Follow Viruspadu

Monday, July 15, 2013

Ulu Bendul

Hai.

Ini adalah sebelum puasa ye.
Biasalah. :p

Cerita dia macam ni. Induk (makcik) incik badang, buat makan-makan kat rumah beliau. Saya syak sebab nak sambut ramadhan. Tapi saya tak tanya pulak. Dasar berat mulut kan hehehe. Asik la tersengih-sengih je. Bila la kakjeng nak ubah perangai ni :p Rumah dia kat Jempol. Dari seremban ke jempol dalam 2 jam gitu.

Saya sampai lewat jugak. Time orang makan yang nak habis makan dah. Ini arissa. Anak buah saya. Comelnya dia. Putih melepak kan.

Ok ceritanya bukan tu sebenarnya hikhikhik.

Saya nak cerita dalam perjalanan balik.
Ada beberapa tempat kitorang singgah tau.
So boleh la share ngan korang.

Kitorang singgah kat Coconut Shake Eden Cowboy kat tanjung ipoh. Korang kalau lalu sila la singgah. Harga dia tak ingat kahkahkah. Sibuk nak share info tapi apa pun tak ingat pulak. Hadoila perangai. Sebab badang yang bayar. Kat sini "main" dia Coconut Shake tu la. Tapi ada jugak makanan lain korang boleh makan macam kuih2, ada cupcake sekali, ada nasi lemak bungkus2 tu tak silap saya. Saya tak makan dah sebab kenyang kat rumah induk tadi. Lepas makan nasi lauk lauk, makan pulak rambutan petik sendiri kat pokok kan. Tapau lauk lagi. Ha tu diaahhhh...


Cubaan ke berapa ntah, anoi kata nak amik gambar sambil makan. Baiklah anak. hehehe

Sebenarnya nak singgah makan badang kata ada jual mee kari sedap ke mende ntah. Tapi katup pulak. Frust tau.

Terus singgah Taman Ular Sawa Ulu Bendul ni. Korang tahu tak kewujudanya ni?
Dalam ni FREE tau takyah bayar. Ada ANACONDA dalam ni.

Ada video keek saya kalau korang nak tengok la @viruspadu malas pulak nak letak kat sini heehe.

Saya geli sebenarnya. Meremang-remang bulu roma rasanya. Tapi tu lah. Tengok boleh lah. Takat nak pegang tu boleh la. Tapi sebenarnya saya geli. PAHAM. HAHAHA. Macam marah je.

Anoi geli tapi berani. Macam mama jugak. Takut-takut berani. Nisa langsung menangis kat belakang kekeke.

Ada jambatan gantung.
Ok jom posing.


Hoih kenapa takde semangat nak taip ni ha?
Mencikla.

Nampak tak saya ni mood kelaut.
Sejak sebulan dua tiga empat lima enam ni badan rasa penat sangat.
Belakang pun sakit.

Maafkan saya sebab siyes takde mood wei.
Jadi malas ceritalah.
Lepas tu kitorang singgah taman rekreasi ulu bendul mandi manda la. Budak-budak la ye.





Sini juga FREE.
So korang memang disajes singgah jugak.

Ok tu je.
Babai




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Alin Marlini said... [Reply to Comments]

panas2 best gak mandi manda

Cik Cammy Lia said... [Reply to Comments]

tanjung ipoh tu dkt ngn balai polis ke kak coconut shake tu? sdpnye.huhu...

**ada isi kot kak tu penat je hiihi

norliza_osman said... [Reply to Comments]

Salam.. nape lah entry akak x semeriah dahulu. Dh 2 tahun liza follow akak. Lately memang akak dh tak upload banyak cerita. Rindu sangat. Kisah akak ngan cik badang pun dh stop. Ternanti - nanti je ceta dr akak. Missed u so much..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^