Follow Viruspadu

Monday, August 26, 2013

Keluarga

Ini entry lompat-lompat
Dan mungkin tak berapa ada arah tujuan sangat.
So kat mana kita nak mula?

Jumaat lepas.
Abah saya kimo. Tapi bukan hari jumaat. HEHEHE
Abah kimo hari khamis.
Bila doktor check check. Darah abah kurang.
Kena tambah dua beg darah. So tak sempat nak kimo nak tambah darah lagi
Tu yang kena pergi lagi hari jumaat. Akak n kaklang dah teman hari khamis. Dan saya pulak dah lama tak teman abah kimo sampai abah asik sebut mana zemah mana zemah je. Biasalah abah rindu andak lew tewwwww. Baiklah. Jumaat andak teman :) Bukan saya sorang, kakcik sekali.

Pagi jumaat tu saya lambat. Bangun lambat.
"papa, ma nak pergi kul 630 la, skrg dah 620 dah... ma dah lambat ni"
"papa dah gerak awal tadi kan, ma yang tak bangun-bangun"
"tak, papa yang x kejutkan ma bangun"

HAHAHA tengok
Kakjeng korang memang tak pernah buat salah, yang salah semua orang lain HAHAHA.

Dan merasalah keluar rumah kul 650 dan kemudian sangkut dalam jem

Jem tahap parking atas jalan ni, memang ini la keje kalau bosan dalam kereta kennnn. Duckface tu harussss sangat.

Kakcik call saya
"andak ko dah sampai mana?"
"errrrrrrrrrrrrr.... errrrrrrrrrrrrr... ini kat mana ek kakcik?"

"mesti susah soalan kakcik tu kan andakkkkkkkkkkk"

Pastu kami berdua pun gelakkkkkkkk muaHAHAHAHAHAHA
Nak tercabut anak tekak gelak
Tak tahu kenapa gelak kelakar sangat
Adik beradik paham sangat la kot
Kakjeng memang tak tahu jalan kan
So nak bagitahu dah sampai mana pun x reti.

Saya sampai2 cheras kul 835 pagi gitu. Nasib baik appoinment abah kul 9 pagi. Sempat la pergi sarapan nasi lemak kat atas bukit dan sembang dengan makcik tokei kedai.

"ini ke yang nak kawen hujung bulan ni?"

ehem ehem ehemmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
HAHAHAHAHA

Motip cerita part tu?

Malam sebelum tu saya ngan kakcik dah sembang dah. Saya suruh kakcik bawak kereta sebab saya tak reti nak parking kat HUKM tu. Kakcik fikir je dia kena parking, terus sakit perut kikiki. Dasar adik beradik. Yang bebetul cekap bawak kereta adik beradik perempuan saya adelah ceera ngan akak je. Yang lain hancorrrrrrrrrr. Nak fikir nak kena isi minyak pun tak boleh tido malam tau. Belum lagi kena reload touch and go HAHAHA. Neves.

Nasib baik kakcik berjaya pujuk abang saya hantarkan. Kitorang jadi mem aje la kat belakang. Nak balik call abang. Senang.

Abah baju kuning. Jalan kemain laju lagi.

Saya rasa saya boleh la jadi jururawat hehehehe. Siapa nak saya jadi jururawat peribadi? Ecewah.

Abah saya ni jenis semua pun nak cepat
Marah beno hati dia tengok darah tu masuk tik tik tik
So kerja saya menyecek darah tik tik tik
Pastu urut-urut tangan abah

Kitorang sampai pagi, petang baru setel.

Tapi walaumacam mana pun, tetap syukur sebab abah makin ok.
Cancer abah dari stage 4 dah turun 3.5 gitu.
Terima kasih Allah.



Sepet nak kawen
OK ni cerita lain.

Minggu ni kan sepet kawen.
Saya lupa
Rasa macam lambat lagi je
Tudung pun tak beli lagi tsk tsk tsk

So ceera tanya jumaat lepas
"andak balik tak sabtu ahad ni"
"andak belum fikir lagi la atam"
"kalau tak balik memang keji kot, minggu depan ana dah kawen"
"ye tak ye kan"

Banyak keje kot kan nak kena setel kat rumah mak.
Huhu. Lupa.

Maka ini ootd nak balik rumah mak. Pakai jubah. Dalam jubah tu ada lengkap pakaian juga. Dengan seluar jeans sekali. 2 dalam 1

Budak-budak yang sihat dan tak reti duduk diam.


Saya sampai cheras kul 6 kot.
Sampai2 je terus tolong kaklang iron langsir
Rumah mak banyak kot tingkap.
Keliling
Rumah lama kan banyak tingkap
Tangisan betul
Nasib baik mak jahit sendiri
Kalau tempah ni ada dalam RM5k jugak lesap.
Phewwwwwwwwww

Saya tak pernah iron langsir
Ini la first time
Sakit giler belakang kena bongkok2
Rasa macam dah 3 jam iron. Rupanya baru setengah jam HAHAHA.
Jalan pun dah bongkok tiga.
Ntahpape. Buat jadi bahan kutukan adik beradik je.
Dasar lembik :p

Nasib baik akak ipar saya datang menyelamat nak ganti ironkan. Phewwwwwww.

Baru penat sikit, sibuk ajak kaklang pergi ngeteh. Ini la perangaiii...
Kalau buat keje sikit dah bongkok2 tiga. Asal ajak ngeteh terus sihat.
Outer tu sepet punya. Tu sebab colourblock tak pepasal.




Puasa la merasa kurus sekejap.
Lepas tuuuuuuuuuuuuu...................


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

zalina zainal said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum. Hai kak jem, salam pkenalan. Sy just nk bg info je. Mungkin kak jem boleh cuba rawatan ceragem bed massages, produk nie dr korea. Mungkin boleh dpt info tepat nie di internet. Benda nie elok utk rawatan cancer ayah akak.

ansorullah said... [Reply to Comments]

assalamua'laikum.. kak, sy pon slalu pg hukm..bawak suami.. dulu2 mmg azab jugaklah nak mencari parking.;p (walaupon suami yg cari, sy duk dgn anak menunggu kat tangga nak masuk hukm) hoho, rasa panaaasssssssssss je menunggu lama..;p

lepas tu, sy terperasan ada org jenis park2 je dpn tangga, then sekumpulan org ni dtg bwk kete depa.;)

rupanya ada jokey. sejak dari tu, mmg guna perkhidmatan jokey tu jerk. dah tak pening2 fkir nak cari parking. :D

byrn wajib : rm10.. setiap jam, seringgit.. so, kalau kita duk sana 4 jam, baru rm14. Hehe... rasa mcm ok kot daripada duk melangut menunggu org parking.;D

trylah ye.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^