Follow Viruspadu

Thursday, September 05, 2013

Sup Super Power

Sungguh saya nak buat entry pasal sepet kawen ritu.  Tapi tu lah. Banyak nau tapinya. Saje buat alasan. Padahal pemalash. Tu je.

Saya cerita pasal jumaat malam saya nak balik cheras dulu la. Biasalahkan. Takkan tak menolong kan. Bak kata atam. Keji sangat perangai kalau tak balik rumah emak hahaha. Minggu lepas kan iols workfromhome. Best giler wei. Sila la menjeles ye. Siyes jimat belanje keje macam ni. Harap sangat saya dapat kerja dari rumah je takyah masuk office langsung. Heaven. Celik-celik mata terus on laptop je kan. Sambil menguap tenyeh-tenyeh bijik mata pun boleh balas emel. Apadahal.

OOTD nak balik rumah emak. Baju baru beli kat uniqlo. Bersemangat nak pakai baju baru kekeke.

Kenapa saya work from home minggu lepas?
Sebab badang pergi kursus la der.
Takde sape nak tengok anak.
Biasa semua badang buat, dia dah takde. Mengelupur le kannn.

So jumaat tu Badang balik. Sesampai aje dia kat rumah petang tu. Habis je waktu pejabat. Terus kitorang ajak dia pergi senawang sebelum balik cheras. Ada beberapa sebab. Yakni.

Pertama: Saya lapar, nak sangat makan tomyam
Kedua: Saya nak beli tudung awning untuk kenduri sepet
Ketiga: Saya lapar
Keempat: Saya lapar
Kelima: Saya laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr grrrrrrrrrrrrrrrrr.

Kalau lapar memang macam tu :p

Memula Badang bawak saya pegi Doll Tomyam. Apa kes ko tutup pulak. Tak tahu ke kakjem tengah lapar niiiii pftttttttttttttttttt.

Doll Tomyam punya tomyam memang TERBAHEK kata ko. Ritu saya makan bihun tomyam kat situ. Rasa sedap sangat. Rasa macam makan tomyam kat UUM sintok cafe D9 dulu je. Pastu rasa nak makan lagi. Order lagi kuewteow tomyam pulak. Tapi bungkus la kan. Kaver la sikit macam orderkan untuk orang lain. Padahal sendiri yang nak makan kah kah kah. Dasarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....

TAPI TUTUP!!!!
Apa pun tak bolehhhhhhhhhh.

Sikit lagi nak amukan ni.

"ma kalau makan sup takpe ke?"
"eh macam sedap je kan papa, ma tak kisah... janji makan"

HAHAHA ko tengok. Nampak sangat lapar kan. Sanggup melupakan tomyam yang diimpikan.

Pastu tengok kedai makan sup ni macam best giler pulak.

Yeayyyyyyyyyyyy...
Nasib baik papa lalu sini.
Kalau tak, tak merasa makan sup super power ni kennnnnnnnnnnnnn.

Tengok bekas pun tahu dah. Konfem sedap.



Kitorang orderkan anak-anak makan moi.

Korang tahu moi tu mende?
Moi tu bubur nasi ler. Bubur nasi dengan sup.
Ya ampun, rindunya makan moi
Kat UUM dulu suke sangat makan moi sop ayam goreng.
Sedapnyaaaaaaaaaaaaa. Kat cafe B4 kan
Sape UUM mesti teringat dan mesti dah tertelan-telan air liur mengenangkan moi tu
Aduhaiiiiiiiiiiiiiii.

Walaupun moi ni tak sama rasa dengan moi kat UUM. Tapi sedap dia memang KAW KAW. TAKKAN KESAL

Oyye, ini bukan entry iklan ye.
Sebab kebetulan saya makan dan sedap.
Rasa nak share pulak.

Kat Negeri Sembilan ni, banyak tau tempat makan sedap-sedap.
Tapi sebab tak tahu kan.
So bila kawan-kawan datang sini, kadang tak tahu  nak sajes makan kat mana
Sebab tu la kalau saya jumpa tempat makan sedap mesti rasa nak share kat blog hehe

Saya order sop tulang dengan nasi goreng cina.
Sop tulang dia sedapppppppppppppppppppppppppppp.
Daging dia lembut lekang dari tulang.
Nasi goreng cina dia siap ada extra daging.
Sebab kitorang first customer hari tu
Terus dapat layanan istimewa
Kehlassssssssssssssss kakjeng
Murah rezeki.

Badang pulak order sop ekor dengan Nasi goreng kampung kot.

Siap boleh rikues sambal belacan uolsssssssssssss.

Lokasi dia kat senawang.
Cara nak pergi dari tol senawang tu, straight je jalan ke arah Giant senawang. Lepas je Giant tu. amik simpang kiri dekat stesen mintak Petron. Gerai dia betul betul sebelah stesen minyak.

Dapat?

Parking?
Tak pasti senang ke susah. Tak perasan puleeeeee.



"papa, kenapa ma mesti nampak tembam sangat kalau pakai kamera fon papa ni?"
"sebab kamera fon papa ni tak pernah menipu"
"fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"

HAHAHAAHAHA
Sabo je la kan.

Lepas perut kenyang dan suke hati.
Aktiviti seterusnya adelah mencari tudung.

Saya sebenarnya teringinnnnnnnnnnnnn sangat nak pakai tudung oning
Dah lama giler tak pakai. Teringin pakai sekali sekala la.
So carilah tudung oning
Beli la satu. Beli untuk pakai masa kenduri sepet katanya kan.
Last last tak pakai jugak.

Walaupun saya pelik tengok tudung fareeda tu
Tetiba terfikir, kenapa semorang suka sangat tudung fareeda?
Lalu saya pun terasa macam nak cuba pakai sbb nak amik feel tu.

Tapi tu lah.
Bilanya nak beli ntah
Mengenangkan beratur panjang nak beli.
Pftttttttttttttt.
Kat mana yang ada jual tudung ala2 gitu ek?
Ok ke saya pakai ek.
Konfius.

Ermmm
Sampai sini dulu lah.
Nanti saya sambung lagi kesah sampai cheras pulak.





Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Ann GreenStrawberry said... [Reply to Comments]

kak jem try sup utara kat taman satria dkt dgn balai bomba senawang sedap gak.. gerai biasa je tp ya ampun ramai. ada moi gak. kul 4.30 petang dh bukak. xtaw lah kak jem penah g ke tak situ.

mazura kamaruddin said... [Reply to Comments]

kat senawang ada kedai fareeda
fareeda suraya namanya..
kedai dia kat atas pizza hut delivery
depan matahari heights...

hazlina azmi said... [Reply to Comments]

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^