Follow Viruspadu

Friday, August 02, 2013

Capati

Ini Nisa.
Korang nampak apa perubahan pada beliau?
Ada nampak?
Zoom lagi dekat.
Ada nampak?
Ini rambut raya nisa
KPOP sangat kannnnn #dadakeatas HAHAHA
Beliau gunting rambut sendiri malam kelmarin

#nangis

Malam tu la, saya dah baring dalam bilik dengan anoi. Anoi masih melayan boboiboy. Nisa naik atas katil. Saya pandang muka dia pelik.

"kakak gunting rambut yeeeeee?"

lalu menjerit memanggil en.Badang

"PAPAAAAAAAAAAAAAA... tengok anak papa ni, dia gunting rambut dia sendiri"

Saya tak menahan lalu tergelak. Kemain kuat. Tak tahu la jiran dengar ke tak. Mesti pelik sebab semua langsuir kena ikat dibulan puasa ni HAHAHA.

Nak marah pun tiada gunanya.

"kenapa kakak gunting rambut?"
"kakak tak reti bukak getah rambut tu susah sangat"

Korang tengok jawapan dia. Dekkkkkkkkkkkkk je kan.
Amik keje senang je kan. Getah rambut tersimpul kat rambut, terus dia gunting.

Hambek. Gondol.
Merasa la sambut raya rambut gondol kan HAHAHA

Hai la anakkkk. Macam-macam kamu ni kan.


-------------------

Semalam.
Saya la gatal bukak blog, orang share gambar berbuka. Ternampak pulak capati. Terus tertelan air liur. Oh I want capati...

Sebenarnya saya ni bukan la penggemar capati sangat pun. Takat makan je ok la. Kalau kawan2 ajak pun boleh la layan. Tapi tahap nak mengidam tu memang takkan la kan.

Apakah tetiba rasa nakkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat.

Saya mengaku, simpton mengandung tu memang betul-betul ada kat saya sekarang. Phewwwwwwww. Tapi saya rasa saya tak mengandung. Sebab saya tahu la kan. Ahak ahak ahak. Tapi mana la tahu kalau nak jadi, jadi jugak ye tak.

Sekarang saya kuat tido.
Malas melampau.
Cepat rasa nak marah.
Sukar kawal emosi
Tekak loya sangat. Payau je telan ailior.
Perut banyak angin.
Teringin nak makan benda-benda yang sebelum ni saya tak berapa suka.

Dulu saya rasa benda-benda ni tiap kali saya nak mengandung. Tapi saya rasa mungkin ini jugak tanda-tanda "temujanji bulanan" tu. Entahlah. Kita tunggu dan lihat je. Mana-mana keputusan dia pun tetap BEST. hehehe.

So semalam, saya pun terus bagitahu Badang nak makan capati. Tapi semalam berbuka puasa kat opis Badang pulak. Frust. Saya nak makan capati jugak. Sanggup tunggu lepas habis terawih semua nak jugak makan capati. HEHEHE. Biasanya takde la. Makan berbuka tu dah sengkak perut dah. Tu je la sekali saya makan. Takkan makan dah malam. Tapi capati punya pasal. Sanggup ke redah HAHA.


Tapi tu la, makan ketika kenyang adelah tak feel.Tapi tak feel pun. Habis tetap habis la kan.

Hari ni plan nak berbuka puasa capati lagi lah.
Sedapnyaaaaaaaaaaaaa.

LOVE U CAPATI
HAHAHA.




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^