Follow Viruspadu

Tuesday, April 08, 2014

Ini cerita bento

Sebelum ni, ada la kadang-kadang saya tengok hotmama letak gambar bento anak dia syasya dalam instagram. Saya tak pernah la buat sendiri untuk nisa anoi.
Dulu awal-awal sekolah. En.Badang siapkan bekal sekolah nisa.
Tapi nisa mcm malu agaknya nak bawak gi sekolah
Malu nak makan ke apa ntah.
Bagi penuh. Bawak balik pun penuh.
Langsung tak berusik bekal nya.

Eh! Bento ni bekal makanan la.
Dulu panggil bekal je kan.
Sekarang dah panggil bento ok!
Saya pun tak tahu sejak bila. Saya pun ikut orang je HAHA.

Sejak minggu lepas la.
Saya bangun kul 530 pagi.
Sebab anak-anak rikues nak bawak bekal roti gi sekolah.
Apa kena ntah tetiba nak bawak bekal kan.

Mama layankan je la.

Lepas tu anak-anak macam suka sangat pulak

"mama, kakak rasa best pulak bawak roti, kakak tak pakai pun duit belanje sekolah kakak"
"duit tu nanti simpan k, boleh beli hadiah besday mama"

HAHAHAHAHA
Tengok la mama kau! ada je niat tersembunyi.

"mama nanti nak bawak bekal nasi pulak boleh tak?"
"ok nanti mama buatkan bekal nasi k"

gitu la kisahnya.

Kalau nak bekal nasi
Kena la masak nasi ye tak
Tak dapek bangun 530 tu dooooo
Kono la acik bangun kul 5.
Phewwwwwwwwwwwww.

Nisa ni makan memilih sikit.
Kegemaran dia adelah sotong.
Ayam dia makan, tapi kureng sikit la.
Kalau ayam kecik-kecik dia makan la.
Nasi goreng dia tak suka. Nasi kosong dia ok.

So ini je la yang saya bekalkan.
Sotong tumis biasa je. Cili memang tak letak.
Ayam goreng je. Potong kecik-kecik.

Jadilah Bento Nasi Sotong yang Gembira. Bersama buah pear.

Ini anoi punya. Dia pun nak bekal jugak sbb kakak dia bawak kan. Tapi anoi sekolah tadika mana ada waktu rehat. Makanan pun tadika dah sediakan dah. Ntah la bila dia makan.
Budak-budak suka saya potong roti ni tak sama saiz.
Dorang cakap, ini kapur, ini papan hitam, ini pemadam pensel
HAHAHA lantak la korang.
Padahal mama kau nak bg muat bekas je.

Happylah.
Bila balik rumah tengok bento anak-anak licin.
Lepas tu anak-anak rikues esok nak nak bawak bekal lagi.

Ini memang perasaan ibu yang gembira bila anak dia suka makan masakan dia.
Ye. Perasaan susah nak digambarkan.

Tapi masalahnya adalah.
Omak kau. Belum pape dah cemas memikirkan bekal apa nak masak esok paginya kan.
HAHAHA ini memang masalah negara.

Bento anak-anak hari ni.
Idea lain memang takde lagi.
Masih masak apa yang nisa suka makan.
Masih memikirkan apa yang nisa boleh dan suka makan selain dari yang ini.

Kali ni ada kemajuan la sebab Bento Sotong yang Gembira dah ada rambut kekekeekeke

Anoi punya dah ada kismis :p

Sorila.
Memang sangat tak seberapa bento ni
Compang camping sangat tak macam bento orang lain yang saya tengok dekat IG.
Macam2 bentuk ada.
Kreatif sungguh.

Takpe.
Nanti saya cuba lagi :)


Follow Kak Jemah viruspadu.blogspot.com

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

6 komen[s]:

mama jariss said... [Reply to Comments]

chaiyok2..jangan putus asa kak jeng.... chaiyok2... kak jeng bole... esok bangun pukul 5 pagi lagi ek? hihihi

Mama Eqalicha said... [Reply to Comments]

Kak VP..

Saye pestaim dgr Bento...

Comel2 sungguh..

Nak try wat jgk :D

Love Razila said... [Reply to Comments]

Ok gaklah nk bawak anak ku...hemm x de maunyer nak bawak. HEHEHHE

Lizzie Yasmin said... [Reply to Comments]

Bento smily face tue nampak creepy lar kak. Or saya jer, high imagination.

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Kak jeng bento itu asal dari perkataan jepun.. kalau korea dipanggil dosirak. Semua itu maksudnya makanan dlm bekas bekal.. ^^

Fairuz Jaafar said... [Reply to Comments]

Bento adalah prkataan jepun..
orang jepun sememangnya creative buat bekal anak2..

kalau ke daiso, banyak acuan untuk bt bento :)







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^