Follow Viruspadu

Wednesday, July 03, 2013

Hong Kong Disneyland Day 1

Ok kita sambung ye entry Hong Kong kitewww...
Kali ni memang nak jaja gambar sesaje
2 ribu kau! Niat di hati memang nak letak semua dalam ni. Muahahaha
Tapi takpelah. Saya masih waras lagi ahaks.

Korang pasti dah tau kakjeng sekeluarga bercuti ke Hong Kong sempena cuti perayaan hari Wesak 24 Mei kan. Entry aje kelaut. Lambat sikit ahaks. Kitorang cuti tak lama cuma 3 hari 2 malam je. Lebih kepada nak bawa anak-anak naik kapal terbang gitu.

Si Nisa la dari ritu asiklah bertasbih kat telinga mama dia, tak cukup telinga saya, pegi telinga apak dia pulak tanya bila nak naik kapal terbang lagi. Yelah last sekali dia naik kapal terbang masa kitorang bercuti kat Bandung tahun 2011 dulu. Entry kat sini dan sini dan sini. Banyak kali jugak plan nak bawa nisa anoi naik kapal terbang. Tapi biasanya hanya akan tamat naik kapal terbang kat playground KLIA depan KFC masa ngantar mak en Badang gi umrah je.


Teruja nak naik Kapal Terbang :)

Dalam teksi Hong Kong. Blue Lantau Taxi

Pintu Gerbang ke Disneyland Resort and Hotels

Hong Kong Disneyland Hotel 

Signboard depan entrance masuk ke Hong Kong Disneyland Hotel

Kitorang sampai LCCT dalam kul 5.00 pagi. Terus ke kawasan long period parking kat LCCT. Kos sehari parking kereta kat situ dalam RM16. Tapi jarak dari parking ke terminal tu amat jauh dan tiada laluan pejalan kaki berbumbung. Masa kitorang berjalan ke terminal tetiba hujan ok. Bermandi hujan la kitorang masa tu. Punya la mencabarnya nak bercuti ni kan. Tapi takpe. Family kebal.

Penerbangan Airasia AK1656 ke Hong Kong berlepas jam 7.10 pagi. Tu penerbang terawal ke Hong Kong. Tempoh penerbangan lebih kurang 4 jam ke sana. Alhamdulillah, penerbangan lancar dan tenang. Cuaca pun cantik. Dalam flight kalau bebudak tak meragam, saya tido je la. maklum la kul 3.30 pagi dah keluar rumah. Mujur dah makan kenyang-kenyang kat LCCT sebelum tu. Tapi dalam flight pun makan lagi. hihihi...
Shuttle Bus untuk kemudahan pengunjung dalam kawasan Disneyland Resort and Hotels
Kitorang sampai kat Hong Kong International Airport lebih kurang kul 11.15am. Korang tak payah susah-susah nak adjust jam. Waktu di Hong Kong sama jer ngan waktu Malaysia. So senangla kan. Selesai pemeriksaan rutin imigresen ngan kastam tu, Badang terus gi ke kaunter information untuk bertanya cara-cara nak ke Disneyland dari Airport. Kat Airport ada3 jenis perkhidmatan teksi ikut warna teksi tu. Warna merahbiru dan hijau. Teksi yang ke Disneyland adalah yang berwarna Biru dan Hijau. So kitorang pilih teksi Lantau warna biru untuk ke Disneyland. Jangan risau, perkhidmatan teksi mereka guna meter. Tambang ke Disneyland dari airport sekitar HKD120.00

Selain menggunakan teksi, korang boleh juga menggunakan perkhidmatan MTR atau Mass Transit Railway. Cara ini rasanya lebih baik bagi mereka yang tak perlu bergegas ke tempat dituju. Cuma korang kena bertukar train la. Memula dari Airport tu,  naik airport express yang ala-ala ERL kita ke KLIA tu dan berhenti di Stesen Tsing Yi. Pastu tukar train naik ke Sunny Bay. Di Sunny Bay tu, naik train khas Mickey Express ke Disneyland Resort Station. Best kan Disneyland tu ada train dia sendiri.

