Follow Viruspadu

Wednesday, September 25, 2013

iOS7

Hoh

Orang lain lama dah up update iphone kan.
Takde la lama mana, tp saya dlm kategori lambat jugak la kan
Tapi saya tengok kat instagram ramai la share pasal dorang dah update

Saya je yang takde hati nak update lagi.
Ntah. Sebelum ni eksaited je.
Maybe sebab saya lagi eksaited nak tukar iphone 5S kot HAHAHA.
Tapi nak tunggu iPhone 5S jatuh dari lagit. Beli sendiri kedekut kahkahkah. Dasar sangat perangai ko kannnn jemah

"kita tak update lagi ios7"
"kenapa"
"hati takde"
"abis tu hati pergi mana?"

kihkihkih

"hati kita mestilah kat suami kita kan"
HAHAHA tanya pulakkkk.

So tetiba semalam terasa macam nak update.
So update la.

Hoh.
Lainnya interface dia
Tak biasa.
nampak cantik jugak
nampak komplikated jugak
Nampak rumit.
Nampak ajo la ye.

"kita dah update dah ios7 tadi"
"best tak"
"tak biasa lagi"

kennnnnnn tak biasa lagi lah
Nak cakap tak best, rasa macam lagi suka yang lama. Tapi biasa la tu kan. Memula memang rasa tak best, lelama kang ok je. Ala mcm fesbuk dedulu tukar rupa, ramai je komplen itu ini, last2 suka je kennnnnnnnnn. Biasalah kita ni, kalau tak biasa suka je nak komplen kikikikiki.

Benda yang memula saya check adelah kamera dia. ahak ahak ahak.

Woooooooooooooo. Canggih woooooooooooooo. Ini takyah pakai camera360 dah ni. Terbaik la iphone. Duck face itu perlu yeeee.

Tapi bila saya login instagram saya, sekali keluar error ini daaaaaaaa

"status": "fail", "message":"login_required"

Hangin makcik seketika okeh
Siap delete instagram, install balik
reboot lagi
error lagi
Delete lagi. install balik
Sikit lagi saya nak baling fon ni sebab bengang
pastu mula lah fikir nak mintak suami belikan iphone 5 kahkahkah
ada je kannnnnnnnnnnn idea nak menyusahkan orang HAHAHA

pagi tadi baru teringat nak gugel. pastu jumpa:

1. Go into Settings
2. Go into General
3. Scroll to the bottom in General and click into "Reset"
4, Click the "Reset all settings" option .

Setel masalah
alaaaa Setel pulak. Melepas nak beli ip5 hahaha
dah takde alasan nak menyendeng kat suami lagi :p

Maka siapa yang ada masalah macam saya. Jangan baling fon okeh :)
Pergi try step tu dulu

dan tone ringing pun banyak yang baru.
dan laju
dan...

ala saya tak explore lagi la ios7 ni.
nampak macam banyak benda baru.

Ok lah
Tu je nak share :p





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^