Follow Viruspadu

Wednesday, September 11, 2013

Kendurinya #sepetkahwin

Tema warna adelah pastel.

Saya sebelum ni, kalau ko tanya pastel tu mende. Sumpah tak tahu kekeke. Saya cuma tahu dalam dunia ni cuma wujud warna pink, kuning, hijau, hitam, biru, coklat, merah, kelabu, hitam, oren. Warna-warna biasa yang ada dalam kaler pensil dulu aje ler.

Sekarang ni nama warna pun pelik-pelik, mustard la tekois la. pfttttttttttt. Sangat la saya tak reti. Paling terer nak cakap pun biru air laut la HAHAHAHA.

Ni warna apa?
Ala... warna dia mcm hijau tapi bukan, dia more ke biru gitu. Tapi lembut kaler dia.
Ha gitu paling terer nak describe warna HAHAHA.

Ramai kot macam saya :p

So bila sepet bagitahu yang kenduri dia punya tema adelah pastel. Terus blur. Lalu gugel dan sembang adik beradik pemende la pastel. Oh warna lembut-lembut tu ye.

Kalau sebut WARNA CAIR takleh ke?
Lagi senang paham HAHAHAHA

Gini:

Holloh cute nya warna ia tu.

Lepas raya ritu, terus la saya cari baju bertemakan pastel.
Tapi terbekenan baju ni pulak.
Lantakkan dia. Memang lari sangat dari pastel nya kikiki
Ramai yang kata baju saya ni baju "nametag guru besau"
HAHAHAHA
Sebab macam pakai nametag kan.
garisan hitam tu la.
Saya pun terus feeling cikgu jemah tau HAHA.
Hetchu!

So shawl tu main sauk apa yang ada dalam rumah la. Tudung oning yang saya beli tu memang langsung tak mecing. Aiyoooooooooo.

So pagi ahad tu.
Cuaca cantik.
Bergerak dari rumah jugak takla kelibut benau.
Tak la macam hari nikah yang kalut cari bunga bagai, sampai2 takde cukur jambul kan. HAHA sabo je la mak hencek.

Ini baru betul-betul berzanji. Lepas tu cukur jambul yunnan. Berzanji kali ni adalah ustaz-ustaz :)

Herah, hena, emak, andak dan ode :) . Lepak dengar berzanji :)


Bapa Ibu :)

Gambar masa cukur jambul tak amik la pulak.
Ntah la saya buat apa. Tapi saya sempat la gunting rambut yunan
Harap OP ada snap gambar saya yang comel-comel kikikiki.

Lepas acara cukur jambul selesai.

Kitorang mengetest la semua benda.
Seperti mengeSIGN guest book.
Adik beradik kena la over sikit kan.



dan bz mengambik gambar dekat photobooth :)





Macam tu lah perangai adik beradik HAHAHA
Lantak.

Kenduri start kul 11 dah ramai tetamu datang time ni. Termasuklah opah saya :)


Mak dengan Abah pun dah macam pengantin kan hehe

Disebab kan takde keje nak buat sangat. Semua pakai katering. Kitorang adik beradik lepak khemah ngan mak abah je. Sambut tetamu gitu.

Dan oleh sebab takde keje juga, kitorang asik snap gambar je HAHA. Nak lepak ngan pengantin. Bilik beliau penuh dengan mak andak team.

Akak dan Abang

Geng penyambut tetamu

Emak ngan adiknya, makcik intan

Sepupu saya, nana. Kalau dalam fesbuk kemain meriah mengomen2 kan. Bila jumpa masing-masing diam seribu bahasa. HAHAHA. Kelu lidah iolssssssss tau.

Holloh2 wanee ngan nana comel sgt!

Kleen bersama cikguJeng :)

Lebih kurang kul 1, pengantin pun sampai. Siap ada group silat tau. Kekaguman sungguh.


Tengok siapa yang baca doa ittewwwwwwww.
Badang okeh.
Saya langsung tak tahu menahu pasal ni.
Yang saya tahu doa ni ustaz salim yang baca.
Tiba2 saya dengar suara yang biasa sangat saya dengar hihihihih

"eh siapa baca doa tu kak?"
"laki ko leeeeeeeee"
"siyesssssssss???"

#hatiberbunga

Sejuk perut mak mertua saya mengandungkan anak macam ni hehehe.

Ustaz salim last minit ada hal kot. So mak saya minta Badang bacakan doa. Nasib baik dia ok.

Inilah opismate yang saya jemput. Dan hadir pulak tu. Ecah dan Adib. Terima kasih korang sebab datang. Jarang berlaku la saya jemput kawan datang kenduri rumah saya hehehe.




Layanan kenalah istimewa kan. Sebab dorang je kawan saya yang datang hehehe.


Peej.
Peej ni lagi comel kalau pandang depan mata.
Saya sumpah macam cikgu peej dalam gambar ni kikikiki

ceera. fila. vp. moon :)

Gadis bunga. Benonoi



Oh itu je koleksi gambar yang saya ada dlm fon saya.

Terima kasih semua sebab hadir kenduri kawen adik saya sepet88.blogspot.
Walaupun takde dlm entry ni
Padahal ramai je datang.
Bateri fon pun dah nyawa-nyawa ikan kan.


Maaf kalau ada kekurangan daripada family saya
Maaf juga kalau saya nampak blur semacam senantiasa

Tahniah sepet and Q.
Welcome to the club bebeh



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu






Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^