Follow Viruspadu

Thursday, July 18, 2013

Baju Raya

Hai korang

Hari ni hari khamis. Esok Jumaat dah. Sabtu Ahad boleh rehat kat rumah.

YEAY!

Office saya ni kan ada buat fleksibel working hour tau. Boleh work from home sebulan maksimum 5 hari gitu. Hati saya ni memang tergedik sangat nak apply. Tapi apakan daya saya baru potong strimik dua minggu lepas hehe. Kalau takde internet how to work work from home? Kenot read emel one kan. Boleh ke keje takde tenet zaman loni? Cemana nak buat report Malaysia New Zealand Free Trade Agreement? Cea saje sebut nak bagi nampak hebat kahkahkah. #inisemuapoyo

Saya plan nak amik la WFH tu seminggu gitu terus. Direct. So takyah la susah payah bangun awal pagi kejar bas dan menderita sakit belakang dlm bas waktu pulang. Giler ko jem lebih 2 jam tu dalam bas masa balik seremban. Tuhan je tahu macam mana rasa. Atlis dapat rehatkan tulang belakang ni seminggu. Dah cukup Alhamdulilah dah rasa.

Tapi tulah. Internet takdok! Apa pun tak boleh!

---------------------

Korang dah beli ke baju raya?
Saya dah belikan untuk anak-anak je.
Diri sendiri belum lagi.

Ritu saya jenjalan pegi SACC Mall. Pastu tengok la baju ronda-ronda butik area sana. Phewwwwwwww. Harga mengarut sangat la. Asal saya bekenan je mesti MAHAL. HAHAHAHA. Oi apa ni? Saya bekenan yang simple je. Yang simple pulak mahal ek. Sudahnya balik tangan kosong. Keciwaaaa.

Raya kali ni ada 2 tema kaler.
Belah badang kaler pink.
Belah saya kaler oren peach gitu.

Saya tak tahu canne nak gayakan baju raya nanti.
Pagi kat rantau pakai baju pink. Pastu tengahari kat cheras tukar baju?
Hoihhhhhhhhhhh... payah.

Kena beli satu baju 2 warna. Lantak. Beli baju belang-belang.

Saya bekenan baju ni masa tengok kat blog peej. KREE kan. Cantikla. Suka dua warna mcm ni. Boleh tak nak rikues combine warna pink ngan peach oren. Pleaseeeeeeeeeeeeee. Suke la baju ni. Saya masuk site kree takde pulak. Belum update kot.  Saya suka yang tepi sekali ni
<----- lawaaaaaaaaaaa.="" nbsp="" p="">


------------------------------------

Penulisan tak macam dulu?

Betullah.
Liza komen kat entry ulu bendul katanya entry saya tak meriah macam dulu.
HUHUHU

Nampak tak efek kehidupan dalam penulisan?
Bila kita happy - LAIN

------------------------------------

Berbuka puasa.

Semua salah kaklang saya sebab hantar gambar beliau berbuka puasa nasi lemak tau. Tengok saya pulak teringin nak makan nasi lemak. Kemudian terpaksa rikues kat encik badang nak makan nasi lemak. Dan beliau pun masakkan nasi lemak hehehehe


Terima kasih papa masakkan nasi lemak sambal udang.
Nanti weekend ma pulak masak ye.


------------------

THE END


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Fyna Ahmad said... [Reply to Comments]

sangat sedap tengok nasi lemak itu ^_^

Izz Latif said... [Reply to Comments]

Wahh terer papa masak nasi lemak!
;)

anakomak said... [Reply to Comments]

baju tu buat badan kita nampak kurus hhehe... ;-)

Miss Moon said... [Reply to Comments]

Mah ..nko pakai baju apa pun lawa Mah oooi

plus org slim cam nko nih banyak baju ley beli terus

wah best nya kalau slim n ramping cam kak jengggggg

blog-tips-kurus said... [Reply to Comments]

org tinggi langsing cantik le pakai tuuuu.. huhu!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^