Follow Viruspadu

Thursday, July 11, 2013

Berubah demimu BABY ku:)

Bestkan ada baby kecil.
Bestkan bau baby.
Bau baby yang paling best.
Rindunya...

Baby memang memberi kesan impak yang besar kepada kita. IBU BAPA.
Khususnya kepada para IBU
Macam saya :p

Kita belajar erti SAYANG
Kita belajar makna PENGORBANAN
Kita belajar macam mana nak BERSABAR
Dan banyakkkk sangat lagi.

Kalau dulu ko jenis tido mati mercun meletop letop pon pon pon depan rumah pun tak perasan tapi anak punya pasal ter ek ek sikit tengah malam pun dah cemas terjaga hehehehe.

Kalau dulu selalu sesat jalan nak masuk dapur rumah sendiri tapi sekarang siap gugel resepi sebab nak masakkan makanan yang terbaik untuk anak.

Kalau dulu tengok anak orang menangis rasa rimas sangat tapi bila dapat anak sendiri meraung satu taman boleh dengar pun redha je keh keh keh.

Ha itulah dia. Penangan baby kan.
Baby buat kita banyak berubah :)

Korang macam mana?

BERUBAH?
Ke sama je sebelum ada baby dengan sejak ada baby?

Saya sendiri banyak yang saya ubah.
BANYAK.
SIYES!

Adik beradik boleh perasan la perubahan andak diorang ni hew hew hew.

Sejak ada anak.
Saya menjadi seorang yang sangatlah penyabarnya.
Ini satu je la yang saya tulis padahal banyak sangat, 12 mukasurat baru mukadimah katanya.

Anoi jenis kuat menangis. Selalu menangis tanpa sebab. Bosan mungkin hehehe.
Lepas tu dia suka menangis sebab nakkan sesuatu tapi suruh orang teka apa yang dia nak melalui tangisan. Korang bayangkan kalau dia menangis tengah malam. Anoikan jenis awal jugak bercakap. 2 tahun tu dah boleh bercakap yang kita faham dah. So bila dia nangis kita kena teka satu satu. Phewwwwww.

"anoi nak susu? susu? mama buat susu ye?"
"uwaaaaaaaaaaaaaaa..." bertambah kuat... sebab teka salah
"anoi nak tepuk-tepuk?"
"uwaaaaaaaaaaaaa..."
"anoi nak selimut?"
~angguk

Haaaaaaaaaaaa ko tengok! HAHAHA.
Nasib la anak sendiri kan. Maka layankan ajo.
SABAR TAK KAKTONNNNN.

Tapi inilah kemanisan punya anak kan.
Inilah manisnya
Inilah ubat lelah ubat rindu
Biar macam mana pun mama tetap sayangkan nisa anoi :)
Intan payung ucuk ucuk mama

Korang ada pengalaman macam ni?
Atau lagi best?
Pengalaman macam mana korang berubah demi anakmu?

Jom la share pengalaman korang pulak kat Drypers Changes Worth Making website. Untung-untung menang hadiah worth up RM12,000. Phewwwwwwwww.


Banyak informasi yang korang boleh tengok dalam website Drypers ni.
Saya sharekan satu video ni :)




Korang tengok tak?
Terharu pulak rasa sebab ibu-ibu memang macam tu
Kalau ada plan nak beli barang last-last duit ke anak jugak
Kalau dulu suka sangat buat aktiviti outdoor, demi anak sanggup tinggalkan semua.

PENGORBANAN :)
PERUBAHAN :)

So apa lagi.
Klik www.drypers.com.my/changes dan share pengalaman anda :)



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

owh my...kite tgh syiok2 cium bau baby. HEHEHE kak jemah bila lagi??

Cik Matahariku said... [Reply to Comments]

hmm...saya pun baru je habis pantang dapat bby kelima, bau bby mmg sedap kan..hehhe..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^