Follow Viruspadu

Wednesday, July 31, 2013

Rombongan Sekolah

Satu ketika dulu
Dah lama dah sampai tak ingat tarikh dia bila
Tapi dalam 2 3 bulan yang lalu je la
Badang bagitahu saya yang cikgu bagi surat minta kebenaran budak-budak pergi rombongan. Dua tahun lepas nisa pegi dengan kawan dia yang selalu saya jemput tu. Lepas tu kawan dia dah masuk darjah satu. Tahun lepas tak bagi la nisa join sebab anoi kecik lagi, masih 3 tahun kan. Kalau nisa pergi anoi mesti nak pergi jugak. Untuk adil dua dua takyah pergi. Senang. Tahun ni nisa dah besar, anoi dah 4 tahun. Nisa boleh jaga adik dia. Adik dia pun dah boleh jaga kakak sekali. Ok la kita benarkanlah.

Ahad lepaslah budak-budak ni pergi.

Saya yang teruja tau lepas sahur tak tido dah. HAHAHA.

Betul la cakap Badang dalam IG (instagram) beliau yang omak eh muko sodeh macamkan nak hantar anak pergi masuk asrama HAHAHAHA.

Pagi tu agak kelibut jugak sebab budak-budak ni siap-siap sampai nak bermekap bagai. Pastu nak pilih beg pun boleh mendatangkan amukan omaknya kahhhh. Sorang pakai beg ni. Eksen. Sorang lagi menangis nak yang lagi cantik. Saya pun bagi beg yang comel yang kat sorang ni. Eksen. Sorang lagi nangis. Pasal beg pun dah amik masa setengah jam. Berapa kali tukar beg ntah.

Tu belum lagi suruh omak eh ikatkan rambut. Ikatkan rambut sorang. Eksen. Sorang menangis. Nak ikat lagi cantik. Mama ko ikut je. Eksen. Sorang lagi menangis. Padahal ikat biasa aje. Bergaduhkan getah rambut lagi. Pfttttt

Hoih bila nak habis ni wei.
Pastu merajuk.

Pastu masalah nak isi botol air kat beg pun isu jugak. Dedua taknak bawak sebab berat. Tapi nak bawak air. Arghhhhhhhhhhhhhhhh... HAHAHAHAHA. Korang ni nak macam mana sebenarnya?. Cuba cerita sikit. Korang ingat kalau teringat je nak minum tu, air tu datang berlari-lari kat korang ke ha? Lainla kalau mama ko ni ada ilmu hitam tahap macam tu sekali kan.

Jadi ibu bapa memamg macam ni.
Kena banyak SABAR.

Dedua bawak beg kecik sebab taknak letak botol air dan bekal makan HAHAHA. Mengelat :p Terpaksa bagi lagi satu beg utk makanan je. Gilir-gilir la bawak. Kalau makbapak boleh ikut takpe la boleh bawakkan.

Nisa ni dengan kitorang je dia mcm buat perangai sikit. Tapi kalau tinggal berdua je ngan adik dia. Memang dia jaga betul adik dia. Saya mengintai memang dia la yang bawakkan semuanya untuk adik dia. Lega hati saya.

Tengok tu pegang tangan adik taknak lepas. Pakcik tu suruh lepaskan tangan sbb nak naik bas takut jatuh.



Ada yang tanya pasal baju saya tu beli kat mana kan. Saya beli kat fashionvalet tapi masa saya dapat je saya test terkoyak tau HAHAHAHA. Sengal betul. Nampak sangat!!!. Terpaksa jahit dulu. Aigoooo. Lepas jahit korang dah tak tahu mana koyak dah kan.


Saya sampai sekolah kul 8 pagi. Bas bergerak kul 830 pagi.
Saya tunggu sampaila bas bergerak.
Sayu je hati.

Katanya budak-budak pegi tengok arnab. Badang tahu la detailnya.

So balik kul 430. Kul 4 kitorang dah keluar rumah dah. 415 dah sampai sekolah dah. Tengok bas pun dah sampai. Nasib baik keluar awal.

Terus tercari-cari mana nisa anoi.

Alahai kesiannya saya tengok muka anoi. Muka dia penat sangat. Nisa tu bertenaga je. Anoi tu lembik sikit macam emak dia jugak la. Muka tak senyum dah masuk kereta hehehehe. Biasanya kalau berjalan satu keluarga anoi banyak dukung je. Kali ni siapa nak dukung dia kan.

Dan lepas dorang rehat 10 minit macam tu
Ha mcm peluru tabur la masing-masing cerita pengalaman.

So sweet.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

J.M.R said... [Reply to Comments]

patut buatkn blog gk utk nisa&anoi..diorg leh citer pengalaman diorg gi lawatan skolah nih..hehehe

ArELeEz said... [Reply to Comments]

tu baru 2 anak gigirl,. cer bayangkn klu ade 5, 6, 7 anak gigirl lagik! twins ke kan.. cer bayangkn.. cer bayangkan.. musti lg sweet! he3..

mama_onie said... [Reply to Comments]

Hahah banyakkk bersabar.... bdk2 mcm mcm perangai







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^