Hotel penginapan 
Memula kitorang tak tahu yang dalam tu ada 2 hotel. So terus ke Hong Kong Disneyland Hotel. Ingatkan sama je dengan Disney's Hollywood Hotel tu.  Tapi takpe, sebab dalam tu kan ada shuttle bas. Naik free sajork.

So bila sampai je hotel penginapan iaitu Disney's Hollywood Hotel. Checkin. Terus cari tempat makan. Mujur la pekerja hotel tu prihatin dan tau kitorang cari makanan halal, terus cadangkan untuk makan kat  Walt's Cafe dalam Hong Kong Disneyland Hotel.

Pergi sana naik bas lagi. Cafe tu menghidangkan masakan halal yang telah disahkan oleh The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong yang merupakan sebuah badan yang mengawal selia hal ehwal penganut agama islam di Hong Kong. Korang dah baca entry khas pasal makan halal di Disneyland ke? Entry lepas saya buat khas untuk makanan halal je. So kitorang pun simpan luggage dulu kat storage hotel tu memandangkan bilik pun belum ready lagi kan. Kul 3.00 pm baru leh ambil kunci bilik. Terus gi makan tengahari di Walt's Cafe tu.
Taman belakang hotel 


En. Badang ngan trademark dia... tayang kaki

Shuttle bus yang selesa


Ewah

Lobby Hong Kong Disneyland Hotel
Ciri-ciri seorang blogger :p
Makanan yang disediakan memang enak sehingga kena amik gambar dulu sebelum makan

Punya la bersih toilet diorg...
Dari Disney's Hollywood Hotel nak ke Hong Kong Disneyland Hotel tak la jauh sangat. Kan dalam kawasan Hong Kong Disneyland Resort and Hotel ni ada disediakan shuttle bus untuk kemudahan berulang-alik dari satu tempat ke tempat lain. Kemudahan shuttle ini berulang-alik dari Disneyland Resort Station yang menempatkan entrance masuk ke Disneyland Theme Park dan stesen pengangkutan awam, ke Disney's Hollywood Hotel dan ke Hong Kong Disneyland Hotel.


Laluan ke bilik penginapan

Lampu ala colonial classic era Victoria

Lepas makan, sambil menghirup udara segar dari bayu laut yang menghembus, kitorang merayau la survey kawasan hotel. Cukup besar dan selesa suasana hotel ni. Kat sini ada kedai yang jual barangan keluaran Walt Disney. Kedai tu nama dia Kingdom Gift. Macam-macam ada kat situ. Anak-anak sibuk nak slipper mickey mouse. So en. Badang pun beli la sepasang sorang termasuk la omak dia.


Minie Mouse. Bebudak ni hafal nama watak Mickey Mouse

Dari balkoni bilik yang mengadap laut, dapat melihat taman yang cantik dan taman sesat Mickey Maze

Pastu kitorang jalan-jalan kat laman belakang hotel. Terkejut saya rupanya ada laut belakang hotel tu. Nyaman betul udara kat situ. Anak-anakku yang baik perangai tu terus berlari masuk dalam taman sesat Mickey Maze. Memula bukan main eksen  konon-konon tak kan sesat punya. Tak sampai 5 minit terdengar suara Anoi menangis. Dia tak jumpa jalan keluar. Kah kah kah... padannnnn


Tugas hakiki saya. Posing.

Anoi sebelum sesat dalam taman sesat Mickey Maze tu
Di pinggir laut tu juga ada jeti untuk orang datang dengan bot. Agaknyala. Tapi saya tak nampak pula ada bot kecuali sekali sekala feri lalu lalang belakang hotel tu.


