Follow Viruspadu

Tuesday, October 01, 2013

Promis


Baiklah.

Nak mulakan dari mana?
Keliru pulak kakjeng.

Hari ni.
Tak tahu perasaan sebenarnya macam mana.
Siyes blur.

Iyelah apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang Allah dah tentukan.
Yang pasti Allah ada perancangan yang TERBAIK kepada setiap umatNya kan.

Tapikan.
Pagi tadi. Bila dapat bangun pagi jam 645 pagi dan rasa macam "apsal rasa lama sangat tido ni" saya dah mula rasa bahagia dengan ketentuan ni. HEHEHE.

Dan bila saya bersiap secara bermalas-malas pastu dengan En.Badang bising-bising lambat. Saya dah mula rasa bahagia HEHEHEHE

"lambatnya ma siap"
"memang la lambat, ma kan nak siapkan anak-anak lagi" (sambil buat muka belagak)
"dah. jangan nak kaitkan dengan kartun semalam ek"

HAHAHA
Bergeliga kan kakjeng HAHA.
Semalam kan semorang share gambar ni kat fesbuk. Terus I feeling la. Padahal memang sesaje siap lelambat. lalalalala


Hari ni rasa seronok dapat siapkan anak-anak. Hari ni seronok dapat menyanyi lagu "bangun pagi" kat anak-anak supaya dorang bangun tido hehehe. dan saya dah mula rasa bahagia HEHEHEHE

Saya keluar rumah kul 740, dan masih sempat sampai pejabat jam 8 pagi. weahoooooooooooo.

Baiklah.

Sebenarnya saya dah dapat tukar masuk ke pejabat lama saya.
Memang saya tak sangka betul.
Sebab entry yang lepas yang saya promis nak stori tu
Sebenarnya saya dapat tukar ke tempat lain tau
Tetiba dapat surat minggu lepas jadi lain pulak dia hihihi.

Tapi takpe.

No more bus
No more abang sks

Bak kata Shah Cj kat fesbuk, takde laa citer abg sks lg, citer kena tinggal bas, basah kena hujan.. syukur yg pahit jd indah.

Yelah. Walau bagaimana pahit pun kenangan akan jadi indah bila kita ingat. Kerana kita berjaya melaluinya kan.

Tengahari tadi, bila dapat jemput anak balik dari sekolah... saya dah mula rasa bahagia HEHEHEHE


Terima kasih Allah
Saya bersyukur
Dan saya SANGAT BAHAGIA




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Misz AwEeN said... [Reply to Comments]

alhamdulillh.tahniah kak jemah.pasni takde dah nk bersusah2 kejar bus kn.hehehe.hepi for u ;)

ibuafiqahhuzaifah said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah..
tahniah kak..
mesti abg sks rindu kak jem lepas ni..hehe
lepas ni n3 pasal dating dgn abg laloque je la ye kak..hik3..

Suliana said... [Reply to Comments]

alhamdulillah. tahniah kak :-) happy for u..

shiela said... [Reply to Comments]

ohh...congrats..saya pun rasa happy mendengarnye..hihi

Farahanna said... [Reply to Comments]

kak jeng mula bersiaran di UPTM!

edrina said... [Reply to Comments]

akak pun rasa lepas dr kelelahan baca entry ni hehe.. I'm happy for you! :)

aSmiDar said... [Reply to Comments]

Bahagianyer...Sy tompang berbahgia...voley..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^