Follow Viruspadu

Wednesday, September 11, 2013

Pelancaran MILO ® Fuel for Champions

5th September 2013 yang lalu

Inilah saya. Memakai baju belang-belang rimau. Mungkin sebab tu lah hujan lebat sampai ribut pagi tu. Haha takde kaitan. Baiklah ini lah saya pada hari itu :) Apa-apahal kena selfie dulu. Ini trend masa kini kau tahu, sape tak selfie tak ikut trend kahkahkah

Tahukah korang yang Milo dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melancarkan kempen "Tenaga Untuk Juara" yang dirasmikan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin (KJ) yang ensem lagi maco itu. Phewwww terkasima kakjeng seketika kikiki. Phiwitt. Why you so gagah perkasa. ahaksssss

Sementara tunggu Mr. KJ sampai. Inilah kerja bloggers ahaksss.

Pelancaran diadakan di National Aquatic Centre, Bukit Jalil

Kita minum duluuuuuu...

Bak kata Mr.KJ dalam speech beliau. Air milo yang paling tersedap adelah air yang lori milo bawak pastu parking tepi pokok sambil kita beratur nak amik air percuma. Hahaha. Ok ayat tu semua saya tambah sendiri. Tapi betul la. Milo tu paling sedap kan. Tak tahu kenape. Air yang kita bancuh sendiri pun tak rasa sedap macam tu.

Milo macam ni. Rasa dia, sejuk dia. Sangat menepati piawaian tekak. Yumssss
Tian Chad

Thanks adib teman saya :)

Mr. KJ tengah berucap uolsss.

Rasa macam nak je amik gambar sama sama KJ. Tapi ko tahu aje la kakjem. Memang sogan amek. Lainla KJ ajak kakjem amik gambar sama-sama. Hahahaha. Ko sape jemah! Ada hati feeling gitu kan.

The best Milo ever :)


Mr. Alois Hofbauer, Region Head Nestle Malaysia dan Singapore berkongsi semangat MILO ® 's dalam menyokong Kontinjen Malaysia di Sukan SEA ke-27

YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan berkongsi pandangan beliau tentang bagaimana MILO ® telah  sinonim dengan Malaysia, dan peranan mereka dalam pembangunan belia dalam sukan


Persembahan oleh Pasukan Renang Berirama Kebangsaan Malaysia


Mr. Alois Hofbauer, Region Head Nestle Malaysia dan Singapura menyampaikan koleksi kecil lori MILO ® kepada YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan sebagai tanda penghargaan.

Berdiri di atas pentas dari kiri ke kanan: Yong Shin Min (bola keranjang), S. Kannathasan (relay run), Dato' Wira Amiruddin Embi, Chef de Mission of Malaysia Sukan SEA Kontinjen, Encik Alois Hofbauer, Ketua Wilayah Nestle Malaysia dan Singapura , YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, RADM (Laksamana) Dato' Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Dato' Seri Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Khoo Cai Lin (renang ), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang)

Melalui kempen MILO ® "Tenaga Untuk Juara" dan selaku minuman Colat Malt Bernutrisi rasmi bagi Kontigen Malaysia di Kejohanan Sukan SEA ke-27 di Myanmar, MILO ® menyeru semua rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada kontinjen Malaysia semasa mereka berjuang di sana. 

Ayuhhhhhhhhhhh...
Jom tunjukkan sokongan kita

MALAYSIA BOLEH!


[This is a paid advertorial by Nestle]



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^