Budak baru lepas nangis sebab panik tak jumpa jalan keluar dari Mickey Maze

Hai Mickey
Kat sini ada banyak kemudahanla. Ada indoor kolam renang ngan gym, ada outdoor balls game dan ada storybook playroom. Pastu lagi ada live band yang akan buat performance untuk menghiburkan pengunjung.


Baru 1st day diorang dah borong barang

Mainan yang diorang berkenan sangat tu
Makan sudah, berjalan sekitar hotel pun sudah. Budak-budak sibuk tanya bila nak main game kat theme park. So kitorang pun terus ke Disneyland Theme Park. Kenapa bergegas, sebab nak tengok perarakan Flights of Fantasy. Perarakan ni memang menjadi tarikan di Disneyland. Memang sentiasa ditunggu-tunggu termasuklah saya. Semua watak kartun Walt Disney ada. Sukeeeeeeee. Cepat-cepat naik shuttle bus ke entrance Disneyland Theme Park.


Konon nak bergambar melompat biar nampak terapung tapi tak jadi kekeke

We are here: Hong Kong Disneyland

Hai Mickey Mouse

Tugas si Badang adelah ngendong anak :p

Nisa cuba tiru Mickey. Tapi ada botol susu di tangannya. Sungguh fail!

Posing dulu sebelum masuk theme park

Besar sungguh la Disneyland Theme Park ni. Kalau ada anak kecil, lebih baik sewa stroller. Kalau tak memang flat la jawabnya. Harga tiket nak masuk ke Theme Park adalah HKD450.00 bagi dewasa, kanak-kanak HKD320.00 dan warga emas HKD100.00 untuk satu hari. Diskaun akan diberikan kalau korang amik package untuk 2 hari dimana hanya HKD585.00 bagi dewasa, kanak-kanak pula HKD415.00 dan warga emas HKD170.00. Saya nasihatkan baik korang amik untuk 2 hari sebabnya besar sangat, sure tak habis kalau nak round sehari. Siyes.


Ada macam kulit album kumpulan rock dulu-dulu. ROCK OOOOO.
Tapi ada peace :p

Harus lagi

Ada pulak orang melintas

Sleeping Beauty Castle

Sedang bergegas untuk melihat perarakan Flights of Fantasy

Antara tarikan utama yang saya tulis tadi kan. Perarakan flight of fantasy. Memang ramai orang tunggu perarakan ni tau. Sampai takde tempat duduk. Saya kena jalan sampai ke hujung baru dapat duduk depan-depan. Jelas sikit nak tengok Semua tak sabar nak jumpa watak-watak seperti Mickey Mouse, Goofy, Snow White, the Beast, donald duck dan macam-macam lagi


Tengok tu punya ramai orang nak tengok perarakan Flight of Fantasy

Siap bersila ko!

Perarakan dimulakan dengan Jumbo si gajah yang boleh terbang tu

Donald duck dan goofy

Watak dari siri kartun tigger and pooh

Cun kan snow white tu
Tergugat I HAHAHA.
Ada hati nak compare dengan snow white :p

4 watak princess dalam siri kartun Disney

awek si Woody. Jassie.

Selesai je perarakan flight of fantasy tu kitorang terus ke Toy Story Land. Tak silap saya Toy Story Land ni baru jugak bukak dan siap kot. Yeay. Bertuahnya saya. Kat sini unik sikit sebab kita akan merasakan yang kita telah menjadi kecil. Dunia menjadi terbalik dimana semua mainan menjadi besar dan manusia menjadi kecil. Segala kemudahan kelihatan untuk kegunaan gergasi. Ini merupakan satu-satunya yang terdapat di Asia. Hebat tak!. 



Gi Toy Story Land dulu... yahooo

Batang aiskrim gergasi jadi bangku

En. Badang dengan gagahnya mendukung Anoi kat bahu dan Nisa dukung kat depan. Phew.

