Follow Viruspadu

Wednesday, November 06, 2013

Minum Yakult Setiap Hari Boleh Mencegah Kanser Payudara?


Benarkah bagai yang dikata?

Sepertimana yang kita tahu, dan banyak kali dengar iklan hehe. Iklan yakult siapa tak pernah tengok memang la dia tu. Iklan yakult ni jenis dengar sekali terus boleh ingat. Sebab ayat dia suka buat kita fikir pasal bakteria kan kan kan. 

Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus. Saya memula dengar terus rasa pelik. Eh bakteria pun ada jenis baik jahat ke? Bakteria bukan ke semua jahat je kan. Pastu masa minum Yakult mesti rasa bakteria dalam badan sedang kelahi kelahi hahahaha.  Imaginasi tinggi uols. 




Sekarang ni kalau cakap pasal kanser. Dah macam satu penyakit yang biasakan. Macam kalau dulu mesti terkejut sangat. Sebab susah la orang nak kena. Yelah, jujurnya dalam keluarga saya juga ada. 

Siapa yang tak tahu kanser itu membunuh? 
Siapa yang tak tahu yang kanser itu penyakit yang merbahaya?

Lebih baik menghindar dari mengubati.
betuk tak?

Yelah, siapa yang nak sakit kan? Takde siapa kot nak.

Minggu yang lalu saya hadir Kempen Kesedaran Kanser Payudara Khas buat Wanita Yakult yang bertempat di Kilang Yakult, Seremban :)  Well dekat sangat dengan rumah saya kan. 5 minit dah sampai dah. Kalau joging pun sampai haha. Ok jangan nak over pergi Kilang Yakult sambil joging ye haha.

Saya suka je sampai-sampai tengok pink aje
Pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang kempen ini berlangsung antaranya adalah pemeriksaan payudara oleh jururawat BCWA di bas murni dan juga jualan aksesori BCWA.  

Apa BCWA tu? 
Breast Cancer Welfare Association atau Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.

Majlis dimulakam dengan ucapan pembukaan oleh Puan Mazlyn Mena, Pengurus Jabatan Sains dan Perhubungan Awam, Yakult (M) Sdn Bhd. Orangnya kiut, dan paling kagum bila dengar dia spiking jepun rilek je. Tabik sprinh kat dia. Dah la comei, pandai... sempurna :) 


Dalam ucapan beliau, memaklumkan ini merupakan kali pertama Yakult menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara secara rasmi dan berhasrat untuk menjadikan acara ini sebagai acara tahunan.

Alhamdulilah. Saya juga secara peribadi berharap banyak lagi syarikat besar akan mencontohi Yakult :) 



Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara ni merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita Malaysia. Insiden kanser payudara di kalangan demography usia yang lebih muda juga semakin meningkat. Kebanyakan pesakit kanser payudara dikesan pada peringkat lewat penyakit yanh mana peluang nak sembuh juga tipis. 

Taip kenyataan ni je dah buat saya jadi risau.

Kempen Yakult bertemakan tajuk "Jom Lawan Kanser Payudara!" Adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya kanser payudara kepada semua golongan terutamanya wanita serta bersama-sama mengambil inisiatif bagi mencegah penyakit berbahaya ini dan menyelamatkan nyawa. 


Siapa wanita Yakult?
Wanita Yakult yang dipilih untuk menjadi peserta utama adalah kebanyakannya merupakan surirumah tangga yang kurang mendapat pendedahan mengenai kaedah pencegahan awal kanser.


Ceramah pertama diberikan oleh Puan Indra Balaratham, seorang Pakar Pemakanan yang membawa tajuk Tips pemakanan sihat untuk mencegah kanser.

Antara yang saya ingat adelah kalau kita makan nask beriani ayam, kalori dalam hidangan adalah 880 kalori, yakni bersamaan dengan 2 jam 30 minit main badminton okeh. Korang pernah check tak apa yang korang makan setiap hari? Barapa banyak kalori yang sepatutnya kita ambil setiap hari? Atau maim bedal sajalah!

Beb, kenot laike dat okeh!
Pemakanan sangat penting tau
Kadang disebabkan pemakanan yang tak sihat jugak boleh jadi penyebab kanser.

Kurangkan makan makanan segera dalam tin, makanan yanh diproses. Sebab kita tak tahu apa kandungan yang tak sihat dalam tu.

sebab tu kita kena minum Yakult setiap hari. Bakteria baik boleh lawan bakteria jahat kan . (Sedang bayangkan ultramen lawan resaksa haha)

Dan yang ni penceramah yanh asik buat saya tergelak ajo. Matron Zainab dari Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia,  BCWA yang membawa tajuk Pengesanan Awal dan Pemeriksaan Diri.

Bagus pengisian ceramah beliau. Simple tapi terkesan dalam hati.



Antaranya adalah cara-cara mengesan biji or benjolan pada payudara.

So kita nak rasa apa? Macam mana rasa dia?

sebolehnya kalau nak check depan cermin pun boleh. Tapi cara yang terbaik adalah baring. Sebab bila kita baring semua lemak dah mampat dalam badan, eh macam mana nak cakap ye hehe. Pendek kata lebih baik check semasa baring ye.

ini booth jualan aksesori BCWA


Boleh jugak feel macam mana rasa ada benjolan pada payudara. Kadang-kadang kita rasa konfius kan, bila tekan2 samada itu benjolan lemak, ataupun tulang ataupun kanser.

