Follow Viruspadu

Monday, September 09, 2013

Akhirnya #sepetkahwin

Akhirnya...
Kahwin jugak ko kan ana.
kekekekeke.

Ana aka sepet aka zack u merupakan anak ke sembilan daripada sembilan beradik family noh. Anak bongsu kan. Yang paling degil kahkahkah. Nasib baik kakak-kakak dia comel. Maka dimaafkan kedegilan itu #tiadakaitan.

Alhamdulilah. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih Allah.

Ok macam ni cerita dia.
Hari Sabtu.

Jumaat malam tu, saya tetap balik seremban. So pagi sabtu tu kena bajet sejam jugak la perjalanan nak sampai cheras. Kalau cukur jambul start 1030, maknanya kita kena sampai awal sejam la kot. Kena sampai kul 9 la busuk-busuk. Kalau gitu paling lewat kena keluar rumah kul 7 pagi kan.

Semalamnya jugak masa kemas bilik sepet, rasa bilik dia kosong sangat. Kalau ada bunga ros merah mesti cantik letak atas meja solek kan. So saya cakap la esok(sabtu) pagi saya cuba cari kat seremban.

Tapi cabarannya adelah, 31 ogos tau tak? Banyak le kedai katup. Takpe. Cuba je.

Ini OOTD saya pada hari pernikahan sepet. Sibuk nak jugak pakai putih hihihi. Shawl adelah ditaja oleh shawlfactory kalau minat pergi fesbuk beliau.
Festaim la saya pakai shawl macam ni
Ok ke idok?
Yang saya suke adelah shawl ni buat muka saya nampak kurus hew hew hew
Padahal berat sekarang adelah 60kg weiiiiiiiiiii.

Mak pun dah tegur badan saya naik. tsk tsk tsk
Baiklah. Esok diet.

Kelamkabut jugak saya pagi tu.
Yelah nak pergi mencari bunga kan.
Gambel la cuti2 ni, harap kedai bukak la
Kena masuk town seremban

Nasib baik ada satu 3 kedai bunga bukak kat seremban.

"Untie, I nak bunga untuk bilik pengantin tau. I nak letak atas meja solek. Tapi letak tepi la. Taknak halang cermin. U buatkan bunga tu tinggi"

Saya salah cakap atau untie salah faham?

Hambek ko! Tinggi macam ni terus beliau bagi HAHAHA.
Makcik redha aje la Kahkahkah
Nak halang pun masa dah time.
Dah dekat kul 9 dah time ni wei. Dah lewat.

Tapi cantik jugak
So i relakan aje la


Boleh la letak sebelah meja solek kikikiki.

Tanpa berhenti sarapan dan perut keroncong, terus balik cheras.

Dan yang paling best.

Masuk je rumah.
Semua pakat gelakkan saya beramai-ramai

"kahkahkah, andak lagi teruk dah siap mekap"

Kenapa ni
Kenapa ni

saya blur seketika

"cukur jambul yunan ahad la, bukan sabtu"

Denggggggggggggg.
HAHAHAHA
Beria saya siap tau tak HAHAHA
Habis tu kena la tunggu sampai kul 230 la ni. Sebab nikah kul 230 HAHAHA

Dan pagi tu acara menyalahkan ceera pun bermula
Semua salah ko ceera, siap bagi amaran kat kitorang
last last salah
Cait!!!!!

Melarikan diri dengan Badang ke atas bukit. Cari makan papehal.


Dan lepas sesi lepak dengan badang, lepak dengan adik beradik pulak. Ngeteh. Dan menyampung sesi menggelakkan saya sorang je dah siap2 cecantik. Ko tengok yang lain semua pakai baju biasa muka pucat tak mekap pun lagi. Mencik mencik mencik.


Ha.
Penyeri bilik pengantin kan bunga ni. Suke sangat.

Dengan kakcik

Badang la ni suruh saya posing kat sini hahaha. Almaklumlah dulu masa nikah mana ade mende ni semua. Kita dulu nikah semuanya simple ajoooo.

Si cantik Pengantin :)

Dah Ready?

Keluarga Qery sampai tepat masa jugak. Saya pulak yang berdebar masa ni tau

Hoih tok kadi dia tanya banyak soalan tau.
Takuittttttttt
Kalau saya memang tak dapat kot jawab soalan kalau dah cemas
nasib la Qery jawab rilek je.
Ke dia dah dapat soalan bocor? KAHKAH

Dengan sekali lafaz.
Sepet sah menjadi isteri
Alhamdulilah.



Acara batal air sembahyang :)


Yahoooooooooo dah kawen.
Boleh tengok midnite tanpa risau balik lambat lagi
Yeahooooooooooo

Ini atas permintaan ramai. kikikiki

Dengan sikurus angah. Anah buah paling brutel tapi dalam hati ada taman.

SNE Geng :p


Ok selesai dah hari nikah petang tu

Sebenarnya saya plan nak pakai baju putih tu sampai lebam la. Sampai ke malam la
Pastu ceera cakap, dia tukar baju lain
Sebab dia ada banyak baru baruuuuuuuuuuuuu
Waaaaaaaaaaaaaaaaa tergugat kakjeng tau
HAHAHAHA

Ini tidak aci
Andak pun nak tukar baju lah
Tapi saya dah takde dah baju baru
Sedeyyyyyyy

Maka saya pakai baju masa saya nikah dulu.
Nini adik ipar saya juga pakai baju nikah dia
Lalu adik beradik lain pun cemburu hihihi

Malam berinai.




Anak saya paling sempoi.
Kenduri pakai baju tido hello kitty HAHA.
Ini keje badang la ni.
Lantakkkkk.



Hoih berisinya kakjem... tsk tsk.

Drama sementara tunggu pengantin lelaki sampai



Akak dah kenapa tu?

Pengantin

Merenjis.

Banyak jugak saya skip cerita sebenarnya
Seperti masa berarak ada mercun

Lagi... makan kambing golek malam tu

Apa lagi ye.
Banyak.
Takpelah. Sikit-sikit sudah.

Yang saya ingat

Makan makan makan
Eh saya makan banyak kot
Pastu menangis berat naik
Pemende la lu.


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

Sue Sopian said... [Reply to Comments]

haha.. hadoi la akak.. buat saya ketawa sorg2 pagi2 kat ofis ni.. Dah org jeling2 sy.. kahkahkah.. kelakar la akak ni.. kan dah kena gelak sbb salah time siap cantik2..

btw, salam ziarah.. :)

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said... [Reply to Comments]

alhamdulillah..dah selesai kenduri kawin sepet...
mesti lega dah mak abah vp kan..semua anak2 dah berkahwin...

adik pompuan bongsu saya ada lagi sorang belum kawin..
kitorang pun 4 beradik je..keluarga x besar mcm keluarga vp..

meriah sgt..seronok la :)
kirim salam kat sepet & qery ye..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^