Anda terasa seperti dikecil dan diperkotak katikkan HAHAHA


Kat Toy Story Land ni, memula sekali kitorang naik Slinky Dog Spin. Permainan ini sesuai untuk semua golongan umur kanak-kanak. Iye la kan, bawak anak kecik. Kena la banyak bersabo. Kita main untuk budak-budak suka dulu. Niat tu memang nak naik semua kan hihihihi


RC Racer.  hanya yang betol-betol berani je boleh cuba
Dia punya teruja. Masa nak turun tu. Roh tertinggal kat atas. Badan dah turun bawah dah HAHA. Memang takut tapi best. Rasa macam nak cuba lagi.

Slinky Dog spin
Seronok naik Slinky Dog Spin ni. eceh eceh eceh. Terasa muda remaja semula. Paling suka si Nisa dan Anoi la. Masing-masing sibuk membangga diri konon-konon nya berani dan tak menjerit atau nangis. Takpa nooooo ... we wait and see nanti.

Muka terkesima sungguh la si anoi tu

Toy Slodier Parachute Drop

Lepas naik Slinky Dog Spin tu, layan naik Toy Slodier Parachute Drop pulak. Pehhh... memang mendebarkan. Ibarat kita dijatuhkan dari udara. Si Anoi yang bercakap besar tadi, terus tutup mata dan mintak apak dia pegang dia kuat-kuat. Si Nisa macam takde perasaan takut. Relak je dia. Heibat!


Si Nisa ajak nak naik lagi. Suka betul beliau

RC Racer ni memang mengujakan

Selain RC Racer, Toy Soldier Parachute Drop dan Slinky Dog Spin. Kat sini ada beberapa lagi permainan yang menjadi tarikan utama seperti Toy Soldier Boot Camp, Barrel of Fun dan Cubot.

Tengok... berapa punya condong benda tu

Dari Toy Story Land, kitorang ke tempat tarikan terbaru di Disneyland Theme Park iaitu Mystic Point. Ini merupakan tarikan terbaru kat sini dan yang pertama seumpamanya di dunia. Mystic Point yang merupa yang bertaraf ekslusif di dunia ini telah dibuka pada bulan May 2013. Memang berbaloi masuk ke sini. Kat sini jugak korang boleh merasakan pengalaman secara 4D di Mystic Manor tu. Ada 3 tarikan utama Mystic Manor itu sendiri, Garden of Wonders dan Mystic Point Freight Depot.


Mystic Manor yang menjadi tarik terbaru di Disneyland

Di dalam Mystic Manor ini kita dapat rasakan pengalaman sebenar dalam bentuk 4D

Paling menarik sekali masa kitorang berhadapan dengan meriam. Meletop-letop macam real. Letusan dan gelombang yang terhasil dari bunyi letupan meriam tu betul-betul realistik. Bayangkan meriam tu meletup betul-betul depan muka kita. Bak kata Nisa "kakak rasa macam jantung kakak terjatuh". Memang best Mystic Manor ini. Korang wajib dan mesti masuk dalam tu! Kalau pergi. Siyes!


Entrance ke Mystic Manor

Cantik kan
Arca tu bila dilihat dari lubang yang disediakan akan kelihatan bercantum
Dalam Mystic Point terdapat Garden of Wonder. Ada boleh megalami sendiri ilustik yang amat mengagumkan. Ada arca purba yang kelihatan terbina dari 3 keping batu berukir. Tetapi bila dilihat dari lubang yang disediakan, kita dapat melihat arca batu itu ibarat menjadi satu. Kalau dua orang yang sama ketinggian berdiri di kedua-dua hujung arca batu itu, kelihatan seorang akan menjadi lebih tinggi dari seorang yang lain.