Untuk dapatkan kepastian, pergi je ke klinik kesihatan berhampiran. Cakap ada ketulan. Saya pun hari tu dah pergi klinik kesihatan check. Risau wei. Dan klinik pulak terus refer ke hospital. Alhamdulilah takde apa-apa.

Tak rugi kalau kita check awal ni. Kalau kita rasa ada ketulan, lepas tu kita lengah-lengahkan. Ha itu yang rugi. Bukan nurse or doktor tu yang rugi. Tapi diri sendiri la kan. Kalau sakit kita yang tanggung, bukan orang lain. So kenapa kena lengah-lengah :p




Mencari mana ketulan itu.











Benda macam ni, tak guna nak malu-malu
Sebab benda yang semua orang wajib tahu.
Bukan wanita je, lelaki pun kena ambil tahu.

Lelaki juga ada kebarangkalian untuk mengidap kanser payudara tapi tak ramai lah.

Lelaki jugak perlu ilmu ni sebab mana yang bujang nanti kawen juga. Boleh checkkan untuk isteri hehe. Mana akan jadi bapa, so kena ingatkan anak perempuan untuk buat pemeriksaan.

Kesedaran ni semua kena sedar secara 360. Semua la saling ingat mengingati. Supaya kita dapat hidup sayang menyayangi tanpa kanser :)



Dengan iza :)



Dan ceramah paling informatif oleh Dr. KAGA, Penyelidik Institut Sentral Yakult untuk Penyelidikan Mikrobiologi

Ini antara yang saya faham dan nak share dengan korang. Terlalu banyak info yang baik. Saya tak dapat nak share semua. Mungkin korang boleh buka website Yakult untuk maklumat lanjut.

Susu Kultur Yakult telah dicipta berasaskan 3 konsep iaitu pencegahan penyakit,  usus sihat membawa umur panjang dan kesihatan yang baik untuk seramai manusia yang mungkin.

Susu Kultur yakult ni mengandungi Lactobacillus Casei Shirota Strain hidup yang terbukti memberi faedah kepada kesihatan dan mampu hidup melalui asid yanh dihasilkan di dalam perut untuk sampai ke usus.

Kajian dibuat mendapati manfaat Lactobacillus Casei Shirota boleh mencegak kanser payudara di kalangan wanita jepun.

Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara adalah datang haid awal, putus haid lewat, jumlah kehamilan yang kurang,  terapi penggantian hormon, faktor genetik, kegemukan selepas menopos, merokok, alkohol, pengambilan lemak yang tinggi.

Antara faktor yang boleh mengurangkan risiko pula adalah tempoh penyusuan anak yang panjang, senaman dan juga makanan berasaskan soya.

pencegahan kanser payudara melalui pengubahsuaian tabiat pemakanan. Fakus kepada Lactobacillus Casei Shirota sebagai strain probiotik dan makanan berasaskan soya.

Mungkin kita semua boleh cuba antara salah satu cara mencegah kanser payudara dengan ubah cara pemakanan. Minum Yakult setiap hari dan makan makanan berasaskan soya.

Senang kan

Banyak sangat info yanh diterangkan oleh Dr. KAGA ...  memang tak dapat saya nak share semuanya. But I wish to.

Ehem... nampakkah siapa itu?

fafau la :)








Ini memang acara yang saya tunggu, Demo masakan atau lebih kepada santai santai dengan Fara Fauzana gitu. Siyesli dia lebih cantik dilihat depan mata berbanding dalam skrin gitu.

Alahai comel je fafau bantu pakar Pemakanan Puan Indra Balaratham kita untuk buat smoothies menggunakan mix soya, oats dan juga Yakult. Oh dan ada almond powder sekali rasanya hehe.


Macam kita sebut sebut tadikan. Pemakanan berasaskan soya.  Maka kita cubalah hasilkan makanan yang berkhasiat campuran Yakult dan soya :)



Tada. Hasilnya.

kiri yang pink purple itu adalah dragon fruit, kanan pulak mangga.

Tidakkah ini kelihatan sangat sedap dan kena cuba jugak jugak dekat rumah

Pemakanan kalau sedap mcm ni. Takkan la kita susah nak ubah kan :)

Dan tidak dilupakan. Penyerahan mock cheque bernilai RM1,000 kepada pihak BCWA.

Terima kasih Yakult kerana menganjurkan kempen yang sangat bermanfaat ini.

Ayuh wanita, ayuh semua. Jom perangi kanser payudara.

Jom Lawan Kanser Payudara!
Ayuh!




Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

7 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

Wow...beruntungnya dapat join program macam ni...teringin juga rasanya kalau dapat jemputan insyaallah nak join =)

lily lotus said... [Reply to Comments]

yg jadi kaler2 tu mmg nampak tempting.

aSmiDar said... [Reply to Comments]

Ooo....
Ermmmm...
Boleh la mnum...
Lgpon mmg sdp yakult...
Ank2 mmg soka...
So boleh tumpang skki la..hehe

dzu hisham said... [Reply to Comments]

Nice info. Baru dapat tau Yakult boleh elak kanser. Pasni berebut dengan anak la nak minum Yakult.. :)

www.momsavenue.blogspot.com

Zuhairi hairi said... [Reply to Comments]

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Zuhairi hairi said... [Reply to Comments]

Tanda-tanda Awal Kanser

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersama dengan pasangan dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

Zuhairi hairi said... [Reply to Comments]

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^