA lucu :p

Ode.

Ibu-ibu.

Semoga kita semua bahagia. :)


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

*SiRibenMerah said... [Reply to Comments]

selamat hari bapa (belated)..

sis, lama x jumpe.. hehe~







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^