Follow Viruspadu

Monday, March 10, 2014

Ubat Untuk Hati

Saya redha.
Tapi saya masih sedih.

Saya masih lagi terdengar-dengar suara abah panggil nama saya bila saya balik cheras.
"eh andak dah balik". Lepas tu senyum manis sangat.

Saya masih lagi terasa nak baring sebelah abah bila saya balik cheras.

Saya masih lagi terdengar bunyi motor abah balik rumah sambil tanya anak-anak nak makan apa?

Saya masih lagi teringat ayat-ayat abah yang selalu buat saya ketawa.

Saya masih lagi teringat bila abah mengadu dia sakit.

Saya masih ingat abah minta saya urut belakang dia.

Saya masih ingat saya pimpin abah jalan ke hospital.

Saya redha.
Tapi saya masih sedih.

Kenangan saya dengan abah tak banyak.
Tapi semuanya masih segar dalam ingatan saya.

Alfatihah.
Alfatihah buat Abah. Haji Noh bin Mohd Daim. (27 September 1942 - 27 Februari 2014)


Sambutan hari lahir yang terakhir kita sambut berEmpat.






Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

13 komen[s]:

ArELeEz said... [Reply to Comments]

al fatihah.. semoga rohnye dicucuri rahmat & ditempatkn di kalangan org2 yg b'iman.. aminn..

A.I said... [Reply to Comments]

Takziah utk kau sekeluarga Jemah. Kuatkan semangat kau ye. pengalaman ni aku dh lalui 4 tahun yg lepas. tp smp skang pun rindu aku kt abah tak penah ilang :(

Al~Fatihah..

Love Razila said... [Reply to Comments]

Al-Fatihah...semoga ditempatkan dikalangan insan2 beriman. Simpan kenangan tu..ia akan kekal sampai bila2...

Amanda Suria said... [Reply to Comments]

Be strong dia..teruskan hadiah doa2 dan surah2 buat arwah..moga arwah tenang di sana...amin...

Shima Zahar said... [Reply to Comments]

Sabar yer.. saya faham situasi awak.. saya pun.. saya redha tp sampai sekarang saya masih lagi sedih... dah 4 tahun.. perasaan sedih. rindu tetap utuh dlm jiwa... kenangan dengan arwah abah saya mmg banyak. Dan susah nak di lupakan. .org kata sabar.. tp kita dah try utk tidak bersedih.. tp tetap tewas.. tiba tiba emosi dtg.. dan rindu tetap ada.. sama sama kita mendoakan semoga roh nya di tempatkan dikalangan orang yang beriman.. dan semoga mereka tenang di sana

Yumiko Yasuo said... [Reply to Comments]

Salam takziah...

edrina said... [Reply to Comments]

Takziah VP. Akak doakan arwah ayah VP ditempatkan dikalangan org2 yg beriman & beramal soleh.. Mmg kehilangan abah vp dirasai oleh semua follower vp.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. Akak doakan vp & family terus diberi kekuatan & ketabahan mengharungi kehilangan ini.

Ayu Rashid said... [Reply to Comments]

Takziah utk kak jeng sekeluarga. Syukur jugak sbb uols sekeluarga sempat jaga arwah.. mcm akak, arwah ayah pergi "sekelip mata" jer.. lagi rasa sedih.

Aidah said... [Reply to Comments]

Salam dik. InsyaAllah solat dan masa akan jadi ubat mujarab. Sampai bila2 kita akan rindu dan terdengar2 suaranya.
Akak jugak kehilangan arwah mak pada 29 Mac tahun lepas kerana kanser. Selepas baru dua bulan diagnos. Sampai sekarang akak masih ternampak2 dia baring dibiliknya...bila maghrib terdengar2 suara mak mintak tolong pakaikan telekung. Dulu hati rasa pedih dan pasti airmata tak tertahan tapi Allah beri kekuatan kini untuk hadapi semuanya. Akak doakan adik sekeluarga diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Amin. AlFatihah untuk Haji Noh. Semoga Allah cucuri rahmat pada rohnya dan menempatkan dia diantara para mukmin dan muttaqin.

Suliana said... [Reply to Comments]

takziah kak.. moga hati akak cpt sembuh.. mmg sedih kehilangan ahli keluarga tersyg..

mama_onie said... [Reply to Comments]

Al Fatihah buat arwah abah ...semoga dia ditempatkan di kalangan orang orang beriman

Muhammad Taufiq said... [Reply to Comments]

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

YanDarwisy said... [Reply to Comments]

Salam Takziah dr kami sekeluarga







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^