Follow Viruspadu

Thursday, August 01, 2013

Berbuka Puasa Petronas

Hoi lama dah kot ni.

Dalam banyak-banyak jemputan berbuka puasa tahun ni. Rasanya ini je yang saya dah pergi setakat ni. Yang lain semua saya tolak. Giler ko nak pergi kan. Kang macam mana nak balik seremban. Ko ingat Abang Bas SKS tu nak datang jemput lalu hantar ke depan rumah pink kakjem ke apa HAHAHA. Lagipun saya rasa bahagia dapat berbuka kat rumah sendiri dengan suami dan anak-anak. Ecewah. Suami saya masak sedap kat rumah. Yumssssssssss.

Berbuka puasa ni kat Intercontinental Hotel. Kena ada kat sana kul 6 kot. Tapi saya keluar opis kul 530. Kul 6 tu baru nak naik komuter wei. Kul 6 Kak fila dah sampai lalu ber wechat2. HAHA. HAHAHA. HAHAHAHA. nak gelak sebab panggil KAKFILA. KAKFILA ada rasa nak sepak kakjeng tak?

Memula ingat nak pergi dengan atam aje tp dia pulak tunggu ciput balik. Dengan jem nya nanti lagi lambat. Baiklah mari pergi sendiri. Dekat je sebenarnya opis saya dengan Hotel. 5km je wei. Tapi kul 710 baru saya sampai okeh. Hongeh ahkak berlari okeh. Ingatkan ramai. Sekali kitorang je bloggernya. Dah la saya lambat. Lagi la nampak lambatnya. Maafkanlah saya.

Inilah bloggernyaaa... Ceera, fila dan kakjeng
Gambar adelah main sebat je dari blog beliau kahkahkah

Ini je saya makan?
Yelah, betul la.
Adalah makan sesuap nasi gitu.
Minum teh tarik.

Ni la masalah saya kalau makan mcm ni.
Saya adelah pemalash lipash nak pergi amik makanan
Kalau dah habis tu dah la
Kecuali makanan tu memang ada je depan mata, dah hidang. Saya makan banyak la.
Kalau PEMALAS memang apa pun tak blehhhhhhhh.

Saya ni kat sana adelah insan yang paling pendiam sekali kahhhhhh.

Tapi sempat la berkenalan dengan petronas dan media. Diaorang semua baik-baik la. So walaupun saya cakap kurang, saya suka je dengar dorang bercerita macam-macam.

Bukan ke blogger memang macam ni, tak banyak bercakap dan hanya banyak menulis. HAHAHA. #ayatkaverdirisendiri

Terima kasih Petronas jemput kita berbuka puasa. 
Terima kasih jugak kat Nuffnang. Ofkossss :p
Sesi amik gambar sebelum balik.

Ini pun sesi amik gambar jugak uolsssssssss. Versi gedik sikit. Tadi sopan ya hamatttt gitu. Malu katanya kann.

XOXO
viruspadu.com


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

JunAina said... [Reply to Comments]

Comey2 ja tiga gambar yang last tu, akak suka.

attyfir said... [Reply to Comments]

semuapun mcm anak dara.

dear xila said... [Reply to Comments]

bestla hai ;)

Azlan Aziz said... [Reply to Comments]

nice pic.. heee







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^