Follow Viruspadu

Thursday, July 25, 2013

Bila?

Sekarang tajuk entry semua berfaktorkan soalan gitu kan.
Motip sangat.

Nak dijadikan entry.
Kelmarin kot saya menengok-nengok instagram saya.
Skrol punya skrol nampak la gambar tokti
Cantik betul beliau.
Mesti nak like gambar dia sebab suke.

Tapi tula, kadang rajin. komen la.
Biasanya malas la.
Tekan komen. Pastu nampak orang gaduh-gaduh.
Pasal ada orang tanya bila tokti nak mengandung?
Bila dia nak dapat anak?

Saya yakin kebanyakan orang tak suke soalan tu.
Saya pun tak suke. Walaupun dalam nada sakat.
Walaupun orang yang rapat yang tanya apatah lagi kawan-kawan biasa.

Ntah la.
Soalan macam tu mcm mana kita nak jawab.

So baca-baca la.
Pastu senyum sorang-sorang sebab ada sorang tu komen ayat dia gini la. Saya tulis yang macam saya faham la. Ayat dia kasar. Tapi agak logik.

lebih kurang gini la

"kalau ko boleh jawab bila ko nak mati, mungkin dia boleh jawab soalan ko tu bila dia nak mengandung"

Amboi.

Tapi yelah. Logik kan.
Soalan yang bukan kita yang tentukan jawapan dia :p

Maka lepas ni jangan tanya soalan yang orang susah nak jawab seperti

"bila nak kawen?"
"bila nak beranak?"
"bila nak beranak LAGI?"

Sebab nanti orang akan balas pulak soalan
"ko pulak, agak-agak tahu bila nak mati?"

Pedas wei. Pedas.
Tersusuk sampai ke jantung.

Jadi, bila kita nak bertanya soalan.
Jaga la hati orangkan.
Tu je motif dia.

Macam, bila kita bercakap dengan orang depan kita. Kita kena la kawal kekuatan nada kita bercakap. Bukan bercakap sampai 10km pun boleh dengar suara kita. Ini takyah skill pun, cuma perlukan sikap timbangrasa je. annoying tau. Ok takde kaitan :p


Babai :)
Eh macam serius bonar pulak entry ni kan








Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

izaFiza said... [Reply to Comments]

hehe..ok.noted. nti raya kalo ada je sedara mara tanya nak jawab je kat muka dia "ko pulak, agak-agak tahu bila nak mati?"

#Sentap patploh hari.haha.

Suliana said... [Reply to Comments]

kak jem suara dalam kelambu, tak berapa dgr sgt :-)

MieZa said... [Reply to Comments]

yer...saya pon tak suka org tanya saya "bila?" stress tau kak...

bila nak dapat anak?
bila boleh siap keje nie?

stress! hahaha

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

Alamak ku ini terasa tp bukan bab tanya2.. terasa bab ckp jauh 10km leh dengar... sbb daku stock bercakap mmg dah mcm halilintar intonasinya.. dah cuba kawal tp natural speaker kan... hihihihihihi

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

Alamak ku ini terasa tp bukan bab tanya2.. terasa bab ckp jauh 10km leh dengar... sbb daku stock bercakap mmg dah mcm halilintar intonasinya.. dah cuba kawal tp natural speaker kan... hihihihihihi







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^