Follow Viruspadu

Tuesday, March 11, 2014

Terima kasih

Terima kasih semua.
Atas ucapan takziah.
Atas doa.
Atas segalanya.

Saya baca semua.
Di facebook.
Di whatsapp
Di SMS
Di email
Di komen Blog

Maaf ye kalau tak dapat balas semua.
Terima kasih atas kasih sayang anda semua
Walaupun kita hanya mengenali di alam maya ini.
Tapi saya syukur kerana disayangi begini.

Terima kasih kawan-kawan pejabat dari BPM MITI kerana datang melawat.
Sungguh saya tak sangka.

Terima kasih kawan baik kerana datang melawat.

Alfatihah.
Alfatihah buat Abah. Haji Noh bin Mohd Daim. (27 September 1942 - 27 Februari 2014)


Gambar memang takde kaitan. Buat yang dah lama tak tengok nisa dan anoi. Itu lah dia. Dah besar. Dah boleh diharap sangat-sangat. Lebih-lebih lagi kalau bab menumpahkan air dekat lantai pastu dedua tak mengaku. Dah pandai pilih baju sendiri. Try baju sendiri, mama tak boleh teman. Dah pandai pura-pura baca buku cerita dalam bahasa inggeris tapi bunyi dia macam bahasa korea cong ceng cong ceng. Kemas baju sendiri-sendiri kalau nak balik rumah opah siap komplet set dengan mekap minyak wangi bagai. over pulak tu. Order makanan sendiri. Dah berani mintak plastik dekat kaunter mekdi sambil menjerit "makcik nak plastik satuuuuuuu" tapi suara dia satu mekdi boleh dengar sampai kedapur goreng ayam barangkali kahkahkah. Dah pandai merungut kalau ibubapa dia tak bawak anak-anak pergi jasko "kita kan satu keluarga" katanya. Gituuuuuuuuu. Ok itu je.


Ok.

Teringat kawan saya yang dah lama giler tak jumpa masa saya pindah balik masuk negeri sembilan ni ritu.

"eh abang... lamanya kita tak jumpa kan.... kenapa saya tengok abang makin berseri ek"
"eh ye ke... eh ye keee..." sambil malu2...

"siyes la abang..., nampak lagi muda, pastu macam ... ermmmm muda lah"
"heheheehehe... shaklee laaa" sambil berbisik.

Amboi dia tuuu.
Shaklee tau sekarang.

Itu perbualan kisah benar saya dengan abang X (nama rahsia. terpaksa)

Tapi ini kalau korang nak try shaklee
Kawan sekolah saya aka kawan satu kampung saya ada jual.


Tadi saya baca.
Kalau mengandung pun elok makan suplimen ni jugak
Perempuan boleh makan. Lelaki apatah lagi.
Jangan hubungi saya. Tapi hubungi dia.

Amyz
http://untuk-sekeluarga.blogspot.com/
Email : amizuraida (@) gmail.com
FB ForMama Baby
Atau sila isi aje Order Form



Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

1 komen[s]:

Azura Aziz said... [Reply to Comments]

salam takziah zai.. zura tau dari fb hasben.. Insya Allah, kita sbg anak pasti akan doakan yg terbaik buat arwah.. zura pun dah alami perkara yg sama.. be strong babehhh ;)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^