Follow Viruspadu

Tuesday, October 29, 2013

bermalam

Malam ni turn saya jaga abah di ppukm

Malam semalam kaklang jaga
Malam sebelumnya akak jaga
Malam sebelumnya uteh jaga
Malam karang akak jaga semula

Selama ni saya selalu dengar je emak cerita abah tak dapat tidur malam sebab batuk-batuk dan asik ketandas. Dan ini saya pulak tengok sendiri. Alahai kesiannya.

Bila abah terlelap kejap, saya cepat-cepat curi waktu siapkan kerja hehehe. Kena bersila kat luar sebab kat dalam kat katup lampu. Golap!

Nak letak gambar abah rasa sedih pulak. Sebab abah kurus. Lagipun dia baring je. So takyahlah.

Sekarang doktor tengah pasangkan jarum kat tangan abah. Yang semalam punya dah bukak sebab bengkak. So saya lepak luar la kejap. Jap lagi akak datang, so servis bertukar tangan.

Syukur sangat kakak2 saya walaupun komitmen banyak, dengan uruskan anak, rumah tangga,  kerja lagi, cuti dah habis amik unpaid pulak. Tapi selalu volunteer nak jaga abah. Tak pernah rasa susah. Terima kasih jugak suami2 korang sebab memahami. Dan terima kasih kat badang jugak sebab memahami hehe dan senantiasa layan saya baik-baik :)

Doakan abah kita kuat ye.


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

11 komen[s]:

sHeeMa DeaN said... [Reply to Comments]

kesian pakcik.. pakcik kena kuat yerkk.. lawan sakit tu tau pakcik.. semoga pakcik cepat sembuh yer..

Mama Eqalicha said... [Reply to Comments]

Smoga abah viruspadu cpt sembuh... & moga Allah berikan balasan yg terbaik buat anak2 yg menjaga ibubapa mereka...

Cik Cammy Lia said... [Reply to Comments]

semoga abah sis tabah menghadapi dugaan ini

attyfir said... [Reply to Comments]

semoga pakcik cepat sembuh ,dan semoga semua urusan dipermudahkan ,amen

Love Razila said... [Reply to Comments]

Sedih pula baca entry pagi ni...sobsobsob.

A.I said... [Reply to Comments]

alahai.... :(
Semoga abah kau kembali sihat & cepat2 sembuh...

oya said... [Reply to Comments]

semoga abah awak kuat tabah menghadapinya..dengan support family insyaAllah..amin..

mama maman aka yana said... [Reply to Comments]

semoga abah kak jem sembuh dan kembali sihat... seronok tgk keluarga kak jem.. semoga teruskan mengeratkan silaturahim yer

Mummydearie said... [Reply to Comments]

Semoga your abah cepat sembuh. Untung ada anak-anak yang sanggup bersusah-payah demi ibubapa. Mudah-mudahan, begitu juga hendaknya nasib kita bila tua kelak.

ISNA MAJID said... [Reply to Comments]

Ssbarlah yeee...tak tahan tengok orang yang kita sayang sakit. Lumrah hidup ada masa sihat ada masa sakit, kenyang lapar, hidup mati, suka sedih. Ya Allah tabahkanlah hati hamba-hamba Mu.
Untungnye abah awak ada anak2 yang sudi menjaganya. Tentu nya sakit yang ditanggung sedikit sebanyak rasa ringannye dengan kasih sayang isteri, anak2, anak2 menantu, cucu2. Semoga Allah swt terus membuka hati kita supaya mampu menyayangi dan menjaga ibubapa semasa sihat atau sakitnya.

shah rizal said... [Reply to Comments]

jom terjah blog saye skfitri37@blogspot.com







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^