Follow Viruspadu

Thursday, August 15, 2013

Petrosains ni tak boleh pergi sekali.

Ahad lepas kitorang anak beranak pergi KLCC.

Wah dah lama giler kot tak pergi KLCC. (Read: lebih sebulan itu adelah lama ok hehe). Hari tu pergi malam. Tu pun sebab konsert tu buat kat KLCC.

Kali ni pergi siang.
Dengan anak-anak la pulak. Eksaited la masing-masing.
Walaupun selalu je bawa budak-budak ni pergi KLCC, takdenya budak-budak ni ingat. Ingat kalau ada mainan je. Kalau tempat-tempat membeli belah ni memang takde space dalam otak memori dorang kekekeke. Tunggu lagi 10 tahun ye anak-anak HAHA. KLCC adelah tempat kita yang gegirl-gegirl ni singgah HAHA. Biar apak kau pening.

Sempat la kitorang pusing taman KLCC ni dulu.

Anoi eksaited nampak air pancut tu semua.
Pusing-pusing kat kolam tu. Dah menangis dua orang tu nak mandi pulak dah.
Aduhai sabar je la mak hencek tau.

Konfem lepas ni dorang ingat KLCC ni, sebab nak tuntut janji apak eh nak mandi kat sini ahakssss.


#OOTD
Beige Top by Line. Kasut adelah #staccato #solelovers

Saya memang suka benda-benda sains dan matematik ni. Walaupun bukan la budak dari aliran sains tulen, tapi saya cukup berminat benda berkaitan sains. Dalam usia remaja dewasa gini, kak jeng korang ni selalu juga layan channel Discovery dan National Geo selain dari Channel KPop. hihihi :p

Kenapa? Tak percayeeeee?

Kalau ada masa terluang, Kitorang suka je bawa anak-anak ke pameran yang dapat membuka minda dan memberikan pendedahan terus kepada mereka selain dari keseronokan. Sebab tu lah suka bawa diorang ke muzium dan pusat sains.



So kali ni kita pergi Petrosains la pulak. Kawan saya pernah bawa anak-anak dia pergi Petrosains ni. Tapi anak-anak dia dah besar. Dah sekolah rendah dan menengah dah. So kalau pergi dan tengok / baca pameran konfem la faham. Pastu dia kata best dan banyak benda yang boleh belajar. Tu antara sebab saya rasa nak bawak anak-anak kesini. Tapi dalam hati saya risau jugak kalau-kalau anak-anak saya akan bosan. Budak-budak lagi kan.


Tak habis-habis kakjeng dengan fon dia. Pftttttttttttttt.

Korang tau tak kat Petrosains sekarang ni berlangsung pameran sains secara bertema. Bermula dengan pameran sains bertemakan alam sekitar, kemudiannya pameran sains bertema matematik dan sekarang ini sedang berlangsung pameran sains bertema fizik. Akhir sekali nanti pameran sains bertema kimia pula.







 
Pameran sains bertema fizik kali ni telah bermula dari 9 Julai dan dijangka akan tamat pada 29 September nanti. Pameran ini akan mempekenalkan penemuan-penemuan dalam bidang fizik yang telah mengubah kehidupan kita seharian dan keadaan dunia kita sekarang ini.


Bersempena dengan pameran sains di Petrosains ini, korang akan dibawa melangkaui masa. Akan dibawa untuk mengimbau kejadiaan alam berjuta tahun lampau. Bagaimana keadaan alam pada masa itu, sehingga bau alam yang penuh dengan gas sulfur pun dapat kita hidu melalui pameran di Petrosains ini.

Korang juga akan diterangkan tentang jenis batu-batan yang wujud berjuta tahun dahulu, bagaimana minyak dan gas terhasil dari fosil dan tumbuhan dan perubahan yang berlaku kepada bumi kita.

Korang juga dapat merasakan pengalaman menjadi ahli carigali petroleum, dapat merasa kehidupan di pelantar minyak dan menaikan capsule yang disediakan.


HAHAHA.
Ok. Tetiba siyes kan.
Saya kalau bab sains sains sains ni memang serius tetiba.

Ok sebelum saya nak cerita serius lagi bab sains. Nanti dulu. Korang pening pulak.

