Follow Viruspadu

Wednesday, July 03, 2013

Tido asing?

Anak-anak korang tido ngan korang ke dah tido bilik sendiri?
Kalau dah tido sendiri, sejak umur berapa?
Macam mana korang buat?
Ce ajar sikit kat kakjeng.

Nisa dah 6 tahun. Anoi 4 tahun.
Rasanya memang dah boleh asingkan bilik dah.
Sebab diorang berduakan. So boleh saling teman menemani la kan.
Tapi susah betul la.

Si nisa jenis tido mesti kena papa polok! HAHAHA.
Paling tidak pun mesti kaki ke tangan ke apa-apa la sentuh papa dia.

Anoi pulak tido mesti kat perut mama.
Ko kalehkanlah dia macam mana pun. Konon lepas dia tido alihkan ke tepi ke apa ke kan
Bangun pagi je mesti tetiba nampak dia kat perut saya balik
kih kih kih
Masukkan dalam perut mama balik tahu la kan :p
Kadang bila pagi nak bangun, perut saya krem tau. Sebab tak bergerak kan.
Apakah perut mak kau ni lembut macam bantal anoi HAHA. Hamboi! nampak sangat lemak disitewwwwwww.

Minggu lepas cuba nak ajar tido bilik sendiri.
KONONNYA

So keluarkanlah semula baby monitor ni dari dalam kotak. Dulukan pakai masa anoi baby kan. Senang nak masak nak sidai kain nak lepak2 tengok tv sementara dia tido kat atas. So bila dah beso dan tangisan anoi boleh dengar satu taman. So takyah la pakai khidmat baby monitor ni lagi. Giler ko nak pakai kalau sekali dia nangis satu taman boleh dengar kan hikhik.

Anoi ni walaupun dah 4 tahun, ada masa-masa dia bangun gak tengah malam mintak susu. Tapi bukan selalu lah. Dalam seminggu tu ada  2 kali. Kadang takde langsung. Payah nak jangkalah.

So untuk selamat. Pakai jugak la monitor ni.

Cubaan hari pertama.

Eh sebelum tu, saya dah kemas bilik dorang cecantik supaya dorang suka ngan bilik dan xcited nak tido bilik sendiri. OK yang tu rasanya dah pass.

So hari pertama. Kitorang laki bini teman la sampai nisa anoi tido. Pastikan dorang bebetul dah tido. Baru keluar.

Rasa sunyi pulak berdua je dengan badang dalam bilik. Biasanya bising dengan budak-budak kan. Tido sama-sama. Lumba-lumba cakap selamat malam mama, selamat malam papa, selamat malam kakak, selamat malam adik.

Ini parah ni. Anak dah tido dah. Omak dia pulak tacing sorang-sorang dalam bilik kan.

"papa, ma rindu anak-anaklah"
Haaaaa ko tengok! kalau macam ni macam mana nak ajar kan. Anak bilik sebelah je padahal

Baby monitor ni kan macam sensitif kan. Bunyi kipas pun dia detek. Seram pulak tiba-tiba dia detek bunyi tapi yang keluar angin je. Dah macam cerita hantu la pulak. Aishhhhh

Sumpah sunyi malam tu. Bunyi degupan jantung sendiri pun boleh dengar. Syahdu pulak rasa. Dalam pada sunyi-sunyi tu tertido jugak.

Tetiba dalam kul 1.30 pagi.

"papa, papa nisa menangis tu"

Maka melompatlah en.Badang dari atas katil. Macam superhero. sup sap sup sap. Terkejut saya. Tahu2 dia dah dukung anak-anak dia masuk bilik hahahaha. Rupanya beliau lagi tacing dari isteri. Tapi tak keluar kat mulut je kan. Tengok lompatan terjunan katil melambangkan segala-galanya. So sweet.

So balik dari kerja, macam biasa la en.Badang jemput saya kat bas stop dengan budak-budak. Saya pura-pura la konon saya tak tahu diorang menangis tengah malam semua. Terus tanya nisa

"malam tadikan kakak tido bilik kakak dengan adik kan?, kenapa pagi tadi mama tengok adik ngan kakak ada kat sebelah mama? terkejut mama"

"sebab kakak kan sayangkan mamaaaaaaaaaaa"~sambil peluk leher saya.

HAHAHA terdiam terus saya. Pandai betul ko jawab kan nisa.

ITU HARI PERTAMA.

Takpe, hari kedua kita cuba lagi.
Kali ni saya siap belikan buku cerita lagi.
Bacakan buku sebelum tido bagai ni.
Teman tido macam biasa.

"mama, boleh tak jangan tutup pintu sebab kakak takut"
"ok mama x tutup pintu k"

So hari kedua nampak macam ok.
Lepas budak-budak tido. Saya masuk bilik tido. Mama pun dah ok sikit hari kedua hehehe.

Tiba-tiba pagi bangun nak pegi keje. Anoi ada kat perut saya wkwkwkwkwkw.

"papa, bila dorang masuk bilik ni?"
"ntah la ma, papa pun x perasan"

hikhikhik. Sabo je la.

So macam biasalah. Balik keje saya tanya nisa lagi

"macam mana kakak boleh ada kat bilik mama pagi tadi?"
"kakak mengigau mama, tetiba dah masuk bilik mama"

Pandainya ko mengigaukan. Dengan adik pulak tu HAHAHAHA

Dah seminggu kan diorang belajar tido bilik sendiri. Hari-hari macam tu okeh.
bangun pagi je semua ada keliling saya HAHAHA.

Takpe.
Lagi sebulan mungkin dah ok.
MUNGKIN.

Korang yang dah berjaya asingkan bilik buat macam mana?
Cecite sketttt...




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

tu namanye mengigau b'jemaah. ha3.. comel betul reason yg nisa bg.

Cik Puan Rara said... [Reply to Comments]

heheheh lelama ok lah tu kot kak.mmg kelakar pg pg dh ada sebelah.hehehe

Suliana said... [Reply to Comments]

haha.. kelakar kan budak2 ni.. comel je.. :-) saya pun nak tidurkan aqil mesti ada sentuhan, kalau tak sibuk dia suruh tepuk2 dia..

Puteri Satu said... [Reply to Comments]

Aqilah 4 mlm je tido bilik sendiri... sudahnya... tetap tido ngan mama tido ngan adik tido ngan papa dalam bilik kitorang...hahahah... tunggu darjah 1 la kot.. start balik..ahak







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^