Follow Viruspadu

Thursday, July 11, 2013

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa korang.

Rindu kite tak?
Puasa canne? OK?

Alhamdulilah semalam dah selamat dah sehari saya puasa. Tu pun agak bengang jugak la bila iklan banyak sangat HAHAHA. Padahal memang la kan, belum time azan magrib lagi memang la iklan je. Macam budak-budak baru belajar puasa pulak. Latelykan kuat makan saya ni. Sebab tu la asik lapar je nak makan. Pastu asik tanya badang, "azan pukul berapa pa? azan pukul berapa pa?" HAHAHA tak sabar lew tewwwww

Semalam sahur honeystar. Sebab kose nak masak saya sorang je makan pun. Badang sahur minum air kosong je kan. Hari ni pun sahur honeystar campur susu. Terindu pulak dengan ikan bilis mak masak. myohmy. Rindu mak abah :)

Teringat zaman dedolu blog, setiap hari mesti blogkan apa yang kita buka puasa kan. Best giler time tu. Time nak update je mesti lapar balik tengok gambar sendiri. Sekarang ni berbuka puasa dah tak kose macam dulu dah. Tak kose nak keluar-keluar. Giler penat anak tengah melasak macam ni. Dulu gigih lagilah. Opis dekat semua kan. Sekarang opis beribu batu. Nak sampai rumah pun bercinta. Berbuka puasa kat rumah je lah.

Kalau ikutkan saya lagi senang. 1 lauk cukup. Air pun air sejuk cukup. Takyah air kaler2 pun takpe.

Senang tak jaga kaktonnnnnnnnn HAHAHA

So ini menu berbuka puasa hari pertama
Sambal sardin. Yummmmmmmmmmmmmm
Paling cepat masak katanya
Masak sendiri bestkan.
Semua pun sedap makan bertambah-tambah ha koooo.

Dan tidak dilupakan. Budu lew kitewwwwwww

Ada lagi badang beli sop tulang kambing ngan lauk2 semalam seperti gulai rebung+daging salai. tapi saya tak makan la. Saya tetap pilih sardin. Sardin dihatiku kekeke.

Semalam dan hari ni saya pulun online shopping.
Payah la bawak budak berdua ni shopping.
Hongeh!

OK dah tu je.
Korang berbuka apa semalam?
Mesti best-best kan
Saya hari ni nak berbuka sambal sotong pulak
Tetiba teringin :p




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

8 komen[s]:

syeka sweetheart said... [Reply to Comments]

sardine mmg terbaik
saya dah bersambal sotong masa sahur first..setapp

mama_onie said... [Reply to Comments]

Sama! Kita pun suka sardin... wahhhhh nampak best sangat je sardin tu... slurrpppp (tertelan air liur)

J.M.R said... [Reply to Comments]

ok .lap air liur...

www.jmr23.com

penaberkala said... [Reply to Comments]

argghhh, tengok budu trus berair mulut
gulp

amyrad said... [Reply to Comments]

Kak jeng online shopping kt mn? sy tgh mencari bj ry nj..huhu tp nk beli online sajok, xlarat posa2 ni nk shopping ngn anak

amyrad said... [Reply to Comments]

Kak jeng online shopping kt mn? sy tgh mencari bj ry nj..huhu tp nk beli online sajok, xlarat posa2 ni nk shopping ngn anak

amyrad said... [Reply to Comments]

Kak jeng online shopping kt mn? sy tgh mencari bj ry nj..huhu tp nk beli online sajok, xlarat posa2 ni nk shopping ngn anak

amyrad said... [Reply to Comments]

Kak jeng online shopping kt mn? sy tgh mencari bj ry nj..huhu tp nk beli online sajok, xlarat posa2 ni nk shopping ngn anak







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^