Follow Viruspadu

Friday, July 05, 2013

Dove - Selepas 7 Hari - APA SUDAH JADI??


Dan 7 hari pun berlalu...



Masih ingat?



http://www.viruspadu.com/2013/06/im-sexy-and-i-know-it.html 
Dengan ini saya nak bagitahu korang semua saya nak join Dove Deo 7 day challenge.  
Korang tunggu ek, nanti saya stori macam mana result underarms saya lepas challenge ni k. Lepas 7 hari macam mana. Adekah result dia sama dengan yang saya cerita kat atas ni. Adekah lebih lembut dan cerah? Phewwwww tak sabar pulak saya :p. Saya mestilah tak dapat tunjuk underarms saya hehehe. Walaupun ada yang teringin sangat nak tengok ahak ahak ahak. Tapi saya akan terangkan hasil dia sejujur mungkin ok. Percaya kakjeng kannnnnnnnnnn :p
Itu Dove Deo saya.
Untuk challenge ni saya pakai yang Dove Whitening Unscented sebab yang ni bau dia natural je. Disebabkan saya pergi kerja hari hari dan memakai minyak wangi. Maka saya taknak orang konfius bau saya ke bau baby yang harum sangat ni kennnnnnnnnnn. hehehe. Lagipun Dove Whitening Unscented ni mengandungi 1/4 moisturising cream yang mengandungi vitamin E dan F yang boleh cerahkan underarms kan.


Jadi kakjem, macam mana?
Ok siyes saya rasa perubahan.
Siyesssssssssssssss.

Bau badan? Memang takde.

Melekit tak? Eh tak la sebab dia cepat kering

Kalau pakai baju, ia terkena baju tak? Tak sempat nak kena baju uols, lagipun takde warna pun :p

Bau deo? Pun takde. Tak mengganggu bau perfume pungggggg.

Selesa? Sangattttttttttttttt :p

Betul ke underarms jadi makin cerah? Ini saya tak perasan sangat sebab saya memang seorang yang berkulit cerah. Jadi saya kalau nak kata jadi cerahhhhhhhhhhhhh sangat dalam masa 7 hari tu maybe amik masa sikit la kot. Jujurnya nak cerita kat korang ni. Tapi saya ada tanya pandangan en.Badang macam mana. Yelahkan mata saya ni menengok badan saya, ketiak saya hari-hari. Payah sikit nak perasan kan. en.Badang cakap rasa underams saya makin smooth gitewwwwwwwwwww. Awwwww malu hikhikhik #gedik.



Tapi saya rasa itu benda yang baik, walaupun saya agak gedik sikit disitu HAHAHA.
Kalau la saya boleh tunjuk underarms saya kan beshhh... tapi apakan daya. En.Badang la yang tolong tengokkan untuk korang ye hihihihi.

Maka sekarang kat rumah dah tak rasa segan nak pakai baju seksi-seksi lagi. Dah jadi lebih yakin nak masak sambil angkat-angkat tangan depan en.Badang HAHA. Motip sangat nak masak macam tu kan.

Dan bila underarms tak berbau. Memang jadi lagi yakin gitu kat pejabat. Nak jumpa rakan-rakan dekat cafe, sambil saje melambai-lambai tangan buat-buat baju jumpa :p



Korang nak tahu tak cerita kelakar saya selasa lepas. Saya pergi kerja pakai baju kurung. Baju tu rasanya dah lama giler kot tak pakai. So pakai lah. Tiba-tiba time makan lunch kat cafe. Tergaru-garu bawah lengan sekali perasan baju saya koyak kat ketiak tu. MALUUUUUUUUUUUUUUUU. HAHAHA.

Abis tu dok kepit je la tangan kan. Nasibla underarms ko dah gojes HAHAHA. Hadoi sabo je la kakjem ni kan.


Best la Dove Deo ni. Kalau saya perseneli nak bandingkan dengan deo yang saya pernah pakai sebelum ni. Ya ampun hancus. Makin badan berbau. Saya ingat lagi masa saya pergi shopping kat vietnam tahun lepas. Dengan berjalan jauh berpeluh bagai. Badan dah kepam bau kambing dah (perumpamaan). Ketiak toksah cakaplah. Boleh matilah nyamuk kalau melintas. Kesan dia tak lama lah. Kalau macam Dove Deo ni, saya pakai pagi je lepas mandi nak gi kerja kul 5 pagi tu kan. Kesan dia sampai ke malam pun takde masalah. Terbahekkkkkkkkkkkkkk la wok!

Benda macam ni, korang kena cuba sendiri. Try la beli mana-mana Dove Deo. Korang rasa sendiri perubahan dia.



Baru-baru ni korang perasan tak yang Dove ada keluarkan statement bahawa Unilever (Malaysia) Holding Sdn. Bhd mengambil berat aspek berkaitan kepercayaan dan amalan kebebasan beragama yang diamalkan oleh setiap pengunanya. Sebagai pengeluar utama beberapa jenama bagi makanan, penjagaan rumah dan penjagaan peribadi, Unilever sentiasa menitik berat dan berhati-hati didalam hal berkaitan penyediaan, pemprosesan dan pengeluaran semua jenis produknya agar sentiasa memenuhi standard antarabangsa dan tempatan berkaitan kualiti dan keperluan. Produk Dove yang dibuat untuk pasaran Malaysia menggunakan bahan berasaskan tumbuhan dan diproses dengan kawalan ketat dari kilang utama Dove di seberang laut. Sehubungan itu, Dove memberi jaminan kepada para pengguna semua rangkaian produk Dove bahawa ianya telah memenuhi keperluan semua pengguna termasuk pengguna dari komuniti muslim.

Gitu.

Korang pun try la Dove Deo 7 day challenge? Cubalah. Tak rugi mencuba :)

Love u DOVE Deo

Dan saya adalah insan yang paling gembira dan berpuas hati selepas Dove Deo 7 day challenge
Terima kasih DOVE Deo


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

5 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

Eh!! dah 7 days eh?? Alah, loh beli lagi...nak try gaklah. HEHEHHE

Eliss Mie said... [Reply to Comments]

lepas beranak ritu makin gelap bawah lengan ni . nak kena cuba ni.betul ker idok.

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Penah pakai..memang best!!!

Irfa said... [Reply to Comments]

untungla org xde alergik
sy cuma boleh pakai yg total image tu je..sbb dia diperbuat drpd batu garam
yg tu je serasi :)

YaNNa LeNNa IsMaiL said... [Reply to Comments]

lawa blog cik virus







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^