Follow Viruspadu

Sunday, October 20, 2013

Salam Korban

Salam korban korang
Lama saya diam diri kan

Bukan apa uols, netbuk saya kan hidup segan mati tak mau pulak tu hikhokhikhok. Apa kes kan. Letih pulak asik update belog pakai iphone4s tu. Tak puas la tengok, nak taip bagai semua pftttt. Kocik amek.

Disebabkan tu jugak, setelah berbulan plan nak beli tp nak yang murah kalau boleh nak yang percuma hahaha perangai dasar sangat kan. 

Nak beli apa kakjeng?

Tulah, lama jugak berkira-kira samada nak beli ipad mini atau tab 7 atau note 8.0. Tapi kalau dibandingkan harga memang nak amik ipad mini tu je, tengok harga RM999 kan, tapi bila nak yang boleh masuk simcard terus jadi RM1399 kot gitu. Baik haku amik note 8 ada pen. Note 8 baru RM1499.

Semalam lepas sarapan dan membeli susu anak, konon nak singgah je samsung ... nak tengok-tengok aje la. Pastu fikir mcm dah lama sangat fikir hahaha.  Beli je lah :p

Maka saya pun beli :) dah jangan fikir lagi. Beli aje 

Casingnya harus pink :p


Maka, inilah dia saya mengupdate belog pakai note 8.0 uolssss. Lalalalalala. Kalau korang tanya best ke tak note ni. Saya pun baru pakai sehari kennn. 

Tadi saya cuba masukkan gambar tp tak tahu kenapa Blogger version Note ni takleh insert gambar tengah2 text. Aduyainyepongggg. Terpaksa la saya save dulu, masuk balik iphone blogger balik insert gambar. Pastu save balik. Bukak pakai note. Phewww panjang betul cerita dia.  Cuba korang bagi tips sikit cemana korang update pakai note 8.0 ni?

Tapi takpelah, pelan pelan kayuh, lelama cekap la ni kan.

Ok lupakan cerita note 8.

so canne cerita raya korban korang?
saya punya biasa aje.
Hari isnin belum pape dah demam dah kan
Malam baru balik cheras. Tu pun keje masak memasak semua dah setel dah. Datang rumah mak melepek je. Makan pun tak berapa nak lalu sangat.

bayangkan baru berapa hari saya keje kat seremban, berat badan saya dah jatuh kikiki. Nak kata stress kerja tu memang tipu sangat la kan. Baru masuk-masuk meeting je. Tak buat kerja apa pun lagi.

Raya kali ni, saya belilah baju raya anak-anak. Memang plannya nak belikan jubah. Dan saya selesa lah beli baju kat butik saraya zahret kat seremban ni, sebab harga dia rizenebel jugak saya rasa. Harga belum tahap mengarut lah. Mampu milik jugak. Baju raya saya ni pun hadiah hari lahir butik pondok merah jambu. Terima kasih :) kita suke sangat. Meh nak cemolot skettt hehehe

Saya memang takde snap gambar malam raya tu. Bz dengan diri sendiri huhu

Dengan emak :) . Ini pagi raya ye. Saya lepak pagi je rumah mak. Lepas solat raya tu terus desup balik rantau pulak. Kat rantau ada perjumpaan keluarga kat rumah atok kat saga kalau tak silap saya.



Ini perkara biasa yang terjadi bila ko bosan dalam kereta hehehehe. Anoi layan je perangai mummy dia





Dah sampai dah rumah atok masa ni. Nisa dan anoi pakai baju from saraya zahret.



Kat rumah atok ada buat korban. So budak-budak seronok la tengok. Kagum betul dengan anak-anak sebab berani betul. Kalau saya memang takkan la pergi tengok. Ntahla kenapa. 

Oleh sebab kesihatan saya teruk, saya pun tak duduk lama rumah mertua. Badang hantar saya balik seremban, pastu dia patah balik menolong. 

Dan kesihatan saya masih k.o lagi.
Ini jenis flu yang degil ni wei. Hingus taknak keluar. Bengang betul. Pftttttt

Nasib baik opis dekatkan, takat seram2 sejuk ni gigih je gi kerja. Kalau kat jalan duta memang saya dah mc dah ni. Tak larat saya nak naik bas tu. Hohohoho

Ok lah.
sebenarnya saya update ni sebab nak test note je kan. Tetiba jadi panjang.


Ok dah la. Tu ju


1 komen[s]:

fatin fasihah said... [Reply to Comments]

VP ni tak gaya macam ibu orang..Currlass sangat..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^