Follow Viruspadu

Tuesday, September 24, 2013

Sporting

Saya ada anak buah yang sporting-sporting
Tak feeling-feling diva ke apa.

Best sangat.

Sambung cerita family day opis badang ritu kan.
Senang betul jaga anak buah macam ni.

Tak banyak karenah
Makan tak komplen
Tido tak komplen
Selesa ke tak selesa ke semua pun boleh.

Sesampainya kitorang dekat D'ark tu. Lepak-lepak.
Petang tu ada acara sukaneka untuk kanak-kanak.
Tahun sebelum tu nisa anoi takut semua benda. Ajak join main game memang la main.
Tapi blur lebih. Takde semangat nak menang pun.
Kalau boleh nak melekat je dengan apak dia.
Kali ni memang dah pesan dari awal dah.
Mesti masuk game sebab nak menang hadiah kan.
Siap bagi semangat. Mesti jadi juara HAHAHA

Anoi punya target satu je. Nak kalahkan kakak nisa :)




Game game macam ni best.
Tapi yang tak best bila kalau ada makpak yang terlebih sudahhh.
Nak anak dia menang kan HAHAHA.
So rasa macam... alaaa dah tak fun la macam ni.

Nasib baik kali ni semuanya ok.
Ada la yang kurang sana sini. Tapi itu biasalah kan.
Yang penting kita semua happy

Saya ada la amik video anoi nisa main game semua
Sweet je.
Tapi macam biasalah. Terkubur dalam iphone4s kekeke.
Tunggu saya tukar ip5S dulu baru saya rajin. Eh!

Game petang tu, anoi ada menang 2 game, tapi bukan no 1 2 3 la, ntah la no berapa. hujung2 jugak la.
Nisa ada menang 3 game. Ntah la no berapa. Tak kisah.
Janji dapat hadiah je budak-budak ni dah happy dah kan.

Lepas habis game. Kitorang balik bilik lah. Bersiap untuk aktiviti malam pulak.

Temanya merah putih.

Dengan ayin

Saya baru tahu tema merah putih pagi masa kemas baju. Ayok betul Badang ni. Nasib baik la kebetulan anak-anak buah saya semua bawak baju merah. So semua sedondon lah.

Dan nasib baik baju raya princess budak-budak ni ada. Ini je la baju putih yang adooooooooo.

Malam ni punya aktiviti saya tak pasti sangat.
Yang saya tahu ada BBQ
Ada pertandingan prince n princess
Ada cabutan bertuah
dan karok.

Saya yang beranak 5



Apsal jari saya tetiba letih ek?
HAHAHAHA
Nak bagi hint la tu dah malas nak cerita kahkahkah

Hadiah anoi :)

Nisa menang jadi puteri malam tu. Memang tak sangka. Tahniah Nisa.

Saya bangga la nisa menang.
Tapi dalam masa yang sama saya ni kan suka menyakat nisa

"nasib baik kakak senyum tutup mulut, sebab tu la boleh menang, kalau kakak senyum nampak gigi, mesti terus kalah" HAHAHA. Kijam punya emak.

Gigi nisa kan dah patah depan tu. Banyak sangat makan gula2. HOHOHO.

Mak nisa pun nak feeling putewiii jugak HAHA.

Dan satu perkara yang saya tak boleh lupa pada malam itu adalah
Badang buat ucapan hari lahir saya dan menyanyikan lagu untuk saya :)
So sweet papa.

Bateri dah kong masa ni. Memang takde apa yang saya rekodkan dah.
Yang saya ingat. Karok tak habis lagi saya dah bawak anak-anak balik bilik tido dah.

Pagi itu.
Sukaneka untuk emak dan bapak pulak

Nisa ngan anoi pakai baju tido je HAHA Lantakkannnn

Ajai, tolong la posing mcm tu HAHAHA

Anak buah saya best
Semua game dorang masuk.
Nanti ada family day lagi, konfem makdak hangkut korang lagi ek.



Ini game-game yang kitorang main.
Dan semuanya menang tempat ke 2

ada video masa badang main rebut kerusi.
Kemain kelakar lagi
Saya gelak macam nak pecah speaker iphone ni
Tapi tak sampai hati saya nak share
HAHAHA
Badang tolak orang sampai tergolek-golek orang HAHAHA
Ganas betul laki den
Tapi kat rumah lembut je.
Eceh :p

Sebenarnya banyak sangat moment yang kelakar.
Tapi saya macam nak cerita
Tapi macam tak lepas
Faham tak.

Emosi terganggu la ni.

Lepas habis xtvt, mandi sungai. dan pulang.



Babai D ark
Nanti kita jumpa lagi yaaaa.

Haishhhhhhhhhh.
Saya tak suka la perasaan berbelah bagi macam ni
Rasa macam nak lari lari lari dekat padang, pastu pusing golek golek golek, pastu lari keliling pokok. Wah hindustan sangat kan HAHA. Ntah la.

Ok la babai




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

0 komen[s]:







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^