Follow Viruspadu

Tuesday, July 09, 2013

Hong Kong Disneyland Day 2

Hai uols
Dah baca entry hari pertama saya kat Hong Kong tu ke??
Kalau belum. Sila baca. Ini paksa kekeke
Ingat senang ke KakJeng nak tulis entry panjang-panjang :p

Bilik itu.

Semalaman kitorang puas tidur di tilam empuk bersaiz queen. Memang selesa sangat bilik di Disney's Hollywood Hotel tu. Susun atur pun amat kemas dan menarik. Rasa macam tak nak bangun dan nak baring-baring je. Memang terbaik la.

Nisa dengan anoi tidur satu tilam.
Kasik can la mak apak tidur sebelah-sebelah pulak
Ahakssss


Mini bar pun kemas dan senang nak lalu walaupun berdekatan pintu
Pandaikan depa susun bilik ni.
Rasa macam saya nak tiru je deco ni buat bilik saya macam ni.

Sabun pun comelllllllllll

Haishhhh kenapa awak comel?
Tikus sekarang memang comel-comel HAHA
Acikah saya kidnap awak balik?

So lepas menjerit-jerit suruh budak-budak dua beradik tu bangun pagi. Dengan liatnya nak suruh diorang mandi. Akhirnya turun sarapan pagi jugak kitorang. Phewwww. Pagi di hari kedua ni kitorang pergi bersarapan kat Enchanted Garden Restaurant dalam Hong Kong Disneyland Hotel je. Restaurant ini berkonsep santai dan banyak pilihan makanan. Korang tengok entry HALAL saya tu ek.


Enchanted Garden
Ini acara wajib :)
Posing bersama Mickey adelah HARUS

LOVE My Family and Mickey :p

Gambar yang boleh di beli dari Enchanted Garden
Saya beli gambar dua keping ngan 4 keychain ada gambar kitorang ni harga dia HKD400
Bersama Daisy Duck

Bersama Goofy

Entrance ke Enchanted Garden yang stylo habis
Macam ni pun boleh :p
Lukisan kat pintu masuk ke Enchanted Garden

Lepas setel bersarapan, disebabkan cuaca hujan yang agak lebat jugak. Kitorang ambil keputusan untuk balik semula ke hotel. Tunggu sampai hujan reda sikit. Kemudahan shuttle bus memang banyak memudahkan pergerakan kitorang. Kekerapan perjalanan shuttle bus pun best. Setiap 5 minit bas akan sampai. Jadual perjalanan bas ada terpampang. Senang nak rujuk.


Laluan untuk ke hentian shuttle bus

Jadual pergerakan shuttle bas 

Siap payungkan lagi tau. Perkhidmatan terbaik

Kat bilik, kitorang layan cerita kartun Disney. Ada banyak channel kartun dan setiap channel ada 3 bahasa iaitu English, Kantonis dan Mandarin. Kalau ramai sangat pelancong Malaysia datang. Mungkin akan datang ada dalam bahasa Malaysia kan. Yang lagi best, telefon kat bilik dia siap ada update cuaca dan berita terkini wei. Canggih woooooooooo. Masa tu adalah dalam keadaan rainstorm tapi taman tema masih dibuka dan berkemungkinan beberapa permainan outdoor ditangguhkan. Bagus kan. Ini membolehkan kita merancang apa nak buat.

Kitorang dok bayang Hong Kong sejuk. Tapi panas la pulak. So pakai dalam bilik berangan salji aje la uols HAHAHA
Somel :)


Telefon canggih siap update cuaca ngan berita

Gitewwwwww

Memandangkan taman tema Disneyland ni bukak jugak walaupun dalam keadaan cuaca hujan. Kitorang putuskan untuk pergi jugak.

Hari kedua ni, kitorang plan nak main indoor pulak. Nasib baik Hotel ada payung. So terus pinjam. Senang. Saya memang ada bawak satu payung dalam beg saya. So pinjam la lagi dua.


Walaupun hujan, tetap tidak mematahkan semangat katanya

Tanda harga kemasukan ke taman tema.

