Follow Viruspadu

Friday, September 13, 2013

Kenduri #SepetKahwin di Sebelah Q

Minggu Lepas.

Beza kenduri belah perempuan dengan belah lelaki seminggu je.
Minggu ritu sepet, minggu depannya belah Q
Maknanya minggu lepas la kan.

Baju baru memang takde dah la.
Nak beli baru pun. errrrrrrrrrrrrr. Tengah bulan ni wei. Rentikanlah niat tu walaupun ada HAHAHA.
Bersederhanalah. Eceh. Padahal.

So pakai aje la baju raya ritu. Lagipun baju ni baru pakai sekali. Nak repeat balik ntah bila baju ni. Sebab style dia kalau saje nak pakai nak gi opis memang sangat la tak sesuai kan.

Macam biasa keluar rumah awal pagi. Sebab dah janji nak sampai rumah mak kul 10 pagi :)

Saya selepas mekap. Ehemmmmmmmmmm. Ini macam nak celen pengantin je kan. Siap bulu mata pelesu bagai gitu.




OK ke tidak?
Disebabkan saya tak pernah pakai celak kat kening atau pun menkaler-kalerkan di bahagian itu. Yelah kening saya memang dilahirkan sihat hihihihih. So nampak pelik sikit ye. Tapi lama-lama rasa ok pulak.

Nice aje.

Mekap ini ditaja oleh Wani.
Sebenarnya dia nak mekapkan masa kenduri kat cheras. Tapi last minit ada hal pulak.
So pospon je ke Kenduri Q.
Saya tak kisah aje.
So Wani mekapkan saya dengan ceera.

Kalau korang berminat. Ini detail Wani:

Nama: Wani
Blog: http://themakeuplover.blogspot.com
Email: themakeuplover@gmail.com
Tel/Wasap: 012 9113790


Anak-anak saya mekap ditaja oleh kakcik HAHAHA. Beliau cas sorang RM20 HAHAHA. Lawak. Duit pakai daun la ye :p

Bergambar sementara menunggu yang lain bersiap.



Kitorang bergerak dari rumah ke Taman Shamelin Perkasa jam 1 tengahari kot
Time tu berdesing panasnya.
Cuaca yang sesuai untuk buat kenduri hehehehe




Menunggu Pengantin sampai. Bergambar lagi kikiki

Ini Ode saya. Saya kan manja. Kena la ada gambar lebih sikit dengan Ode kahkahkah.

Manja tak?
Manja tak?

kekekeke

Dengan Abah pun saya manja.

Dengan uteh pun saya manja

KAHKAHKAH
Yelah kakjeng.

Asal manja je kakjeng la.
Takde la orang lain
Pfttttttttttttttttttt.

Dan itu dia. Pengantin datang.
Kemain cun lagi adikku itu

Ramai sangat orang masa ni
So saya tak dapat nak amik gambar pengantin dah
Sibuk nak mencari anak yang berlari ntah kemana-mana
Phewwwwwwwww.

Sudahnya.
Badang ngan nisa duduk meja nun jauh disana
Saya ngan anoi duduk meja lain.
Lantak.

Dengan kaklang kita yang macam budak sekolah ajoooo muka dia :p

Eh takde la gambar dengan akak ngan kakcik ngan atam
Adoiyaiii.

Bateri saya kong dah sebenarnya time ni
Maka gambar lain adelah ehsan adik beradik yang hantar dekat wasap.

Pengantin.

Mesti ana lapar giler time ni hahaha 


Saya pun lapar giler ok
Dari pagi tak makan kan
Dah la saya ni kuat makan
Pastu bertahan sampai kul 2 mcm tu baru dapat makan
Saya makan 3 ketul ayam ko tahu HAHAHA

Masa announcement panggil adik beradik naik pentas merenjis pun saya masih makan buat dek je. Sampai kena marah baru bangun. Kena beratur macam ni. Ikut giliran adik beradik kan. Saya no 6 kot. Lambat lagi. Bagi la saya makan dulu HAHAHA.

Sambil merenjis. Sambil bersembang. Pastu kena tegur suh cepat HAHAHA. Kecoh la lu HAHAHA. I rindu adik I tau :p


Lepas tu, aktiviti sambung makan.
HAHAHA.
Makan bubur pulak.
Frust tak dapat minum teh tarik je sebab dah habis.

Sebelum balik.


Seperti biasa.
Gambar adelah sangat banyak
Tapi tak tahu menyorok kat fon/kamera siapa huhuhu

Tapi saya share ni pun je dah banyak kan
Kalau tak, muntah pulak korang tengok :)

Alhamdulilah
Selesai dah kenduri di kedua belah pihak.

Sekarang
Kehidupan sebenar pun bermula.

Selamat menempuh alam rumah tangga adik!







Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

yayayuyu said... [Reply to Comments]

salam perkenalan kak..saya sblm ini just silent reader je..slalula baca blog akak ceera n sepet..terkejut plak tgk weeding nie kat dewan sek saya.haha kalu tau awal kompem g ambik otograp pastu balik..cececec..rugi2..

mama_onie said... [Reply to Comments]

Cantiknya kak jengggg

Mek Onie said... [Reply to Comments]

hai akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk , laaa akak ke viruspadu,kita p gak event nescafe tu,tak cam akak T_T







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^