Kelihatan seorang menjadi tinggi dan besar dari yang sorang lagi
Tiga arca patung haiwan akan menjadi naga bila dilihat dari lobang disediakan
Melihat melalui lubang pada peralatan disediakan


Kat sini kita akan dipersembahkan dengan pelbagai kebudayaan dunia

Dengan menaiki sofa ini, korang akan dapat merasakan kemisteriannya
Kelakar tengok monyet tu
Kita boleh tengok cahaya bergerak dalam bentuk 4D... betul-betul realistic

Kadang-kala ada watak menakutkan muncul


Lava tu memang macam betul

Sebelah Mystic Manor adalah Explorer's Club Restaurant yang menyajikan masakan halal. Jadi lepas korang masuk dan merasai sendiri pengalaman di dalam Mystic Manor tu, sila singgah makan terus di Explorer's Club. Makan sampai kenyang ye.


Muka kena kejar hantu

Teknik yang cukup realistik

Dari Mystic Point, kitorang ke Grizzly Gulch. Kat area ni korang akan terasa macam berada di zaman cowboy seperti wild west punya movie. Tarikan utama adalah Big Grizzly Runaway Mine Cars. Roller coaster dia memang best. Si Anoi tak cukup tinggi nak naik Runaway Mine Cars ni. So saya ngan Nisa je naik. Punya la thrill track dia sampai kan ada satu peringkat tu, tetiba roller coaster tu boleh mengundur ke belakang konon-kononnya macam cable terputus. Runaway Mine Cars ni memang nisa suke giler. Tak abis-abis dia ngajak naik lagi. Tak tahu takut betul budak tu. Muka takde perasaan. Saya menjerit bagai nak giler. Dia buat dek je HAHAHA.

 
konon jadi outlaw lew tewwww

Siapa yang teringat nak bergambar kat Grizzly Gulch Jail   Silakan. Ataupun nak bergambar dengan friends of the wild west dan mendengar persembahan live irama wild west pun silakan. Kat sini ada jugak Geyser Gulch yang sembur-sembur wap air dan menjadi tarikan pengunjung untuk bergambar.


Keadaan sekitar seperti di zaman cowboy

Tarzan's Treehouse

Kalau nak masuk rumah tarzan tu kena menyeberang ye

Dari Grizzly Gulch ni pulak kitorang terus ke Adventureland. Kat sini feeling dia macam melayari sungai buatan di tengah-tengah Disneyland dan mengalami pengalaman ibarat sedang bersafari di benua Afrika.

Kitorang naik Jungle River Cruise. Perjalanan menyelusuri sungai itu kitorang nampak rumah Tarzan, terserempak dengan gajah, hypo dan perkampung orang asli. Kat hujung-hujung tu tetiba rasa macam terkandas kat batu dan air yang ada api terbakar-bakar. Memang betul-betul adventure la. Bestttttttttttt.
Anoi dah kepenatan

Rumah Tarzan pemandangan dari dalam bot

Perkampungan gorila...
Hypo ternganga nganga
Api yang terbakar di air

Perkampungan orang asli
Ada banyak lagi tau dalam Adventureland ni macam Festival of Lion King, Jungle Puppet Carnival, Jungle Drumming dan bermain air di Liki Tikis. Dari Adventureland tu pulak kitorang terus ke Fantasyland. Kat sini memang bebudak suka sangat la. Sebab banyak permainan diorang kan :)


Cinderella Carousel

The Many Adventures of Winnie The Pooh begin hihihi


Kitorang rasa macam nak cuba semua. So kali ni nak try test The Many Adventures of Winnie The Pooh pulak. Ini train yang membawa kita menghayati pengembaraan Tigger dan winnie the pooh ke alam fantasy. Memang best giler kat sini. Anoi dan Nisa suke sangat sebab dapat tengok tigger dan pooh. Memang sesuai untuk seisi keluarga.
  
Omak yang terlebih eksaited

Memang tempat kesukaan kanak-kanak

Perjalanan yang penuh adventure dan mengasyikan dan comel


Lepas tu kitorang melayan persembahan drama muzikal The Golden Mickey. Persembahan ini dipersembahkan ala Broadway yang mengabungkan kesemua karektor dari filem-filem keluaran Disney. Memang terbahek dengan perjalanan cerita yang cukup kemas dan muzik yang indah. Terpukau.



