Follow Viruspadu

Friday, September 20, 2013

SPECTRUM Musical @ MPO

Rabu yang lalu.

Saya telah pergi ke SPECTRUM Musical kat Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) KLCC sana. Inilah pertama kali saya pergi MPO dan ini juga pertama kali saya pergi tengok Musical ko.

Terima kasih Nuffnang :)
Kalau harap saya pergi saje-saje memang tak kot
Eh memang pernah terniat dan terfikir nak pergi, tapi tak tahu canne pun ye.
Kemana hala nak pergi pun tak tahu.

"pa, rabu ni nak pergi tak SPECTRUM Musical kat MPO?"
"boleh je ma"
"tapi MPO tu apa ye pa?"

HAHAHA sendiri ajak, sendiri tak tahu HAHAHA.

Sengal.

Nasib baik la badang n banyak ilmu dari saya. Banyak benda la saya boleh refer kat dia. Untung la selalu tengok dokumentari HAHAHA #takdekaitan

"pa... Spectrum musical ni sebenarnya apa?"

HAAAAAAAAAAAAAA.... sampai macam tu sekali soalan ha.
Nampak sangat tak tahu apa.
Jenuh pakcik tu ekplen.

Dah sampai.

#ootd
Shawl bertemakan misai dato K
HAHAHA Style bukan!
Sekarang ni design mustache tengah in. 
Kalau korang nak beli, Sila terjah themummysya.com atau follow IG dia k. @mummysya_shawlbyacha


Start jam 830. Saya sampai awal. Maka melepak la dulu kat luar. Kat dalam memang tak dpt amik gambar langsung kan. Saya cuba jugak nak curi-curi. Tapi tak berani. Takuittttt.

Sengal


Rupanya best la
Best sangat.

Saya terpegun sangat tengok dorang main music orchestra
Music dia bergema-gema

Tak kelip-kelip mata saya.

Penceritaan melalui seni tari dan musik
Berkisahkan tentang alam, manusia dan pencemaran
Saya tak pandai nak terangkan macam mana perasaan kita masa kat dalam tu.

ada 3 plot.
Setiap plot rehat 20 minit gitu.

Eh saya suka la.
Rasanya nanti nak repeat lagi sebab dah tahu kalau nak tengok kat mana hala nak tuju.

http://mpo.com.my/Home.aspx

Saya tengok ada MPO Rock.
Papa... jom tengok jommmmmmmmmmmmm.




Tu je.



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Mohd Jamaruddin said... [Reply to Comments]

MPO ? igtkn MBO.. :-p mbo tahu la..

aziekz said... [Reply to Comments]

cantek beg akak..

norliza_osman said... [Reply to Comments]

Salam akak,pls banyak kan lah cerita. Sekarng ni akak dah jarang sgt update blog.. pls.. rindu sgt nak baca coretan akak..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^