Disebabkan hari kedua hujan, dan kaki memang penat memikirkan Hong Kong Disneyland ni besar HAHAHA. maka Badang cadangkan kitorang sewa stroller. Lagipun stroller tu katup dorang takyah pakai payung dah. Pastu takyah dukung-dukung. Patah pinggang ko. Harga sewa stroller sehari HKD90.00 satu. Yang uniknya, kaunter sewa stroller, kerusi roda untuk warga emas kat dalam bangunan pejabat Disneyland Fire Department di Main Street USA. Apakah kaitannya HAHAHAHA


Sewa stroller

Tertutup kan stroller ni


Kat Main Street USA ni ada banyak kedai yang jual cenderahati. Kat sini juga ada beberapa restaurant atau booth jualan minuman dan makanan ringan. Pastu perarakan Flight of Fantasy ada setiap hari. Pastu boleh naik kenderaan lama di era 50an - 60an di USA. Boleh jugak naik Hong Kong Disneyland Railroad kalau malas nak jalan dan nak bersiar-siar dalam taman tema ni.

Tapi saya tak naik la tu semua.
Saya jalan la.
Jalan lagi best.
Senang nak singgah-singgah


Kenderaan lama era al-Capone... hihihi


Main Street USA
Hari kedua ni, kitorang sambung menjelajah ke Tomorrowland naik Orbitron. Anoi suke sangat main ni hihi


Lepas tu main Roller coaster kat Space Mountain. Best sangat. Korang kalau pergi memang kena try. Sebab rasa macam duduk dalam kapal angkasa pulak. Siyes. Macam laju dalam kelajuan cahaya HAHAHA. Over bayangan ku. Tapi memang begitu.


Tomorrowland. Todayland takde ye hihi

Orbitron 

Space Mountain ni memang mencabar
Saya naik dengan nisa je. Anoi takleh naik sebab beliau takut gelap. Walaupun tinggi dah lepas dah.

Saya menjerit bagai nak gilo dalam tu.

Masa keluar tu. Tengok muka nisa macam takut.
Siap tanya dia, Kakak rilek je tak takut. Mama je jerit sorang-sorang

Lalu nisa cakap

"kakak pun jerit kuat mama, tapi mama jerit terlalu kuat sampai tak dengar suara kakak lagi"

HAHAHA begitu over mama mu nisa.
Kelajuan cahaya kau...

Lepas tu kitorang bersiar-siar kat Taman Tema la. Apa lagi bergambar bagai nak rak la. Kenangan ni... Ntah la bila nak datang lagi. Lepas tu kitorang cuba permainan lain kat Grizzly Gulch, Adventureland, Mystic Manor dan Fantasyland.


Sleeping Beauty Castle

Adventureland

Bergambar kenangan

Depan track Big Grizzly Runaway Mine Cars

Ap-apa je lah

Mystic Point

Mystic Manor

Kitorang makan kat Tahitian Terrace. Sila tengok keek saya ye @viruspadu. Kat Tahitian pun HALAL ye. Harga apa benda semua ada dalam entry HALAL.


Suasana santai di Tahitian Terrace

Ruangan memesan makan

Jemput tengok makanan tu
Nasi ayam ni.
Versi Hong Kong Disneyland :p
Lord of the Jungle

Take five

Sambung layan perarakan Flight of Fantasy

Meriah kan

Sekali lagi kitorang ke Fantasyland sebab budak dua beradik tu nak naik Dumbo The Flying Elephant. Memandangkan hujan dah berhenti, kitorang pun layankan aje la. Selepas tu kitorang ke Cinderella Carousel pula. Gembiranya kitorang di sini. Hari kedua berlalu begitu pantas. Sedar-sedar dah malam je.


Dumbo The Flying Elephant
Kegembiraan betul si Anoi

Sekeluarga main Cinderella Carousel


Cak!!

Kuda ku lari gagah berani

Malam kedua kami di Disneyland Hong Kong berlalu pantas. Anak-anak terlalu gembira dan sepanjang malam diorang asyik bercerita berkaitan pengalaman siang harinya. Malam tu kitorang beli makan ringan macam snack dan soda dari Sunset Terrace di Disney's Hollywood Hotel je.

Tak larat dah nak keluar :p

Selamat malam Hong Kong




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Irfa said... [Reply to Comments]

wah menarik ;)
anak2 mesti suka,wpun rasanya semua disneyland sama je tp tetap masukkan dlm list disneyland yg wajib di lawati.sbb masa gi disneyland paris anak sy demam smpi muntah2.banyak yg kami x dpt naik.huhu







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^