Mari tengok apa yang ada dekat Petrosains ni sebelum korang masuk dalam dia.

Menarikkan. Kat luar ni je dah buat budak-budak teruja.

Ini untuk rujukan korang. Petrosains hari Isnin katop kalau tak salah saya.



Depan ni ada meja ala-ala mini show gitu. Lebih kepada penerangan dan belajar kot. Sementara tunggu urusan tiket selesai. Saya lepak dengan adik baju kuning ni sembang pasal telur dan juga gasing. Kenapa bila telur kita pusingkan dia jadi tegak. Ha kenapa? Belajar sains kat sekolah kannnnn. Sila jawab!


Nisa anoi tak nampak ini sebagai suatu pelajaran lagi. Tapi nampak semuanya as permainan. Tapi takpe. Melalui permainan banyak yang akan dia pelajari. Dan saya akan cuba terangkan dalam bentuk yang dia tak bosan. Walaupun saya pun bukan pandai sangat. Takpe. Ilmu sikit kita kongsi. Ilmu banyak kita kongsi.


Walaupun hari ahad. Ketahuilah ramai orang pergi Petrosains ni. Termasuklah cikgu sekolah nisa kat smart reader tu HAHA. Boleh pulak sekali beratur tu kan. Hai teacher :p


Model Tiket kita pada hari ini. KAKJENG kah!


Sesudah beratur dan masuk. Kita kena duduk dalam kenderaan hitam (cart) yang disediakan. Korang akan dibawa menyelusuri pemandangan dan keindahan alam. Seni grafik dan audio mereka amat menarik sehingga membuatkan kita seperti berada dalam hutan hujan khatulistiwa yang semula jadi. Dan pengembaraan sains pun bermula di sini.


Korang tahu tak?
Hari tu anoi makan banyak-banyak lalu berlari dekat saya pastu tanya
"mummy, adik makan banyak tadi, sekarang adik dah 6 tahun ke belum?"

HAHAHAHA. Boleh pulak nak lumba dengan kakak dia kan.

Nisa lagi best.
"Mama, nantikan... mama mengandungkan baby boy kan. Bila baby boy dah besar boleh la dia jadi abang kitorang kan. Baru la lengkap keluarga kita. Ada kakak, abang dan adik"

Tu diaaaa. Jenuh nak ekplen macam ni kan :p

Maka, disinilah bermula

Saya ada terlalu banyak gambar untuk saya share. Dan saya cuba terangkan sikit lah ye.







Nampak tak?
Anak-anak masih tak faham apa yang dia nampak.
Tapi saya yakin dia dah mula suka dengan apa yang dia main.
Dan dah mula tanya kenapa? bagaimana?  apa tu? apa ni?

Sains ni bukan sesuatu yang kita mudah faham bila kita baca dan bayangkan
Sains adelah sesuatu yang kita kena cuba dan rasa :)




Bagus kat sini, sebab banyak mini show macam ni yang boleh terangkan dekat anak-anak (dan saya) kenapa itu dan ini. Kat sini adelah cabaran mengangkat botol yang berisi beras dengan menggunakan satu batang copstik sahaja. Dan yeay! saya berjaya jawab soalan. Terasa bangga di depan anak-anak kahkahkah



HAHAHA muka bangga disitu :p


Kalaula zaman saya ada menda mcm ni. Konfem saya dah jadi angkawan sekarang ni. Ecewah.


Bagaimana minyak terhasil?




Bagaimana belon melekat pada hidung dan pipi gebu kakjem? Ini bukan ilmuhitam ye. Ini sains hehe


Haaaaaaaaaaaaa.
Nak tahu?
Sila pergi sendiri dan dapatkan jawapan ye anak-anak dan emak-emak ayah ayah :p






Nisa anoi cuba semua benda.
Siyes dorang teruja sangat
Sampai kena paksa bergerak ke tempat lain.

Merasai gempa bumi.



Tahukah anda?


Saya berhenti di setiap meja mini show ni. Nak nisa anoi dengar apa yang abang ni terangkan.





Anoi ni berani sikit cuba semuanya. Nisa ni malu. Semuanya malu. Sabo je la. Bila takde orang baru dia nak cuba.






