Follow Viruspadu

Tuesday, July 30, 2013

Gelora mengingatkan ku bahwa cinta mu telah merasuk jantungku

HAHAHA.

Giler kan title macam tu
Saje je salin balik lagu yang saya tengah dengar ni. Malas nak fikir tajuk ken. Dasar.
Agak-agak lagu apa?
#untunglaofficetakblockyoutube kannnnnnnnn.

Puasa kali ni, boleh dikatakan setiap hari Badang masak.
Siyes.
Korang boleh usha Instagram @shamsulaloque beliau. Tiap kali dia masak semua ada dalam tu. Kadang saya masak pun dia letak jugak gambar tp tak bagi tahu yang tu saya masak HAHAHA. Tapi dalam 10 menu, ada la 1 saya masak.

Badang sangat suka memasak dan enjoy memasak.
Korang pun tahu kan.
Saya dah bagi tahu dah sebelum ni kat entry-entry lama.

Sampaikan saya nak tolong pun dia cakap "takpelah, ma rehat-rehat aje" ayat sweet sangat, saya rasa dia lagi suka masak sorang-sorang sebab dia dah plan macam-macam dalam fikiran dia. So saya kalau tolong mungkin akan spoilkan aje buat macam lain dia plan lain HAHAHA. Hari kerja memang saya xleh tolong lah kan, time dia masak saya dalam bas lagi. Maksud saya kalau sabtu ahad la.

Ada la time bila dia malas, dia rikues saya masak ni. Tapi jarang berlaku.

So saya suka la rikues macam-macam makanan bila dia tanya nak makan apa.
Tengahari dia tanya nak makan apa, so dia amik budak terus beli bahan masak.
Saya rasa cara ni membantu dia cari idea nak try masakan apa hehe.
Dan saya suka bila Badang happy buat benda yang dia minat dan suke.

Minat Badang masak telah mempengaruhi anak-anak buah saya. So sweetkan

Tengok ayat anak buah saya, "sedap mama, dah setanding ngan abahdak mungkin lagi bagus"
HAHAHA Abahdak tu Badang la.

Saya baca, terus gelak-gelak kat rumah.
Pastu boleh pulak suruh mamanya cerita macam mana abahdak kecik-kecik. Korang ingat Abahdak tu adik beradik dengan mama ke boleh tahu sejarah dia kecik-kecik dulu HAHAHA. Funneh la anak-anak buah saya ni. Kalau tanya makdak kauuu ni pun bukannya tahu sangat. Kena tanya Abahdak lewwww.

Hari tu saya ada rikues beliau masak shepherd pie, pastu nasi tomato, sop ayam, ikan salmon n spageti, sambal sotong dan macam-macam lagi ahak ahak ahak.

Dan semuanya sedap.
Saya makan sampai sengkak perut.

Terima kasih Allah
Saya bahagia.

Semalam saya telah merikues roti bom. Ok tak tak. Yang ni Badang tak buat sendiri. Yang ni beli kat param. Rasa? Biasa aje. Kalau Badang try buat sendiri mungkin lagi sedap kan. #kenyitmata . Saya pun nak try jugak buat sendiri. Tapi macam susah tak? Siapa penah buat sendiri?

Malam tadi, festaim budak-budak main bunga api. Main kat rumah je la. Berdua je budak-budak main bunga api ditemani ibu bapa dan anak-anak kucing hehehehe. Oh anak saya dah besar dan nampak besar. Tahun depan nisa darjah 1. :)

Oh

Dan kawan saya kata muka saya nampak letih sangat hari ni. Saya pun tak tahu saya letih sebab apa. Walaupun saya tahu sebab apa. Pastu teringat #ctdk pernah post ni 3 hari lepas.


Bila baca, saya adelah kategori
2. Tiba-tiba kuat tido, so maknanya saya sedang bersedih (katanya). Sebelum ni saya jarang tido awal. Kalau jam tak cecah kul 12 malam, kul 1 2 pagi. Memang tak tido. Tido siang? Memang jarang sangat berlaku. Sekarang? Kul 930mlm saya dah terlelap dengan sendiri tanpa saya sedarpun bila saya tidur. Esok pagi mesti tanya Badang bila saya tido. Siang pun asik tido. Sampai gitu sekali.

So sebenarnya saya nampak SEDIH atau saya nampak LETIH?

Pftttttttttttttttttttttttttttt.



________________

Baiklah lupakan itu

Korang dah beli baju raya dah?
Phewwww saya dah setel dah.
Alhamdulilah sangat.
Baju raya anak-anak awal-awal dah setel
Saya dengan Badang pun dah.
Rasanya tahun ni persiapan raya macam awal pulak setel
Kalau sebelum ni, malam raya pun ada lagi yang belum setel hehehe.

Oh dan saya tak beli kuih raya je lagi
Kata Badang, kuih raya kita beli last minit sebab masa tu murah
Ok SETUJU.
Kalau bab murah murah tu I setuju kekekeke.






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

mama_onie said... [Reply to Comments]

Untunglahhhh encik badang pandai masak..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^