Follow Viruspadu

Friday, September 27, 2013

Hai Baby PINK. I Love You

Publika.

Mesti lepas ni saya akan sangat merindui publika.
Daripada publika tu kosong takde mende sampaikan sekarang nak parking pun kemain hazab lagi. Banyak giler kot kenangan saya kat situ. Boleh dikatakan tiap minggu saya pergi. Dekat sangat. Sebelah office je. Tapi tak la sampai boleh pergi jalan kaki mahupun joging ye. Awas! HAHAHA.

Kenapalah publika ni takde butik LV HAHAHAHA.
Macam la kalau ada, saya nak masuk lalu beli kennnnn.
Takpe. Angan-angan itu perlu.

Ok sebenarnya nak cerita benda lain.
Rabu yang lalu, saya pergi ke publika bersama orang kesayangan krikkk krikkk krikkkkkkkk :p
Mencari kamera. Untuk hadiah besday diri saya :p krikkk krikkk krikkkkkkkk :p

Saya memang bekenan sangat kamera yang lisa surihani jadi duta tu.
Siap masuk kontest bagai tp tak menang la pulewwwww.
Terpaksa la cari sendiri
Tapi tak ingat model apa.
Cuma tahu, itu cap sony je.
Nasib baik kat publika ada sony
Berbalik kepada ayat perenggan kedua. Kalau ada butik LV kat publika, mungkin saya beli handbag LV sebagai hadiah hari lahir krikkk krikkk krikkkkkkkk :p #TDDMKA

Terus cari sony, masuk.

"kamera, yang ni je ke yang ada?"
"ada yang lain, kejap saya pergi amik"

"yang ni ke?"
"bukannn... bukan yang ni"
"model apa?"
"tak ingat, tapi yang lisa pakai tu"
"lisa pakai model ni la"
"bukan, yang lain la"
"jap kita gugel dulu"

HAHAHAHA sekali memang yang tu.

MALUUUUUUUUUUU.
Nasib baik SA tu hensem. Takpelah I rela je malu kikiki

sebenarnya ayat tu saya dah rumuskan supaya nampak takde la saya malu sangat.
Padahal, banyak kali saya cakap itu bukan kamera dia HAHA.
Saya nak beli kamera ni sebab lisa jadi duta je dan warna dia PINK. Saya tak tahu pun spek dia apa kahkahkah. Dah la tak tahu spek dia apa, model dia apa pun saya tak ingat. Dasar sangat perangai ko!

Hai Lisa. Awak comel


Dan Baby PINK dah ada dalam genggaman :)
Hoyeah.

SONY NEX-3N 

Saya akan rindukan awak PUBLIKA
Bila butik LV nak buka di PUBLIKA? HAHAHA
Tetiba publika balik.
Sewel.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

2 komen[s]:

strawberi said... [Reply to Comments]

weee..pasni pindah seremban yer...semoga semangat berblog kembali kak jem...caiyokkk

Jumria Alimuddin said... [Reply to Comments]

Salam...

Same with me...klu bli gadget xpernah tau model & specs...janji tau guna & hubby tau specs...hehehehe....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^