Saya ingatkan nisa anoi akan lama kat sini. Sebab mainan kan. Rupanya. Masuk kejap, terus keluar. Tak fun kot. Diorang lagi suka explore benda lain. Tersenyum saya tengok.


Pun boleh :p






Ada tengok keek saya @viruspadu?
Saya ada share video saya di Petrosains kat sana.


Nisa paling lama kat sini. Sampai badang paksa bangun.


Besarkannnn Petrosains ni. Terlalu banyak benda untuk di baca, dicuba dan dipelajari.







Serius korang kena bawak anak-anak datang sini.
Siyessssss wei.
Terlalu banyak benda menarik dalam ni untuk dipelajari





HAHAHAHAHA. Korang mampu meluncur macam ni?






Ada lagi...
Belum habis lagi.
Sebab tu saya cakap kat sini memang kalau pergi sekali tak cukup.
Memang kena repeat ni.





Wayang 3D pun ada.


Ini adelah 1/4 gambar yang saya snap dan boleh nak share dengan korang.
Yang lain, korang kena pergi sendiri la ye.

Sooooooo. Daripada apa yang saya boleh simpulkan sikit pasal tema Pameran Petrosains kali ni.

Terdapat 4 tokoh fizik dunia yang akan ditonjolkan di sepanjang pameran ini. Mereka merupakan tokoh yang telah menemui dan mengasaskan teori fizik yang kita gunapakai sekarang ini. 

Tokoh tersebut adalah Albert Einstein, Sir Issac Newton, Marie Curie dan Michael Faraday.


Albert Einstein merupakan orang yang telah menghasilkan banyak teori fizik moden. Kita semua pasti tau akan kejayaan beliau di dalam pengasingan atom yang kemudiannya menjadi asas terciptanya bom atom.


Sir Issac Newton pula merupakan tokoh sains fizik di zaman renaissance yang telah mengubah fahaman sains kuno kepada teori yang lebih praktikel. Semua manusia sekarang ini terhutang budi kepada beliau terhadap teori graviti yang diilhamkan beliau dari peristiwa sebiji buah apel yang gugur dan menimpa kepala beliau.


Marie Curie merupakan tokoh wanita dalam bidang fizik yang amat cemerlang. Beliau mengkaji bahan radioaktif yang menghasilkan radioaktif. Dari asas kajian beliau sinar X-Ray tercipta yang membantu manusia mengesah kerosakan organ dalaman badan. Beliau turut menemui logam radium dan polonium.


Michael Faraday adalah ahli sains fizik yang mengkaji eletrik, magnetik dan elektromagnetik. Hasil dari kajian beliau, ianya menjadi asas kepada peralatan moden yang kita ada sekarang.


Makanya, sekiranya korang mencari-cari tempat untuk membawa anak-anak dan korang sendiri juga boleh menimba pengalaman menarik, petrosains adalah tempat paling tepat untuk dilawati. Anak-anak bukan sahaja akan menimba ilmu secara  langsung melalui pengamatan mereka, malahan mereka akan melalui keseronokan yang tidak terhingga.

 

Terdapat pelbagai akviti telah dirangka yang pastinya dapat memenuhi kepuasan anda.


Saya pun rasa macam nak pergi lagi ni. Papa, yuk kita pergi lagi lepas raya.

Saya harap, info saya dapat membantu.





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu


5 komen[s]:

linda said... [Reply to Comments]

Dulu saya penah keje kt situ. Blajo la wat mini show, blaja busking. Besttt. Bole jumpa ramai kanak2 pastu increase level of confidence sbb hari2 jumpa ramai orang kan... dlm salah 1 gambar tu ada gambar sepupu saya yg masih keje kat situ :)

d0tbl0gsp0td0tk0m said... [Reply to Comments]

tak yah p petrosains la gini.. dah banyak info kat belog nih...

salam aidilftiri....

Love Razila said... [Reply to Comments]

Bestnyer...nak pergi gaklah =)

Al Kisah said... [Reply to Comments]

lor anak ke.. ingatkan bawa adik2..

Nadila azhar said... [Reply to Comments]

bestkan..macam2 kita leh belajar...kite yg terlebih teruja..:))







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^