Persembahan ala Broadway Drama Muzikal The Golden Mickey

Persembahan pembukaan yang amat menarik

Mickey dan Minie Mouse merupakan watak utama dalam drama muzikal ini



Watak tarzan ini memang hebat. Aum sangat HAHAHA

Sebijik macam dalam laut

Panggung persembahan drama muzikal ini dikatakan yang kedua terbesar di Hong Kong. Memang best la diorang susun adegan dan muzik tersebut. Ada saspen, sedih, gembira.


Penghujung kisah Beauty and The Beast

Happy ending

Tamat persembahan drama muzikal the Golden Mickey, kitorang lapar lagi HAHAHAHA terus ke Explorer's Club Restaurant. Kisah makanan halal yang saya ceritakan di entry lepas.


Keluar dari panggung. Perut pun lapar

Set kanak-kanak... siap ada salmon panggang

Selepas makan malam dan releks kaki hilang lenguh, kitorang terus ke istana Sleeping Beauty. Kat depan Sleeping Beauty Castle ini terdapat dataran yang setiap malam ada persembahan bunga api. Disebabkan saya lambat. Saya dapat duduk belakang-belakang. Tapi takpe sebab bunga api tu tinggi.


Persembahan bunga api yang cukup indah

Cantik kan

Persembahan bunga api diiringi musik latar yang indah

Tamat hari pertama... esok datang lagi

Settle hari pertama. Puas hatikan. Kitorang terus balik hotellah. Senang je naik shuttle bus. Sampai Disney's Hollywood Hotel baru nak amik luggage kat storage pastu nak minta kunci bilik. Mujur dah check in awal cuma kunci jer tak ambil sebab bilik belum ready masa tu.

Kitorang memang saje pilih bilik Sea View. Kat Disney's Hollywood Hotel ada 3 jenis kedudukan bilik iaitu Garden View, Park View dan Sea View. Korang boleh tengok rate kat laman web Hong Kong Disneyland.


Bilik yang sesuai dengan sebuah keluarga yang terdiri dari 4 beranak

Sampai je bilik, budak-budak lepas mandi terus terlelap. Memang betul-betul kepenatan. Bayangkan dari pukul 3.30 am di Malaysia berjalan non-stop sampai balik ke bilik di Hong Kong jam 9.30 pm. Tapi semua kepenatan itu hilang sekelip mata bila berada di dalam Disneyland Theme Park. Bila anak-anak dah lelap, perut mula la berkerongcong. Malam tu apalagi saya ngan Badang turun cari makan dan merayau sekitar hotel menikmati keindahan panorama. Kitorang turun minum di Studio Lounge. Layan juice.


Pemandangan bilik yang mengadap laut

Kolam renang

Pemandang Disney's Hollywood Hotel waktu malam

Ok tu je untuk hari pertama.
Jumpa nanti.




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

yang baik Ishak said... [Reply to Comments]

bestnya dapat pergi sana... melancong jauh-jauh ni dapat sponsor ker... hehehehe

Cik Eka said... [Reply to Comments]

syoknyaaa kak.. teringin gila nak pergi sana walaupun eka dah besar. hahahaha

DikalaSenja said... [Reply to Comments]

brape bajet nak gi sna ek?? planning nak p gak nie...tiket dh beli...bukan dalam masa terdekat la...huhuhuhu...5 days gitu...and ade plan lain agi...risau baget x cukup...anggaran sorg brape ek??

mamamia said... [Reply to Comments]

hi, sy bukan tuan blog tp nak share jugak..aritu sy pergi 2 dewasa n 1 kanak-kanak cuma habis kurang dr 5k..masa tu sy tido Disney hotel so lebih sikit la budgetnye..kira dlm sorg 1k lebih sorg huhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^