Follow Viruspadu

Thursday, September 12, 2013

Cek Kosong

Hari tu.
Kelmarin.

Daripada bilik, saya turun bawah.
Nampak Badang tengah tengok TV
Terus mengelit.

Badang ni style tengok TV suka jugak tukar-tukar
Kadang la.
Biasanya selera cerita yang kitorang nak tengok tak sama.
Kecuali RunningMan je. Yang tu je sama.
Dulu CSI kan. Sekarang saya dah tak layan dah CSI. Bosan.
Saya kan KPOP. HAHAHA. Memang layan 393 je.
Sebab tu la retis Malaysia ramai sangat saya tak tahu sekarang.
Pftttttttttttttt. Dulu layan gak Melodi, so tahu jugak la sikit2.
Sekarang apa pun tak boleh!

Tapi saya tetap sayangkan Malaysia
kikiki. Rumusan terus :p

Ok apa yang kita nak cerita tadi ek.
Pasal TV lah.
Badang suka tukar-tukar cerita.

Sementara dia tukar tu. Terbukak la TV3
Cinta Jannah kan tajuk dia.
Time tu isteri kot, kena marah dengan mertua, suruh bercerai dengan laki dia.
Saya ada tengok kejap kejap cerita ni.
So rasanya cerita ni, mcm isteri tu kawen dengan suami tu kaya, isteri orang kampung ek?
pastu mertua tak suke. Mertua ada pilihan lain. pastu paksa bercerai.

Gitu kan cerita dia?
Ke salah?

Masa tu mertua dia bagi cek kosong kot. Suh isi sendiri la.
Saya syak dia ugut la, suh bercerai. So amikla duit berapa banyak pun dia nak.
Gitu.

Ntahla. Ke salah?
Sebab masa tu saya tengok part tu je

HAHAHA

Pastu isteri dia pun sedih2 la. Nangis semua kan.
Giler la ko kalau isteri dia lompat2 happy pulak baru lepas kena marah kan.

Saya cerita sedih-sedih macam ni memang kenot go lah.
Satu kepantangan tengok cerita sedih ni. Selalu sangat terkesan dalam hati.
Biasanya memang saya tutup terus cerita sedih ni.
Ko bayangkan cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu yang menakutkan saya rasa cerita tu sedih HAHA. Masalah emosi.

Saya tengok isteri dia sedih. Terus bangun naik bilik balik. tak sampai 5 minit tengok TV.

Tapi bab tu je dah sedih dah.
Naik bilik terus bengang-bengang.

Mula la fikir
Kalau aku la orang bagi cek kosong. Memang tak bagi peluang la ko!
Kalau orang tu jahat mcm mertua tu kan. Memang saya chek dulu dalam akaun dia ada berapa kan.
Kalau duit dia ada 1 juta 10 hengget. Saya tulis kat cek tu, 1 juta HAHAHAHA.

Tinggalkan sepluh hengget je kat dia, itu pun duit untuk beli tiket bas balik kampung. Gitu. Giler jahat kakjeng HAHAHA.

Tapi tu la.
Kalau bila benda macam ni terjadi betul-betul la kan.
Mesti sedih betul kan.
Hoih suami tu... ko paksa2 cerai apahallllllllllllllllll...
Giler saikoooooooooooo.

Tak suke orang saiko macam tu.
Bluwekkkkkkkkk.

Tapi orang yang saiko yang memang kita tahu dia jahat ni takpe lagi.
Orang yang saiko berlagak baik tapi jahat ni yang susah nak tangani ni kan.

Phewwwwwwwww.

Nampak tak kesan cerita 5 minit tu kat hidup  kakjeng HAHA.
Bayangkan kalau saya layan cerita tu. Berapa banyak entry bengang nanti saya tulis.
Padahal drama je...





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

4 komen[s]:

me suya said... [Reply to Comments]

emosi sungguh tu kak jeng.. xyah nengok ah :p

Irfa said... [Reply to Comments]

citer macam tu buat sakitjiwa je tgk
baik tgk running man,buleh gelak sambil tepuk lantai :)

anakomak said... [Reply to Comments]

hahahhahaa emosi eh....
rilek rilek... :p

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

saya pon sama tak leh nengok cite sedih2 camtu..katup tv la kakjeng nti sakit hati pula haha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^