Follow Viruspadu

Tuesday, December 31, 2013

Sekolahnya Seorang Anak

Phew.

Anak kakjeng dah masuk darjah satu uols.
Wuhooooooo.

Dulu masa nak hantar masuk tadika pun dah rasa cemas
Inikan pulak nak masuk Tahun 1 kan. I is neves.
Tapi I punya neves lain sikit.
Neves I, I beli baju baru HAHAHA.
Nasib baik suami dah Terbiasa Bersama. Maka dia redha HAHAHA.

Macam pejam celik sangat kan. Tapi bukan yang pejam celik jenis kelip mata bebanyak kali le kan. Mata pun sensitif sampai beroperate dah 3 kali kan. Mencik. #terusbayangkankelip2mata #macamcantikjematasyasyani. Pejam celik sangat tetiba anak dah sekolah dah. Maknanya usia blog saya ni dah sama umur anak saya dah. Yelah memula saya tulis dekat blogger ni kan masa saya mengandungkan nisa kan.

Oh lamanya.

Alhamdulilah.
Semua keperluan Nisa, memang En.Badang yang uruskan. Termasuklah kerja-kerja mengisi segala mak nenek jenis borang dan menampal gambar berukuran pasport dekat fail peribadi beliau. Termasuk juga membeli segala baju sekolah, kasut sekolah. Termasuk jugak menjahit lencana sekolah dekat baju. Dan menjahit tudung nisa yang besau sangat kepala dia. Jahit sikit la. Bukan jahit tudung ye. Kalau en.Badang ada bakat jahit tudung, memang saya bukak bisnes tudung HAHAHA. #tetiba. Semua En.Badang yang uruskan. Alhamdulilah. Anak-anak kena bersyukur dapat bapak macam ni. Bukan senang nak cari hehehe. Syukur ya Allah.

Eh. Habis tu bini en.Badang buat apa?
krikkkk krikkkkkkk krikkkkkkkkkkkk

Ok lupakan itu.
HAHAHA

Nisa orientasi sabtu lepas.
Maka pagi sabtu tu. Saya bangun pagi jam 5 dan terkebil mata sorang-sorang. Neves.
Golek kanan. Tak kena. Golek kiri. Tak kena.
Last-last haku turun bawah tengok runningman.

Ini ootd mix and match pada hari berkenaan.


Button Down Cardigan + Tricolor Block Tank Top + Long Skirt + Mustard Shoe.

Ini model pakai. Berharap kakjeng pakai lagi gojes dari beliau :p


Pagi tu siap-siapkan nisa pakai baju sekolah.
Terus teringat diri sendiri masa gi sekolah dulu.
Kakak-kakak temankan. Jalan kaki laju2 dari rumah sampai sekolah.
Pastu lari laju-laju kalau kena kejar dengan anjing HAHAHA
Ambil masa 15 minit jugak kalau jalan laju-laju dan ikut jalan pintas yang sempit sambil lompat longkang
Kalau lalu jalan jauh 30 minit agaknya.
Kenangan.

Masih ingat jugak dulu masa saya masuk sekolah menangah
Tukar pakai kain sekolah menengah.
Kain sekolah biru muda.
Pakai kakak2 saya punya baju rasanya.
Pastu kakak saya cakap

"macam tak percaya je andak dah besar"

Hihihihi
Dan mesti dorang tak sangka dulu, andak dorang ni akan lagi tinggi dari diorang HAHAHA.

Yelah. Rasa itu sama.
Bila saya siap2kan nisa pakai baju sekolah.
Macam tak percaya nisa dah besar
dan kuat merajuk HAHAHA


dan tiap kali keluar rumah
Salam emak
Cium pipi emak
Emak mesti cakap
"hati-hati, jaga diri, jalan elok-elok"
Lepas tu mesti rasa pelik, kenapa mesti cakap hari2 macam tu
Tak boleh ke cakap setiap hari isnin ke apa, suruh ingat terus untuk seminggu.
HAHAHAHA

Sekarang dah faham :p

Pagi itu dimulakan dengan membawa budak-budak bersarapan.
Emak dia order nasi lemak
Tapi tak lalu nak makan
Eceh eceh eceh.

Lepas tu terus gi sekolah.
Tengok ramai sangat ibu bapa. Anak-anak.
Semua teruja. Macam I jugek.

Tapi yang bestnya saya tengok.
Anak-anak rilek je.
Ibu bapa yang macam nak melekat dekat tingkap kelas anak sebab risau anak.
Anak-anak buat tak tahu aje kat dalam kelas.
Macam kakjeng.
Nisa selambe aje.
Masuk aje kelas dah ada member.

Yelah.
Nisa dah sekolah seawal umur dia 3 tahun.
Pada dia mesti dah tak apa-apa dah.
Nak pergi wiwi pun selambe cakap dengan cikgu.

Biasalah ibu bapa. Selalu anggap anak kecik dan tak pandai buat itu ini.
Padahal dorang dah reti.

Biasalah.

Ibu yang risau. Tapi sempat selfie ketika mencari tandas. Betul ke beliau neves ni. Sesuatu tau krikkk krikkk krikkkkkkkk

Ini juga kerja seorang ibu yang neves dengan anak dia yang satu lagi HAHAHA. Lama wei tunggu turn nak daftar.

Dalam kelas nisa pun boleh!


Nampaknya lepas ni
Saya kena belajar main "kedai-kedai" dengan nisa
Saya nak tengok dia pandai ke idok beli makanan dekat kantin
Kalau "karipap tu harga 50sen, kakak ada RM5, berapa duit pulang yang kakak kena amik?"....

Cabaran.


Saya suka kehidupan saya.
Terima kasih Allah.


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

3 komen[s]:

Love Razila said... [Reply to Comments]

HAHAHA...sama je pengalaman kite...serupa giler. mak over nebes ...anak relex je. Rasa kenyang langsung. HAHHAHA. Emm my Irfan juga x reti pakai duit, maths he is fantastic...scorer but become duit?? emm x taulah nak ajar macam mana.

Gieyana said... [Reply to Comments]

Mama sweet..:-)

FIZA said... [Reply to Comments]

cantiklah baju akak...beli kat mn







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^